Saturday, 25 April 2015

BUKAN BANYAK LEBIH BAIK

BUKAN BANYAK LEBIH BAIK

Seorang jemaah yg bersolat subuh disebelah saya pagi ini dilihat rukuk begitu rendah hingga tangannya boleh memegang betis.Saya ingin mengulas tentang ibadat bila dilakukan mestilah menurut apa yg dibuat oleh nabi,apa yg disyarst dan ditetapkan oleh fekah.Dalam ibadat,ada perkara yg ada had dan batasnya.Rukuk mestilah pada kadar tangan memegang lutut dan kepala kadar lurus tangan memegang lutut.Tidak betul memaksa tunduk serendah yg mungkin,bukanlah betul jika lagi rendah rukuk,lagi baik.Rukuk kadar sempurna sprt yg disyaratka.

Ketika duduk tahiyat akhir,ada orang yg terpaksa mencengkol kaki,tersenget badan,kaki tersengkang hingga mengganggu jemeah disebelah dll kerana nak duduk tahiyat akhir seperti diajar.Tidak semua orang boleh duduk tahiyat akhir dg sempurna terutama yg gemuk,maka duduklah secara yg selesa,tak perlu bersakit atau menahan diri hingga menggeletar badan kerana nak duduk tahiyat seperti yg diajar.Jika tidak berupaya,duduk secara tahiyat awal atau duduk antara dua sujud.

Ada yg jadi imam solat berjemaah membaca surah yg sangat panjang,mungkin nak tunjuk dia hafal banyak.Nabi telah melarang bacaan surah yg panjang bila ada orang tua dan kanak-kanak,sebab itu disuruh imam memerhati saf sebelum memulakan solat.Bacalah surah yg pendek dan sederhana.Saya biasa solat jumaat di Mekah yg imamnya hanya membaca surah kausar dan iklas (inna aqthoina dan qul huwallah).Bukanlah suatu yg baik,yg hebat bila seorang imam membaca surah yg panjang dlm solat jemaah yg ada orang tua dzn kanak-kanak.

Ada imam solat jumaat, membaca zikir selepas solat waktu sedangkan ada hadis yg menyuruh membaca surah al fatehah,al ikhlas,al falaq dan an nas tujuh kali yg dikata akan diampun dosa antara jumaat kpd jumaat.Kenapa menolak utk menurut apa yg disebut nabi dan memilih yg lain.Buatlah ikut suruhan.

Begitu juga dalam hal berzikir.Berzikirlah dg tertib,dg lafaz yg betul dan jelas.Berzikir hingga bagai lupa diri,sebutan sudah tidak jelas,apa lagi dg mengangkat tangan,menari,bertempik adalah tidak betul.Tuhan tidak suruh mengingatnya dan memujinya secara demikian.Sepatutnya kita memuji dan mengingat Allah dg bersopan dan tertib.Jika nabi menyebut baca 33 kali subhanallah,alhamdulillah,Allahuakbar dan dicukupkan seratus dg ayat tertentu,maka kena buat sebanyak itu,tak boleh lebih.Bila disuruh tujuh kali membaca Allahumma ajirni minannnar selepas solat,maka kena baca tujuh,bukan lebih.Bila berpuasa disuruh berbuka pada waktunya,bukan lebih lama lebih baik.Dilarang berpuasa tiap hari hingga meninggalkan tanggungjawab lain kerana nabi pun tidak demikian.Bukanlah buat banyak lebih baik.

Bila bermusafir,disuruh menjamak dan qasar solat iaitu menghimpun dan meringkaskan solat.Bukanlah suatu yg baik bila kita menolak untuk jama' dan qasar kerana nak solat penuh,kononnya dia mampu,dia tak puas solat jika jama dan qasar.Adalah suatu yg buruk menolak tawaran Allah utk jama' dan qasar.

Kesimpulannya,buatlah ibadat ikut peraturan.Jangan dikurang atau ditambah.Jangan mengada-adakan dlm agama.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment