HUUUUTAAAAANG!!!
Semasa beriktikaf dalam masjid menanti solat jumaat di masjid Khalidiah Permatang Pasir,bilal masjid membuat pengumuman,"Tuan-tuan,saya ingin memaklumkan jika ada sesiapa yg allahyarham Saleh b Othman yg meninggal baru-baru ini,berhutang dengannya,diminta berhubung dg anaknya Lokman bin Saleh untuk menyelesaikan hutang tersebut"
Maksud pengumuman itu,anak si mati minta orang ramai yg bapanya terhutang supaya menuntut kpdnya utk diselesaikan.Si anak mahu menolong arwah bapa dari terhutang yg dibawa ke akhirat.Inilah anak yg bertanggungjawab, yg tidak memikir berapa banyak harta bapa tinggalkan tetapi berfikir untuk membebaskan bapa dari hutang yg kena dijawab dihadapan Allah.Walaupun nampak seperti memalukan,tetapi hakikatnya,inilah yg terbaik,yg tulus.
Ketika ayah saya meninggal dulu,semasa jenazah nak dibawa ke kubur,saya berdiri minta sesiapa yg ayah saya terhutang supaya berhubung dg saya.Maka ada seseorang bersungut,"Cikgu berani buat pengumuman begitu sebab dia ada duit."Ini bukan soal ada duit,tetapi soal yg mati kena ditolong oleh anak-anak,orang lain dah tak berupaya.Maka perkara pertama sebelum buat yg lain,sebelum agih harta pesaka,ialah menyelesaikan hutang simati.Jika hutang bank,hutang pinjaman rumah,kereta,kita akan tahu kerana bank akan tuntut,tetapi hutang sesama manusia,rakan, kedai kopi,kedai barang,penjaja ,hutang kutu,hutang party tupperware, ansuran itu ini mungkin secara lisan, tiada dokumen tetapi tetap hutang disisi Allah.Selesaikanlah dulu sebelum nak buat kenduri arwah,nak bersedekah,nak faraid harta.Melangsaikan hutang simati adalah perkara utama selepas mayat dikebumikan,bukan hal kenduri tahlil,bukan hal nak sedekah jariah,jauh lagilah hal pembahagian harta.
☺abdghaniharon☺
Jadi,bila berlaku suatu kematian,utamakan yg patut diutama iaitu urusan pengkebumian,sebaiknya disegerakan kerana nabi suruh,selesaikan semuanya hutang simati dg manusia dg harta yg ditinggal atau waris terdekat tolong selesaikan,hutang simati dg Allah seperti tertinggal solat masa sakit tenat dg cara di qadha oleh anak anak,tunaikan wasiat jika ada,jangan membatalkan harta yg diwakafkan si mati walaupun mengikut peraturan dunia boleh dituntut seperti tanah yg diwakaf lisan tetapi tidak didaftarkan dsbnya.Setelah yg utama ini dibereskan,barulah buat perkara yg lain seperti faraid harta,bersedekah atas nama si mati,berkenduri tahlil dsbnya.Yg jadi kebiasaan,bila berlaku kematian,sibuk nak berkenduri mengatasi semua yg lain,sedang si mati menangis di kuburan kerana hutangnya disana sini,janji dan amanahnya terabai dll.Sebab itulah nabi menyuruh kita menulis bila berjanji dan berhutang dg bersaksi,supaya bila berlaku kematian,mudah diketahui dan saksi wajib memaklumkan waris.
Akhirnya,bila dipenghujung usia,berhentilah berhutang,bertangguh bayar,takut terlupa,atau tak terbayar.Pada yg diusia matahari tegak dikepala,beringatlah,jika berhutang,buatlah suratannya, pesan kpd anak-anak,atau waris.Ingatlah hutang sesama manusia tidak akan terhilang dg ,emohon ampjn kpd Allah, ia tetap dituntut diakhirat.Ini termasuk hutang kpd kerajaan kerana belajar,PTPN,MARA dan badan lain, yg khabarnya berjuta orang abaikan.Berusahalah utk bayar secara ansur,hutang ibarat solat wajib yg tertinggal,wajib qadha dulu sebelum buat solat sunat,hutang kena langsai dulu sebelum buat yg lain yg sunat kecuali hutang terjadual.Begitu juga hutang kerana skim cepat kaya,hutang kpd along dsbnya yg bertaraf hutang,tetaplah kena dibayar tanpa mengambil kira siapa mereka.Jika hidup rasa sempit,gaji rasa tak cukup,buat itu ini tak kena,fikirkan apakah ada hutang yg terabai yg menyebab rezeki tidak berkat kerana ada hak orang dalam rezeki kita..Fikir dan muhasabahlah. abdghaniharon
No comments:
Post a Comment