Thursday, 2 April 2015

BACALAH TIGA QUL

BACALAH TIGA QUL DAN BERTAWAKKAL!
Minggu lepas jiran yg berhadapan rumah saya yg membantu kami mengemas prjek Meja Sedekah Jariah dan Wakaf Air Bertapis ,menceritakan tentang satu penemuan satu bungkusan plastik hitam di tempat tersebut.Bila dia buka dia mendapatri di dalamnya ada seekor ayam hitam yg telah mati.Suaminya seorang tukang urut di samping berniaga,mempunyai sedikit sebanyak ilmu perubatan Melayu mungkin tahu ini adalah sihir.ayam hitam dikait dg perbuatan jahat ,ayam putih biasanya dikait dg menjamu jin .Mereka buang bungkusan tanpa menunjukkan kpd saya kerana mungkin takut saya berbimbang.

Salah satu perangai orang Melayu ialah dengki dan sakit hati.Saya lakukan projek itu demi membantu,tidak menyusahkan siapa pun,depan rumah saya.Ini bukan kali pertama tapi alhamdulillah sejauh ini tuhan belum pernah memakbulkan usaha jahat mereka.Berlindunglah dg Allah dari perkara begini dg membaca tiga surah yg bermula dg qul sebelum tidur iaitu surah alikhlas,al falaq dan an nas.Niatlah berlindung dg Allah dari manusia yg dengki dan iri hati serta syaitan yg direjam.

Diutara ini terkenal juga masalah santau yg digunakan dalam saingan perniagaan.Santau juga ilmu sihir yg diguna dlm makanan yg akan menyebabkan kesakitan,batuk berdarah dan keluar darah dari roma.Pesan saya jika anda meronda utk makan dan telah masuk ke gerai dan melihat,menjengok lauk pauk yg dipamerkan,kemudian anda rasa tak berkenan,jangan pergi kedai disebelah dan duduk makan di sana.Lebih baik pergi jauh sedikit dari kedai yg ditinjau tadi,kerana jika anda singgah dikedai bersebelahan,mungkin anda terkena santau.Ini adalah disebabkan masalah persaingan dan sakit hati.Saya tak mau bicara bagaimana santau disampaikan.Sebaiknya jangan makan dikedai yg nampak seperti bersaing.Lebih cantik lagi,makan dirumah,rumah saudara atau kenalan.Kalau saya,saya makan di nasi kandar yg ditelah ditinjau kebersihannya,kerana nasi kandar bersaing secara lebin professional atau beli nasi bungkus,makan ditempat lain.

Bisnes catering saya juga pernah melalui bagaiman ayam yg masih panas,berulat,bagaimana korma yg masih panas menjadi basi.Saya nak berpesan,beramallah dg tiga qul,dan bertawakallah.Jangan ada sekelumit hati dlm berniaga atau hidup nak belajar ilmu sihir apalagi nak amalkan.Nabi pun pernah terkena sihir yg menjadi sebab turun surah al falaq.Kalau terkena,jangan berubat cara sihir tetapi kembali kpd Allah kerana ia yg Maha Menyembuhkan.
Berbagai pelaris yg diguna peniaga termasuk perkara khurafat seperti menggantung gambar Sultan Abd Hamid,menggantung kain kuning,potongan kelambu kaabah dll>Jika terlihat perkara ni tergantung dlm kedai,lebih baik kita keluar kerana seolah-olah kita memperkukuh kepercayaan khurafatnya bila makan disitu.

Akhirnya ada juga yg sakit hati mensabotaj peniaga dg membawa lipas mati dan dimasukkan dlm makanan yg dipesan,mencabut bulu betis dan masukkan dlm pinggan makanan dan memasukkan tepung ubi yg telah dibancuh dlm makanan menyebabkan makanan jd berlendir.Ini peniaga kena berawas.Ini antara usaha sabotaj atau nak makan free,makan separuh,baru mula bertindak.
BERHATI HATILAH.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment