Thursday, 2 April 2015

MOTOR AKU TAK ADA MINYAK

MOTOR AKU TAK ADA MINYAK?
Seorang guru agama pernah singgah dirumah saya untuk memin jam motorsikal untuk dibawa balik ke rumah mentuanya kerana rumah mentuanya sukar mendapat bas.Saya pun berilah pinjam kpdnya Ketika dia dah bertolak beberapa minit,baru saya sedar bahawa motor itu minyak petrolnya nak habis.Saya nak hubungi,dia memang tak ada handphone.Saya mengambil keputusan dan mempercayai dia akan mengisi minyak dulu sebelum meneruskan perjalanan.
Seminggu kepas tu,dia kembali menyerahkan motor saya,Dia bertolak balik dg bas ke Penang. Setelah seminggu,berlalu,saya mula perasan saya tak mengisi minyak motor tersebut sudah banyak hari setelah diserahkan.Saya pun membuka tangki minyak kerana meter minyak dah tak hidup.Tangki kosong,langsung tak ada minyak petrol.Sekepas itu notor itu telah tidak hidup.Saya hubungi ustaz berekenaan di pejabatnya bertanya samada ia mengisi minyak,dia hanya membalas minta maaf kerana dia tak mengisi minyak pun,dia ingatkan minyak penuh masa saya beri.Saya terduduk,terfikir kisah sebelum ini tentang yakin.

Sebenarnya inilah yg dikatakan yakin.Ustaz itu yakin motor itu ada minyak,Saya pula yakin motor ada minyak.Bila saya rasa dah lama tak isi minyak dan buka tangki,semasa itu telah hilang keyakinan,maka benarlah minyak tidak ada.Hakikat yg mengerakkan sesuatu,dlm hal ini motor, bukan minyak,bukan enjin tetapi Allah!Syaratnya,keyakinan yg tinggi.Ini satu pengalaman benar yg saya lalui menumpang keyakinan dan keberkatan dari seorang guru agama,

Yakin itu penting dlm hidup,dlm berpegang kpd agama.Tahap keyakinan itu berbagai.Seorang sahabat nabi pernah menyatakan pada nabi yg ia hanya membaca fatehah pada air utk berubat dan ternyata menyembuhkan .Yg mengubat bukan air,tetapi yakin.Kita meminta air penawar dari seseorang ,yg mengubat bukan air tetapi keyakinan,ikhtiar yg dimakbul tuhan.Doktor pakar buah pinggang berkata kpd saya ubat penyakit pakcik ada pada pakcik 70%,ada pada ubat yg saya beri 30 % sahaja,Saya tahu 70% itu keyakinan,30% itu sebab dan ikhtiar,tetapi dia tak tahu menjelkaskan kerana dia bukan Islam.

Bila timbul kajian pakar Jepun yg mengatakan air yg dibaca quran kpdnya,berubah texturenya. Selepas itu banyak orang ambil kesempatan,buat bisnes air terapi quran,pada hal lama dah orang melayu buat air yasin Habis budak pondok pun terlibat. Logiknya,buat air terapi quran ini betol ka mereka baca quran semuanya.Mereka buat air bukan sikit,jual seluruh malaysia,Depa baca dalam kolam ka?Besar mana kolam dia.Atau depa baca sikit,buat ibu,lepas tu campur dlm air banyak,jual pada orang.Lebih teruk ada cerita ambil anai anai makan quran 22 juzuk,air hujan malam 10 muharram.Sebenarnya mereka ini mengambil kesempatan keatas agama.Mungkin ada orang kata,air ini bagus,baik.Ya .saya terima,tetapi bukan sebab air tetapi sebab yakin.
Kenapa tak buat sendiri,Letak bekas air ketika kita baca quran,bukan mesti habis qatam.Ini lebih baik kerana niat kita utk beriktiar berubat.Mereka yg jual air terapi quran niat apa,jangan temberanglah kata kami niat ikhlas,kalau ikhlas air sejuk jual RM 5.00?Untung berkali gandfa.Tak lain niat mereka utk bisnies,Ada udang balik mee. Daripada beli air terapi quran yg meragukan, baik beli air zam zam 10 liter Rm120.Confirm air ni mujarab kerana hadis nabi,dg maksud air zam zam itu diminum mengikut niat kita.Ini Hadis.Kalau air terapi pun beringgit harganya,baiklah beli zam zam kerana ia sunnah yg tidak boleh dinilai dg ringgit..Mudah diperolehi sekarang di malaysia..

Saya kadar menyatakan pandangan,Nanti ada orang kata saya bunuh bisnes orang melayu.Sapa nak terima,terimalah,tak mau,terima,buatlah.TUHAN BERI KITA AKAL,BERI KITA USAHA,DIA SURUH KITA MINTA PADANYA.KENAPA NAK PAKAI ORANG TENGAH UNTUK MEMINTA KPD TUHAN,KENAPA NAK GUNA ORANG TENGAH UTK BERIKHTIAR??Maafkan saya.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment