JANGAN LIHAT PADA PERMUKAAN SAHAJA.
Saya duduk berbual bersama dlm satu kumpulan,bercerita soal membeli kereta dan barangan kemudahan dirumah.Seorang dari mereka diam shj.Bila diminta pandangannya dia bersuara,"Saya tak akan beli satu barangan yg mahal jika ia hanya bermanfaat untuk diri saya sahaja.Ia adalah pembelian yg rugi."Semua terdiam seketika.Dia menyambung,"Jika barangan itu dibeli utk diri, kita dpt nikmati kemewahan dunia yg sementara utk diri kita,tetapi jika dibeli sesuatu utk manfaat ramai,kita perolehi ganjaran lebih besar dan berpanjangan di sisi Allah." Subhanallah! Kata-katanya terus mematikan perbualan
Seorang sahabat lagi yg membuat kenduri kahwin secara agak besar dipuji oleh rakan yg lain tentang jemputan,makanan yg sedap,kesediaan mengeluar belanja yg banyak utk orang ramai bahkan ada yg kata dia akan dpt hadiah yg banyak.Akhirnya dia menjawab,"Bukanlah manfaat kenduri pada jamuannya, pada kemeriahannya tetapi saya menuntut ganjaran tuhan kpd jalinan ukhwah dan silaturrahim yg terjalin dari kenduri ini.Setiap orang yg bertemu dimajlis ini,bersalaman, memberi salam, makan bersama, maka terjalin satu ukhwah,suatu perkenalan,saya menuntut kpd Allah mengurniakan ganjaran baik kpd saya dari setiap ukhwah yg terjalin dari majlis ini." Allahhuakbar!
Dari dua kisah ini saya nak buat kesimpulan.Kita selalu melihat sesuatu pd permukaannya sahaja,tetapi mereka yg teguh iman,melihat jauh ke dalam.Ketika kita memikir kesenangan diri,mereka memikir kesengan utk dikongsi dan dg itu mereka mendapat anjaran lebih besar disisi Allah.Ketika kita membuat sesuatu utk berbangga,bermegah dan untuk keuntungan dunia,mereka lebih kpd memenuhi tuntutan Allah dan melihat ganjaran yg lebih besar disisiNya.Muhasabahlah diri pada apa yg kita buat,hanya untuk untung dunia sahaja atau akhirat.Orang yg pergi kerja utk dpt gaji akan dapat untung dunia,tetapi orang yg pergi kerja kerana nak menyara keluarga kerana memenuhi tuntutan agama,dia akan dapat dunia dan akhirat.Orang yg makan kerana lapar dia akan dapat kenyang,tetapi orang yg makan utk sihat,utk kuat supaya boleh melaksama tanggungjawab dan ibadat akan dpt kenyang dan keberkatan hidup.
No comments:
Post a Comment