MENGAPA HADIR LEWAT KE MAJLIS QATAM QURAN
Ketika memantau orang ramai yang datang mememilih untuk mengambil pakaian diprojek sedekah jariah saya,seorang perempuan yg agak berusia menyapa saya.Dia berkata,"Cikgu,nak minta sesuatu yang lain sedikit dari apa yang di sini boleh dak?"Saya agak tercengang,dalam hati cepat terlintas mungkin dia nak minta barang makanan atau duit.Saya membalas bertanya apa yg nak diminta.Dalam nada suara rendah dia berjata,"Nak minta quran untuk anak mengaji.Yang ada dah koyak dan buruk sangat."Astaghfirrullah.Lintasan hati saya tadi adalah satu buruk sangka rupanya.Cepat saya mengiyakan dan minta dia datang lagi sehari dua.Dia senyum lebar dan mengangguk, air mata tergenang tanda bersyukur, jelas terlihat bila dia beralih,dan mengucap terima kasih lalu beredar.
Apa yg kita boleh pelajari dari sini.Seorang ibu miskin yg membuang rasa malu kerana bimbang anak tidak boleh membaca quran,sanggup meminta.Sudah tentunya dia tidak mampu untuk membeli sebuah quran.Seorang ibu yg mahu memastikan anaknya boleh membaca quran.Seorang ibu yg bila ada ruang yg dilihatnya boleh meminta bantuan,dia mendahulukan meminta quran.Pada saya permintaan yg tidak boleh ditolak,bila seseorang meminta tolong untuk memiliki kitab Allah sedangkan sebahagian kita menjadikan sbg hiasan kabinet,hiasan dinding.š”abdghaniharonš”
Jika ibu miskin ini begitu menekankan perlunya anaknya boleh membaca quran,tanyalah diri kita.Anak kita bagaimana,boleh baca quran,sudah qatam quran,pernahkah kita mendengar atau menyemak bila dia baca quran.Berapa kerap anak baca quran dirumah berbanding baca akhbar,baca majalah,baca buku sekolah.Berapa kali anak kita qatam quran dlm hidupnya hingga kini.Jika anda berani offer anak jika dapat 5A nak hadiah itu ini,mengapa tak tawarkan hadiah jika qatam quran?Jangan berdalih konon kalau baca tawar hadiah,tak ikhlas.Ini hal mendidik,jika nabi suruh pukul anak yg tak solat,apakah kita nak berhujah solat kena paksa,tak berguna juga.Kenapa risau anak tak dapat 5A,tak risau anak tak tahu baca quran,tak qatam?Kita akan ditanya nanti didepan Allah,anak akan memberi hujah,bapa aku tak suruh,tak didik pun untuk baca quran.Jika jd ketua,ajaklah orang dibawah baca quran, jika jd gubesar/pengetua,aturkan masa utk pelajar baca quran walau 5 minit,ajak dimana ada jesempatan utk membuka mulut.
Tanya juga diri,boleh ke baca quran,tergagau,tergagap, tersangku-sangkut,lambat atau sudah lancar.Kalau tak tau baca, itu sangat teruk,kalau tergagap, tersangkut,kenapa tak bagi lancar,umur telah berpuluh tahun,tak boleh lancar juga?Berapa kerap baca quran,berapa kali qatam seumur hidup hingga kini.Siapa berani jawab,jawablah dalam komen.Bukan untuk tunjuk tapi untuk orang lain buat ukuran.Beranikah berazam sebelum mati nak qatam 100 kali.Setahun 2 kali,50 tahun 100 kali.Entah-entah sekali saja seumur hidup,itupun masa mengaji dulu,dan itulah modal untuk menjawab soalan malaikat apakah kitabmu?Soheh kena godam kerana jawapan yg penuh kepuraan.Saya pernah lihat satu kenduri di kg,yg dibuat qatam quran dahulu sebelum makan,hanya ada berapa kerat orang tua shj,kebanyakan mencari helah hadir lewat ketika majlis nak habis,seolah orang tak tahu fikiran menipu mereka itu.Soheh mereka tak tau baca quran atau boleh yg sedikit.Ada yg senyum ka?
Jika membelek telefon berjam sehari,belajar hingga keluar negeri,buku lebih tebal dari quran lunyai dihadam,dihafal, difaham,quran bagaimana,masih tersusun elok dlm almari kaca?.Malulah kpd ibu miskin ini,malulah kpd Allah kerana mengaku kita orang beriman sedangkan sebahagian kita hipokrit,berpura,madah penuh berhelah.Jika belum bermula,ayoh mulakan satu langkah,jika dah buat kadangkala,ayuh kerapkan,jika khatam lama-lama sekali,ayuh qatam setahun 2 kali.Siapa yg tak mau juga berubah,doa saya,moga Allah bukakan pintu hati suatu hari sebelum tangan tidak dpt diangkat,lidah sudah tidak boleh berkata.abdghani haron
No comments:
Post a Comment