KEPADA SIAPA KAMU LETAKKAN KEYAKINAN
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya. Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”
Kisah ini sebenarnya patut direnungi oleh semua orang kerana kita pun pernah terjadi begini ia itu meyakini sumber dan kuasa lain secara tak langsung sebagai jaminan rezeki.Orang berbimbang takut hidup tak ada pendapatan jika dibuang kerja hingga meredhokan perkara yg haram dan subahat oleh majikan,tidak menegur kesalahan.Banyak orang mengumpul harta hingga tak mau bersedekah kerana takut kehabisan dan ketidakcukupan utk masa depan sedangkan Allah yg beri rezeki.Ada orang berusaha merancang pendidikan anak utk kerja hebat utk hidup senang hingga lupa pendidikan agama sedangkan tuhan yg memberi rezeki bukan kerana pendidikan tinggi.Kita habiskan seluruh hidup utk memikir dan bekerja hingga menjadikan ibadat kpd tuhan perkara sampingan sedangkan sekuat mana kita bekerja pun,rezeki tetap ditangan tuhan.Kita berterima kasih dan memuji manusia yg memberikan kita sesuatu,sedangkan hakikatnya Allah yg memberi dan selayaknya Dia yg patut dipuji.
.Beristighfarlah,sesungguhnya apa yg ada dlm quran itu adalah utk teladan dan ikutan serta peringatan,dan kisah nabi Sulaiman ini bukanlah sekedar cerita utk anak anak di kelas tadika.Allah yg memberi rezeki,berserahlah kpdnya,jangan sesekali bersandar kpd yg lain dari Allah.
No comments:
Post a Comment