NIAT BUKAN SEKEDAR RUKUN IBADAT
Berbual dg seorang rakan yg dailisis juga,dia bertanya bagaimana saya dapat menahan dari banyak minum air.Utk makluman,mereka yg rosak buah pinggang dinasihat minum tidak lebih sebotol air mineral kecil shj sehari.Bila saya menjawab saya berpuasa selang sehari,mengikut sunnah nabi Daud,dia berkata,"Kuat betul cikgu."Saya membalas,"Bukan diri saya yg kuat,tetapi niat telah menyebabkan saya kuat, nabi sebut sesuatu amal bergantung kpd niat dan letaklah niat kerana Allah,nescaya kita mencapainya."
Mari kita fahami maksud yg lebih dalam dg pesan nabi sesuatu amalan itu bergantung pada niat.Niat adalah rukun ibadat dan ia akan menentukan sahnya ibadat.Tentu sekali niat kerana Allah.Itu semua orang faham.
Tetapi pada pengamatan saya niat ini juga penting dalam aspek lain yg lebih dalam selain menjadi rukun.Niat ini juga berperanan dlm membantu kita melaksana ibadat.Mungkin anda perasan bila kita niat berpuasa dg ikhlas,kita tidak terasa lapar,tidak terasa nak makan,nak minum.Kita hanya terasa sedikit letih shj.Kita tidak dlm keadaan tunggu untuk makan.Inilah kelebihan yg Allah beri kpd orang yg berniat untuk berpuasa.Inilah yg saya maksudkan niat telah membantu ibadat,niat berpuasa menyebabkan kita tidak terasa nak makan dan minum walau makanan didepan mata.Tetapi jika kita tidak berniat berpuasa,kita hanya tak mau makan kerana nak diet,nak kurus,atau sibuk,akhirnya kita akan terasa lapar dan perlu makan.
Jadi jelas niat berperanan untuk diri kita tidak meminta makan dan minum.Niat menyebabkan tubuh kita bertindak selaras dg apa yg diniatkan dg izin Allah.Bila kita niat berpuasa,bermakna tidak akan makan dan minum,tubuh dan fikiran kita juga segera di set,diprogramkan tidak meminta makan dan minum hingga penghujung hari.Kita ambil contoh lain.Jika kita memakai baju cantik dg niat menunjuk,tubuh kita pun bertindak sedemikian,dg lenggoknya,angkat dadanya.Tetapi jika kita pakai sebagai memenuhi tuntutan menutup aurat,kita tidak terasa apa apa pun.Jika solat dirumah yg sendirian,diawal pagi,lebih khusyuk kerana tidak diganggu niat dg rasa nak menunjuk,rasa orang dok tengok.
Jadi niatlah setiap sesuatu kerana Allah maka tubuh kita akan bertindak mengikut niat.Saya boleh berpuasa selang sehari,walau dlm dailisis,kerana niat yg membantu dan saya rasa jauh lebih sihat dari tidak berpuasa.Seolah penyakit rosak buah pinggang ini satu rahmat pula.Pernahkah anda terperasan bila kita berniat nak bersedekah,akhirnya Allah datangkan penerimanya,bila kita berniat untuk bangun bersolat malam,Allah takdirkan tubuh kita terjaga di awal pagi,bila kita berniat sesuatu yg baik,akhirnya kita ketemui kebaikan itu.Jadi niat juga menyebabkan terlaksananya sesuatu hajat,ia seperti permintaan yg dilaksana dengan perbuatan,maka Allah permudahkan untuk mencapainya.
Jadi,sentiasalah meletakkan niat berbuat baik,kerana apa yg kita niat,kita akan perolehinya berdasar hadis Dari Umar bin Khattab dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rosululloh bersabda: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi niatnya.’”
Bila ibadat khusus kita berniat,bila nak buat perkara lain yg sunat,yg bukan ibadat khusus pun kita kena niat kerana Allah,bila bersedekah niat kerana Allah kita akan ikhlas,bila bermusafir kerana Allah,moga kita terpelihara,bila menegur kerana Allah,moga Allah buka hati yg ditegur,bila makan kerana Allah,moga kita tidak banyak makan,makan bukan kerana sedap dan mungkin Allah lindungi kita dari sesuatu yg tidak baik yg ada dlm makanan itu,dsbnya.Jika Allah jdkan niat sbg rukun ibadat,Allah seolah memberi tunjuk ajar syarat utama untuk mencapai hajat iaitu niat kerana Allah.Ayuh,letaklah segalanya dg niat kerana Allah walau sekecil mana,nescaya kita perolehinya.abdghaniharon.
Bantulah saya mengembang projek sedekah jariah dg pembelian buku Bicara Mata Hati Edisi 2.Beri alamat,saya pos,terima buku,baru bankin.
No comments:
Post a Comment