Monday 12 October 2015

SERONOK MELIHAT ORANG LAIN TERSENYUM

SERONOK MELIHAT ORANG LAIN TERSENYUM

Seorang pemberita yg menemubual saya mengenai projek sedekah jariah yg saya buat bertanya sebab saya buat projek berkenaan.Bila saya menjawab saya suka melihat orang lain bergembira,dia kelihatan terpinga seperti mrmerlukan penjelasan lanjut.Saya kongsi penjelasan itu disini moga bermanfaat juga kpd pembaca semua.

Menggembirakan orang lain diberi ganjaran syurga seperti yg disebut nabi. Daripada Aisyah r.a. “Sesiapa yang memasukkan kegembiraan ke dalam keluarga orang Islam, Allah tidak redha balasan untuknya kecuali syurga.” (At-Tabrani).Apakah ganjaran yg lebih besar selain dari ganjaran syurga?

Menggembirakan orang lain juga adalah amalan yg disukai Allah.Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya antara amalan yang paling disukai Allah ialah memasukkan kegembiraan ke dalam hati mukmin, iaitu melepaskan dia dari kesedihan, atau menyelesaikan hutang yang ditanggunginya, atau memberinya makan ketika dia kelaparan.” (Al-Baihaqi)

Selepas kita istiqamah dg amalan fardu,amalan apa yg disukai Allah ialah menggembirakan insan lain
Sabda nabi “Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah selepas amalan-amalan yang fardhu ialah menggembirakan seorang muslim, engkau berikan pakaian untuk menutup auratnya, atau engkau mengenyangkannya ketika dia kelaparan, atau engkau tunaikan hajatnya.” At-Tabrani.

Dari hujah hadis diatas nyata menggembirakan orang itu sesuatu amalan yg patut diutamakan, dijanjikan syurga,dan disukai Allah.Inilah sebabnya saya memilih untuk menggembirakan orang lain sebagai amalan utama selepas amalan fardu.Apa langkah yg boleh kita buat untuk menggebirakan orang?

Berilah senyuman kpd sesiapa shj dg ikhlas.Senyuman itu suatu sedekah,senyuman itu meredakan kemarahan, meringan tekanan,menjalin kemesraan dan menghilang prasangka buruk.Mudah,ringkas tetapi ganjarannya,kita menggembirakan orang lain.☺abdghaniharon☺

Berilah penghargaan kerana manusia suka menerima penghargaan.Menghargai dan memuji anak,menghargai setiap usaha pekerja dan kakitangan,menghargai rakan taulan.Bukannya susah,hanya perkataan yg baik,melahir rasa terhutang budi,kagum,rasa perlu dicontohi,memberi semangat dsbnya adalah contoh penghargaan yg mudah dan mampu menggembirakan orang lain..Jika berupaya berilah hadiah meskipun kecil kerana manusia suka menerima pemberian dan ia akan bergembira. Hadiah kerana kejayaan kerana kita berkongsi kegembiraan,hadiah ulangtahun kelahiran kerana melahir rasa ambil berat tarikh penting dlm hidup orang lain, atau membawa buah tangan kerana berziarah dan berbagai usaha yg boleh membuat orang tersenyum.

Buatlah kebaikan kpd orang lain,mereka akan bergembira.Ringankan beban hidup mereka dg sumbangan walau sedikit,penuhi jemputan mereka sedapat mungkin anda akan melihat jekas kegembiraan mereka,penuhi permintaan mereka sedapat mungkin anda akan dapati mereka akan bersyukur penuh kegembiraan.

Lihalah luasnya ruang untuk menggembirakan orang lain dan besarnya ganjaran yg menanti.Apa perlu kita bermuka masam,barat memanjang.Ayuh,ketka berhenti ditrafik light,beralihlah memberi senyuman kpd pemandu di sebelah, doakan kesejahteraan tiap orang muslim yg kita berselisih jalan dg memberi salam,berbudi bahasa ketika membeli dan 1001 satu perbuatan yg boleh menggembirakan orang lain.Selalulah tanam dlm fikiran pada setiap detik untuk berbuat baik,membuat orang tersenyum,membuat orang lain gembira,yg lebih baik membuat mereka menitis air mata kegembiraan serta bersyukur.abdghaniharon.




No comments:

Post a Comment