Thursday, 16 April 2015

JANGAN JADI HARIMAU YANG MENINGGALKAN BELANG

JANGAN JADI HARIMAU YANG MENINGGALKAN BELANG
JADILAH KERBAU YANG MENINGGALKAN TANDUKNYA

Tuhan berkuasa menjadikan manusia dg begitu saja,tanpa ada proses kahwin dan lahir,hanya kun faya kun,jadilah,maka terjadilah.Tetapi Allah sengaja mensabitkan kelahiran manusia dari jalinan hubungan manusia,supaya manusia itu yg memilih pasangan bagai memilih benih buah yg manis atau masam,dg keredaannya,dan kelahiran anak itu lahir dari hubungan mesra antara keduanya.Jelas disini tuhan memberi peluang kpd kita menentukan tapak zuriat dari awal,jangan persalahkan tuhan sudahnya.Kesusahan mengandungkan,melahirkan,membela adalah sengaja tuhan ujudkan untuk setiap manusia melihat dan merasai sendiri betapa payahnya,sengsaranya melahirkan dan membesarkan dan proses hidup, supaya manusia mengambil teladan utk bersyukur kpd tuhan,mengenang betapa payah ibubapa melahirkan kita sebelum ini.Tuhan memperingatkan kita dg pengalaman sendiri.

Bersyukurlah kerana diri kita diturun kedunia dg cara ada orang yg mengasuh,membela tanpa jijik berak dan kencing sedangkan lazimnya najis menjijikkan,tuhan matikan rasa jijik kpd ibu.Bagaimana diri kita agaknya jika ibarat penyu yg meninggalkan telur di pantai,anak yg lahir terkontang-kanteng meredah lautan.Dibina kasih sayang kpd ibubapa,rasa bahagia melihat wajah anak,memeluknya,rasa ingin menciumnya tak puas puas.Tiap kata dan keletahnya adalah penghibur yg tak ternilai harganya.Rindu pd anak lebih menusuk dari rindu pd kekasih kerana rindu pd anak ibadat,adalah satu nikmat tuhan yg suci tanpa setitis emosi dan nafsu.Itulah nikmat melahir dan membesarkan yg seluruh isi dunia tidak dpt menggantikannya.

Tuhan memberi peluang kpd kita menentu arah hidup anak, mendidik,membina kasih sayang,membina kesihatan tubuh dg makanan yg baik,mencorak apa saja di atas kain putih yg di anugerahkan iaitu anak.Dipenghujung hidup kita akan menuai hasil didikan dan asuhan kita.Anak yg soleh akan membantu ibubapanya didunia hingga ke alam kubur.Tapi anak yg derhaka kpd tuhannya juga akan dibeban kpd ibubapanya kerana mereka mungkin tersalah didik.Ingatlah ,apa yg kamu tanam,itulah yg akan dituai.Baja yg baik,pokok yg subur,kawalan serangga yg berterusan akan menghasilkan buah yg baik.

Kita yg telah dewasa,yg pernah melalui proses dilahir dan melahirkan,dibesar dan membesarkan,hendaklah menginsafi utk menghargai ibubapa.Reda ibubapa,ibarat reda tuhan, hingga ada ayat quran yg melarang menyebut Uuh! sekalipun kpd ibubapa, kerana jasa dari kepayahan ini.Tuhan memberi kita dua pengalaman ini dg jangka masa panjang utk insaf.Pandanglah ibubapamu dg kasih sayang, asuhlah mereka kembali seperti dia mengasuh kita pd suatu masa dulu.Ingat dia mengasuh utk membesarkan dan menghidupkan kita,tetapi kita mengasuh utk menuju hari matinya.

Akhirnya kita melahirkan dan dilahirkan utk mewujud keluarga,mewujud silaturrahim,mewujud kehidupan bermasyarakat,berjemaah dll.Anak anak adalah pewaris,tinggalkanlah yg baik baik.Pesan ayah saya, jangan jd harimau yg meninggalkan belang yg menundukkan manusia dg kekerasan dan ketakutan.Saya lihat ayah masih menggantung tanduk kerbau kesayangannya dirumah, kerbau yg mengabdikan seluruh hidupnya utk berkhidmat kpd kami sekeluarga dibendang ayah.Anda akan tinggalkan apa?

Jadi,berkahwinlah,lagi awal lagilah baik.Jangan memilih sangat,kerana tidak ada yg sempurna melainkan Allah.Berkahwinlah utk saling melengkapkan,ibadat orang berkahwin berpuluh kali ganda berbanding orang bujang.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment