JIKA NAK MAKAN GULAI YANG SEDAP....
Bila saya mencadangkan kpd ayah supaya berhenti mengerjakan bendang setelah saya dapat kerja,jawapan yg diberikannya cukup menjadi penguat semangat hingga hari ini.Katanya,"Jika kita nak makan gulai ikan,kita kena ke market,kena giling rempah,menyiang ikan,mengukur kelapa,memasak dan akhirnya kita dapat makan gulai yg sedap.Siapa yg meranduk air,menebar jala,ia akan dapat ikan.Orang yg berpeluk tubuh dipantai dan memperolehi ikan yg diberi orang,hanya mendapat nikmat ikan tetapi tidak merasai nikmat kepayahan dan kepayahan itulah nilai sebenar apa yg kita perolehi.Besar pengobanan,besarlah nilai kenikmatan."
Benarlah kata kata ayah.Pengorbanan ibu dan bapalah yg menzahirkan kita yg berjaya hari ini.Jika kita ada kereta,rumah ada kemewahan,itu berkat pengorbanan ibubapa.Jangan mendabik dada mengatakan itu hasil titik peluh kita belajar,kerana hakikatnya kita hanya menempuh alam sekolah dan universiti utk berjaya,kita ibarat berkayuh menuju pulau,sedangkan yg menyedia perahu,pendayung,bekalan,alatan jika perahu bocor,yg menyedia ubat,yg tidak putus mendoakan di pantai adalah ibubapa.Jerihpayah kehidupannya dan harapan mengharap anak berjaya itulah yg dimakbul tuhan dari pengobanannya, janganlah sesekali merasa semuanya hasil usaha sendiri.
Pengorbanan kerana mencapai sesuatu akan menyebabkan kita terasa nikmat bila memperolehinya.Ibarat gulai emak kita waktu dulu yg lebih sedap,dibuat dg susah payah,berbanding gulai kita yg hari yg dibuat dg mudah tanpa susah payah apa lagi yg dibeli dikedai.Anak-anak hari ini kurang menghargai apa yg diperolehi kerana mudah didapati dan tidak perlu susah payah.Lagi mudah diperolehi,lagi rendahlah nilainya,rendahlah nikmatnya.
Saya nak mengajak anda memikir hal ini.Jangan manjakan anak hingga dia tidak mengenali dan merasai kepayahan hidup.Sedapatnya setiap permintaan ditukarkan dg satu pengorbanan,meskipun kecil untuk mendidik, bahawa apa saja yg diingini memerlukan pengorbanan,bukan terus dipetik bagai memetik buah yg melentur dahannya dihalaman.Saya nsk mengajak semua bermuhasabah mengenang pengorbanan ibubapa yg menyebabkan kita hidup berbahagia hari ini.Jangan dabik dada bila bercakap tentang kejayaan diri dg melupakan orang tua sendiri.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment