TERJATUH KE PERIGI BUTA KERANA TIDAK MENGIKUT GPS
Ketika menasihat seorang penagih dadah,dia berkata,"Cikgu,kalau semua orang masuk syurga,siapa yang masuk neraka?Bukankah Allah dah buat neraka.."Astaghfirrullah!! Teringat Hj Awang Tok Wali kata pada saya suatu hari,"Allah buat neraka,bukan kerana Dia suka manusia masuk ke dalamnya,Dia suruh masuk syurga.Kita yang ketegaq."Saya dok fikir perkara ini berminggu kerana dia tidak menghurai,senyum dan bangkit berlalu.
Memang Allah buat neraka,tetapi Allah tidak minta,tidak suruh hambanya supaya masuk neraka.Nabi tidak ajar umatnya supaya masuk neraka.Bahkan Allah turunkan quran sebagai peringatan,panduan supaya manusia berbuat baik,menurut perintah dan akhirnya ke syurga.Allah turunkan nabi untuk menyeru dan menunjuk ajar,memberi contoh teladan supaya manusia masuk syurga.Allah sediakan ganjaran berganda-ganda bila berbuat baik,berbuat ibadat,tetapi bila buat dosa,balasan kadar bilangan yg sama.Allah sedia pengampunan,disuruh kita memohon ampun,bertaubat setelah insaf dan Dia Maha Pengampun meskipun dosa sebesar bukit Uhud.Sebegitu besar dan luas jalan yg dibuka ke syurga,dipimpin,ditawar ganjaran,diampunkan bila meminta ampun,semua ini kerana Allah mahu semua hambanya masuk syurga.
Tetapi manusia memilih jalan sendiri.Mereka yg engkar bertuhankan Allah menjadi kafir.Mereka mencipta tuhan yg lain.Sebahagian manusia mengakui Allah tuhan mereka,tetapi mereka engkar suruhanNya,langgar laranganNya,tidak rasa berdosa untuk meminta ampun,tidak berbuat baik.Maka mereka sendiri menempah jalan sempit,jalan yg tiada petunjuk,jalan yg ditegah,yg diancam,itulah jalan menuju ke neraka.Dalam quran,dalam hadis nabi penuh dg peringatan dan ancaman tentang neraka.Jelas disini,manusialah yg memilih jalan ke neraka,memilih untuk masuk ke dlmnya.Bukan Allah membina neraka kerana mahu hambaNya menghuninya,tetapi hambanya sendiri yg memilih untuk menghuninya kerana mereka engkar kpd Pencipta mereka,Allah.š”abdghaniharonš”
Ditangan kita ada pilihan,nak berbuat baik atau tidak,nak turut perintah Allah atau tidak,akhirnya nak syurga atau neraka.Bila merantau dlm fb,anda boleh memilih utk berbuat dosa atau pahala.Pilihan dihujung jari,tapi kesannya membina jambatan ke syurga atau neraka.Bila bertembung pembuli jalan,anda ada pilihan hendak maki hamun yg menitis dosa atau bersabar, memuji Allah yg merintis jalan ke syurga.Bila duduk rehat dirumah mengadap tv,pilihan juga dijari kita,rancangan maksiat atau nasihat.Bila duduk bersembang,mengumpat,mencaci ibarat berpakat merintis jalan ke neraka,tetapi menasihat,mengingat perkara agama akan bersama meneroka jalan ke syurga.
Pilihan ditangan kita.usah berdolak-dalik seperti insan yg saya sebut dipermulaan bicara.Kita yg lebih suka memberi alasan mengelak berbuat baik,menangguh ibadat,menurut nafsu,kemegahan dsbnya.Jangan salahkan Allah membina neraka,salahkan diri yg memilih untuk menghuninya.Setiap langkah,tindakan, anda ada dua pilihan,pilihlah syurga,pilihlah berbuat baik,patuh perintah Allah.Jangan salahkan sesiapa jika anda terjatuh dlm perigi buta kerana tidak mengikut gps tetapi memilih jalan sendiri.abdghaniharon
No comments:
Post a Comment