Sunday, 11 October 2015

BERUMAH BESAR,HAKIKATNYA MISKIN

BERUMAH BESAR,BERKERETA BESAR HAKIKATNYA MISKIN

Seorang kawan sekolah dulu yg bertemu bercerita,"Aku kesian melihat Talib,hidup miskin,buat bendang saja.Rumah pun kecik di kampung.Aku jumpa depa naik kapcai empat beranak ketika keluar pekan."Saya membalas,"Aku rasa Talib ni mungkin lebih kaya dari kita pada sisi hakikat,dia tentu tak ada hutang kereta,tak ada hutang beli rumah macam kita."Kawan saya tu terlopong seketika,tetapu akhirnya mengangguk perlahan,ternyata kenyataannya salah.

Dari pandangan kemanusiaan,kebanyakan kita yg ada pendapatan tetap,kereta rumah ditakrif sebagai orang berada atau sekurangnya tidak di kata miskin.Yg tiada pekerjaan,tua, menjadi petani,nelayan yg kais pagi makan pagi dikata miskin.Tetapi dari pandangan mata hakikat,keadaan ini jadi terbalik.Mereka yg ada jawatan,ada kereta,rumah,harta itu lebih miskin jika mereka berhutang beli kereta puluhan ribu,beli rumah ratusan ribu.Lagi kaya lagi banyak hutang kerana hutang bagai suatu kebiasaan.Kemewahan yg mereka miliki hakikatnya dari hutang,bukan kekayaan yg hakiki disis Allah,kejayaan yg sebenar.Bila mengadap Allah,mereka yg tidak berhutang,iaitu orang yg disifatkan miskin pada dunia dulu akan menjadi kaya kerana mereka dibebas dari dituntut hutang dihadapan Allah.

Hadis nabi,"Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (di akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah)Jelas disini,orang yg berhutang didunia akan menjadi semakin miskin di akhirat,kerana amal baik akan menjadi tukaran,harta di dunia telah tidak berguna,sedangkan mereka yg miskin di dunia,yg tiada hutang akan terus memiliki amal baik yg dibuat didunia dan mereka akan menghuni syurga.

Hadis nabi,"Barangsiapa yang ruhnya terpisah dari jasadnya dan dia terbebas dari tiga hal iaitu sombong, ghulul (khianat), dan hutang, maka dia akan masuk surga.” (HR. Ibnu Majah )
Jelas bahawa mereka yg mati tanpa meninggalkan hutang itu suatu dari syarat mendapat syurga.

Jom kita merenung diri.Hutang rumah hingga pencen,hutang kereta tak sempat habis,berhutang semula kerana tukar kereta baru.Hutang ptpn masa belajar dulu puluh ribu.Apakah kita nak mengaku diri orang berada,tidak miskin bahkan nampak orang lain pula miskin ,sedangkan hakikatnya merekalah yg miskin,papa kedana disisi Allah.Apa kata kalau hayat berakhir sebelum pencen,hutang kereta tak selesai,hutang ptpn,mara tak sempat diberes,belum cerita hutang melabur kerana kononnya nak tambahvkaya.

Sebaliknya lebih teruk jika dia berniat tidak mahu membayar.Hadis nabi,"Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mau melunasinya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) sebagai pencuri.” (HR. Ibnu Majah )

Marilah kita melihat dari segi hakikat,jangan melihat dari segi kebendaan ,dunia.Dengan itu kita akan dapat merasa hakikatnya siapa yg lebih miskin,siapa yg mewah dg bayangan kepura-puraan.Berusahalah mengelak berhutang dg hidup secara yg ada,berusahalah utk melangsai hutang supaya kita menjadi kaya di dunia dan kaya diakhirat.Bila melihat mereka yg tidak berada,hidup kadar seadanya, ingatlah mereka mungkin jauh lebih mulia dari kita.Bila terpaksa berhutang,sediakan jalan,bekal,wasiat agar hutang ini tertebus.Jangan terhutang walau seringgit,tukarannya amal baik,jangan terniat tidak mahu membayar,tukarannya ibarat dosa seorang pencuri.Jika satu pihak kita beramal soleh,satu pihak lagi,berusahalah membebaskan diri dari hutang.Kebanyakan kita adalah miskin pada mata Allah tetapi tidak sedar diri.abdghaniharon






No comments:

Post a Comment