MENANGIS MELIHAT ORANG BEREBUT MENGAMBIL SEDEKAH
Petang itu loceng pagar rumah berbunyi,saya lihat sebuah kereta mewah yg jarang ada dijalan menyusur masuk bila pagar rumah dibuka.Saya berdiri di porch rumah untuk menyambut tetamu yg tidak dikenali.Sepasang suami isteri yg seperti orang berada,keluar dan memberi salam serta menyatakan hajat untuk menyumbang pakaian terpakai.Ada dua beg dibawa ke porch rumah.
Kami berbual sambil berdiri.Beberapa orang sedang memilih pakaian terpakai ditempat gantungan.Isteri kpd tetamu saya diam merenung tajam kearah mereka yg memilih pakaian di tempat sedekah jariah barangan terpakai yg saya buat depan rumah.Saya berbual dg suaminya.Bila pembantu saya membawa sebeban pakaian terpakai yg siap dipasang penyangkut baju keluar untuk disangkut ditempat pameran,mereka yg memilih pakaian segera berebut.Isteri tetamu saya kelihatan mengesat air mata dan meletak tangan pada mulutnya.Suaminya yg terperasan, menggosok-gosok belakang isterinya sambil menepuk perlahan,seolah memujuk,tetapi saya melihat air matanya deras menuruni pipi .Ya Allah.
Saya tak perlu bertanya sebab dia menangis kerana gerak tubuh telah difahami.Dia tersentuh hati melihat mereka yg memerlukan,mereka yg tidak berada,yg miskin,mengutip pakaian yg orang lain sudah tidak mahu gunakan dan lebih menyayatkan mereka berebut mendapatkannya.Ini membayangkan betapa besar,dan sukanya hati mereka walau mendapat sesuatu yg telah terpakai.Inilah yg menyentuh hati wanita ini,sedangkan saya melihatnya hampir setiap hari. đ¤abdghaniharonđ¤
Mungkin dia yg hidup mewah (berdasar kereta yg mereka pakai,)tidak pernah melihat hal sebegini.Mungkin dia menginsafi diri.Allah bawa dia bersama suami melihat situasi yg mungkin tidak pernah dilihatnya mungkin untuk menyedarkan mereka dan ternyata air mata yg mengalir itu membuktikan keinsafan yg mendalam.
Nak ajak anda semua mencubit satu iktibar dari kisah ini.Kita perlu turun melihat kepayahan hidup orang lain untuk menginsafi diri,untuk bersyukur dg apa yg kita ada.Sesekali kunjungilah keluarga yg yatim,yg miskin,menziarah rumah anak yatim,rumah kebajikan untuk mengasuh diri.Sesekali ziarahlah kaum keluarga dikampung untuk melihat kepayahan hidup mereka.Jika anda seorang guru,ziarahlah ke rumah murid yg miskin,yatim untuk mendidik diri,memahami dan membantu.Jika kita seorang pegawai,ziarahlah kakitangan bawah yg mungkin sempit hidupnya untuk kita lebih rasional dlm tindakan.Jika anda seorang yg tiada jawatan,ziarahlah jiran sekampung untuk mengambil tahu dan membantu.
Janganlah hanya bergaul dg orang yg setaraf kita shj,buat persatuan yg setaraf kita shj,persatuan utk berbangga dg apa yg kita miliki,berarak berkonvoi sana sini,lepak-lepak sambil lawan tayang kehebatan jentera kita.Tetapi binalah persatuan untuk kerja kebajikan,kerja sukarela.Tak perlu berkonvoi pun kalau nak buat kerja kebajikan,seperti dua insan yg hanya berjalan kaki membersih ratusan masjid.Apa kata kita buat persatuan atau kelab adik beradik dg aktiviti kebajikan walau sebulan sekali,pilihlah mana destinasi kerja kebajikan kita.Ini lebih mendidik diri dan keluarga dan menjadi suatu amal kebajikan.
Wanita itu dan suaminya meninggalkan saya dg kereta mewah yg menjakar,Ketika isterinya mengangkat tangan melambai meninggalkan laman rumah saya,tangannya yg lagi sebelah masih mengesat air mata,apalagi bila mereka yg berebut pakaian turut melambainya.Jika saya bercerita kisah seorang ibu muda yg bapanya lumpuh,emak terlalu tua,abang oku cacat fikiran dan suami terpenjara,yg datang meminta pampers untuk bapa kpd saya,saya rasa wanita ini mungkin meraung.Kata ibu muda itu,"Cikgu,kesian ayah,pehanya melecaq kerana saya tak mampu tukar pampers lebih kerap."Saya hanya mengucapkan InsyaAllah.Allah maha pengasih,selang dua hari seorang hamba Allah rakan fb, memberitahu dia sudah bankin rm 100 untuk saya sedekah kpd siapa pun diikuti seorang lagi rm150 dg ayat yg sama sedangkan saya tidak minta.Saya gunakan sebahagian wang ini untuk membelu pampers bagi ibu muda ini.Kalaulah saya bercerita kisah ini kpd tetamu saya itu............moga anda yg mengikuti kisah ini terdetik suatu keinsafan bahawa Allah tidak meminta apa yg kita miliki,tetapi Allah meminta usaha kita semua untuk membantu yg memerlukan dan dari usaha inilah Allah datangkan bantuanNya.Hakikatnya bukan Allah minta harta kita untuk bantu simiskin,tetapi Allah minta usaha kita kerana apa yg kita beri menjadi simpanan kekal,bahkan diganti dg rezeki yg berganda.Itulah hakikat sedekah menyubur harta..abdghaniharon
Catatan:melecaq maksud melecet kulit.
PESANAN BUKU BICARA MATA HATI EDISI 2 BOLEH DIBUAT SEKARANG. WASSAP 0124120846
No comments:
Post a Comment