Friday, 17 April 2015

MENGUBAT RINDU IBUBAPA

MENGUBAT RINDU KEPADA IBUBAPA

Nabi Yusof yg terpisah dari bapanya nabi Yaakob atas perbuatan saudara saudaranya yg dengki,dan ditinggalkan dlm telaga, akhirnya diselamatkan oleh musafir,dijual kpd pembesar dan berkesudahan menjadi pembesar Mesir.Apabila saudara nabi Yusof bertemu semula dg Nabi Yusof,mereka diberikan sehelai baju yg telah dipakai nabi Yusof untuk dibawa balik kpd bapa mereka Nabi Yaakob yg telah buta akibat menangis kesedihan atas kehilangan nabi Yusof.Apabila sampai,mereka mencampak baju nabi Yusof ke muka Nabi Yaakob.Pada ketika itu nabi Yaakob merasai bau badan Nabi Yusof dan matanya pun pulih dan hilang kesedihannya selama ini.

Kisah ini telah diguna untuk mengubat penyakit rindu.
Ketika emak dan ayah saya nak ke Mekah dulu,saya dengar dia berpesan untuk selimutkan adik bongsu dg kain yg terakhir dipakainya, untuk mengubat rindu.Jika anda meninggalkan anak utk beberapa hari,tinggalkanlah juga kain yg selalu dipakai utk diselimut kpd anak,moga hilanglah penyakit rindu.Ini sunnah nabi sebagai satu ikhtiar.

Penyakit rindu yg keterlaluan kadangkala memudaratkan fizikal dan masa depan.Anak anak yg ditinggalkan hendaklah diawasi dari sudut ini sebelum menjadi teruk..Kemajuan teknologi kini mungkin banyak membantu menghubung manusia yg sekaligus mengatasi sebahagian penyakit rindu,tetapi apalah ada pada gambar dan suara berbanding tubuh didepan mata..Moga Sunnah nabi Yusof ini pengubat kpd penyakit rindu yg baik jika dimanfaatkan.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment