BERAPA DUIT SANGAT MEREKA DAPAT
Didepan rumah terlihat wanita petani berpeluh-peluh mengheret troli penuh bahan jualan dari rumah ke rumah.Dalam hati terdetik rasa simpati,terdetik fikiran berapalah pendapatan yg diperolehinya dg kerja seteruk itu.
Teringat emak saya dulu menjual laksa di gerai buruk bawah pokok rambai tiap petang.Tak banyak pun yg laku,sekilo lebih sikit sahaja.Untung satu dua ringgit shj.Bila disuruh berhenti niaga,jawapan yg selalu terbit,dari duduk saja tak dapat apa,buat pi lah,dapat juga sekupang dua.
Bila saya usahakan jual tulisan cara binding untuk dapat sumbangan bagi membeli kaki palsu anak dan nak bayar pinjaman pelajarannya,ada orang menyatakan berapa sangat cikgu boleh dapat.Pasaran buku di Malaysia tidak luas,cikgu kena jual banyak buku yg sukar dicapai.Tapi saya teruskan dg berserah kpd Allah kerana saya tidak ada keupayaan lain lagi.
Bila melihat sepasang orang buta menjual keropok dan tisu di pejabat JPJ, seorang yg duduk menunggu bersama saya berkata,berapa sangat mereks dapat,jualan tentu sikit,untung tentu amat sedikit.
Berdasar tiga insiden diatas,satu kesimpulan kita kita boleh buat ialah kita suka membuat tanggapan kpd sesuatu usaha dg ukuran fikiran kita yg bersifat kebendaan,ukuran duit,ukuran diri kita yg telah jauh berjaya.Emak saya mungkin untung seringgit dua,saya mungkin dapat seribu dua dari puluh ribu yg diperlu,sibuta itu mungkin untung beberapa sen shj.Betul pada fikiran kita,pada sifat kendaan kita.😊abdghaniharon😊
Tetapi fikiran ini tidak betul pada sisi agama.Allah menyuruh berusaha sahaja,
dg kadar mampu yg Allah juga tentukan.Mereka dlm tiga insiden ini mempunyai kenampuan sebegitu shj untuk berusaha.Maka mereka laksanakan.Allah lah yg memberkati,mencukupkan keperluan mereka dg sebab usaha mereka.Kita memberi pandangan berdasar fikiran kita tanpa menimbang bahawa Allah yg akan menentukan hasil kpd usaha mereka.Kita membatas rezeki atas keupayaan fikiran kita yg terbatas,sedangkan rahmat Allah amat luas.Duit niaga laksa yg untung sekupang dua itulah emak saya membiayai saya belajar di um hingga grad.Jualan tulisan saya hampir mencapai sasaran dimana Allah datang dari seluruh pelusuk negara mereka yg bermurah hati,dan sibuta suami isteri itu saya lihat masih berjual yg sama setelah berbulan,menunjukkan jualan kecil mereka mampu membiayai hidup mereka.Itulah rahmat Allah,bukan usaha menentu hasil jayanya pada ukuran fikiran manusia,Allah menuntut usaha untuk menjadikan jalan bagi Allah memberikan keberkatan pada usaha mereka dan hanya Allah yg mencukupkan.Bukan kecil atau besarnya usaha menentukan kejayaan,tetapi rahmat Allah,kita dituntut berusaha.
Berhentilah dari memperlekeh,memandang rendah usaha orang lain kerana kita hanya melihat usaha tetapi kita tidak dapat melihat kuasa Allah disebaliknya. Mulakankan apa usaha pun dg satu langkah kecil.Semua orang yg berjaya bermula dari langkah dan usaha kecil sambil berharap Allah merahmati dan membuka jalan yg lebih luas.Hidup ini telah ditentukan kitaran masa untuk berjaya,sesiapa yg cuba mencari jalan ringkas,mereka akan kecewa sudahnya seperti ceria cepat kaya,mlm dsbnya.
Bila melihat usaha orang lain untuk hidup,detikkanlah doa bagi mereka,ya Alkah cukupkanlah keperluan mereka.Itu yg terlebih baik,menjadi amal kebajikan,dari bersungut berapa duit sangat dapat,tak ada kerja lain ka, kerana kita tidak tahu masalah dan kekangan hidup mereka,kita tidak berhak menentu rezeki mereka, maka yg lebih positif,detikkan doa dlm hati buat mereka.Jangan berfikir dari untung sekupang dua,baik duduk saja,kerana sekupang dua nilai manusia,tetapi keberkatan dari sekupang dua itu mungkin lebih besar dari apa yg kita fikirkan,seperti arwah emak saya yg mampu membiyaii saya belajar walau dg sekupang dua.Setiap usaha jangan mengharap untung dunia shj,haraplah untung akhirat kerana menurut sunnah,menurut suruhan Allah.abdghaniharon
No comments:
Post a Comment