Tuesday, 20 October 2015

MENIRU SESUATU DARI DORAEMON

MENIRU SESUATU DARI DORAEMON

Satu pagisekolah dikejutkan dengan satu jeritan,"Mana Cikgu Ghani!!!"Dilaman sekolah sebuah lori kecil berhenti ditengah laman dan lelaki yg menjerit tadi memegang sebilah lading.Semua mata bertumpu kepada lelaki itu.Saya yg berada didalam pejabat,cepat berjalan keluar diekori pengetua.Sebaik lelaki itu nampak saya dia menjerit lagi kpd saya sambil mngangkat pedang,"Hang rampas buku anak aku,macam mana dia nak mengaji,hari ni aku nak ajaq hang!!".Dia menerpa kepada saya,tetapi Puan Pengetua cepat memintas.Katanya,"Encik,terangkan pada saya dulu,apa halnya."Puan Pengetua berdiari di depan saya.
Rupanya dia mengamuk kerana buku anaknya dirampas akibat ditinggal dlm kelas dan tidak dibawa balik,sedangkan kelas diguna pula oleh sesi petang.Pengetua yg arahkan dikumpul buku itu disimpan dipejabat dan yg mengambil buku itu atas arahan pengetua adalah guru lain.Saya hanya penolong kanan hal ehwal murid waktu itu,dan tudak tahu menahu hal itu.

Satu contoh yg berlaku kpd saya waktu kerja dulu dimana ibubapa bersikap terburu,terlalu mempercayai apa yg anak cakap,tidak ada sisatan,tiada perundingan.Mungkin kini tidak ada orang menyerang sedemikian,tetapi serangan cara menyebarkan cerita tidak sahih dlm fb lebih memalukan. Keadaannya sama,tindakan tanpa siasatan,hanya mendengar cerita sebelah pihak anak,terburu untuk bercerita meminta sokongan.Banyak orang tidak mahu mengguna saluran yg betul,mengadu kpd pengetua,ppd,jabatan pelajaran,kenapa kena mengadu kpd fb.

Saya tidak bertujuan membela guru kerana saya bekas guru,tetapi Islam mengajar bila timbul satu aduan,cerita, disuruh siasat dahulu.Walaupun yg bawa berita itu anak kita,kita tidak boleh terus mempercayai,terus menghukum.Berhubung dg pihak sekolah,tanya,beri masa utk sisatan,dengar penjelasan.Kita bukan perlu menang tetapi kita perlu kebenaran.Kebenaran hanya akan terserlah bila kedua pihak memberi penjelasan.Itu prinsip adil.Jika anak kita bersalah,biar dia dihukum ikut peraturan,jika guru bersalah biar dia diambil tindakan ikut peraturan atau kedua pihak saling bermaafan.☺ABDGHANIHARON☺

Guru,besar cabarannya bila menghadapi kerenah 40 pelajar dg perangai yg berbeza dlm kelas sedangkan anak sendiri yg boleh dibilang sebelah jari pun kekadang kita hilang kawalan.Maka berlapang dadalah dlm hal ini,jika guru terlajak,tersilap,terhilang kawalan,berilah ruang utk memaafkan dan mengheret ke media atau mahkamah kecuali kes yg sangat berat.Berbalah dg sekolah akan mewujud tekanan kpd anak kita sendiri yg akan merencatkan pembelajarannya.

Sebaiknya ibubapa memantau perkembangan pelajaran anak dirumah supaya kerja sekolah dipastikan diselesaikan, mendengar masalah mereka,menasihat dsbnya.Bahkan saya rasa mungkin ibubapa juga kena ada pengalaman bagaimana suasana pembelajaran dlm kelas.Semasa menjadi pengetua dulu,saya meniru satu idea dari program kartun Doraemon iaitu Hari Ibu bapa Masuk Kelas.Pada hari itu sekolah dibuka utk ibu bapa masuk dan duduk dibelakang kelas mengikuti pembelajaran,kerusi disedia.Guru mengajar seperti biasa.Dari sini ibubapa akan merasai pengalaman duduk berjam mendengar yg dilalui anak mereka setiap hari,kerenah pelajar dlm kelas, kepayahan pembelajaran, kepayahan guru utk menerang dan memahamkan dan berbagai hal lagi.Moga dg ini ibubapa lebih memahami situasi anak,situasi guru dan situasi kelas,tekanan yg dihadapi,bahkan boleh lihat juga keadaan tandas,makmal, bengkel dsbnya.Sekolah menjd lebih terbuka,tiada yg tersembunyi.

Kesan program ini saya lihat ada ibubapa yg tawarkan utk upgrade keadaan bilik darjah anaknya,yg minta pibg tolong upgrde tandas murid, yg hadir kebanyakan memuji program ini kerana pengalaman belajar waktu dulu tidak sama dg sekarang.Guru-guru saya lebih berhati hati kerana ada ketika ibubapa akan bersama dlm kelas dan mereka kena lebih bersungguh.Jalinan hubungan guru dg ibubapa dan sekolah serta pelajar menjadi lebih baik untuk bersama menambahbaik persekitaran,kerjasama dan meningkatkan pencapaian anak mereka.

Marilah kita saling meletak kepercayaan,saling melaksana tanggungjawab,menjauh buruk sangka,menjadi insan yg adil dlm tindakan.Jika semua orang melaksana tanggingjawabnya,bertindak ikut peraturan,berpegang kpd hukum tuhan,kita akan hidup lebih aman,tiada masalah yg tidak boleh diselesaikan.abdghaniharon

No comments:

Post a Comment