KEJAYAAN SEPARUH JALAN
Saya pernah bertanya soalan apakah matlamat hidup kamu kpd murid dalam kelas.Semua pelajar memberi jawapan utk mdpt pekerjaan yg baik,jd kaya,terkenal,berjasa.Ada seorang pelajar menjawab,"Saya nak masuk syurga."Jawapan ini disambut dg gelak tawa rakan.
Matlamat ialah apa yg nak dicapai akhirnya.Kita kena letak matlamat dulu,barulah memikir cara mencapainya.Matlamat hidup manusia tuhan sudah tentukan,kerana kita dicipta oleh tuhan.Maka kita tak boleh mencipta matlamat lain bagi hidup.kita.
Firman Allah,"Tidaklah Aku jadikam jin dan manusia melainkan utk beribadat kpd Ku."
Jadi tuhan tentukan matlamat hidup kita utk beribadat kpdNya dan ia akan berikan ganjaran syurga.Tepat sekali jawapan pelajar itu,yg mungkin terdidik dg baik oleh ibubapanya.
Pelajar lain yg memberi jawapan kejayaan hidup dlm pekerjaan,kesenangan dan lainnya sebenarnya meletakkan matlamat setakat dunia shj iaitu separuh jalan,tidak kpd akhirnya.Matlamat hidup yg tidak menepati kehendak tuhan ini,atau tak mencapai ketahap syuga, akhirnya menyebabkan banyak orang yg mengakhirkan hidupnya setakat dunia shj kerana mereka telah capai matlamat hidup.
Kesilapan meletak matlamat hidup kpd anak anak menyebabkan mereka tersalah arah.Pendidikan kpd anak ditumpu kpd pendidikan dunia shj,utk dpt pekerjaan yg baik.Ini baru separuh matlamat hidup.Sepatuynya diteruskan dg usaha dan latihan utk mencapai matlamat sebenar sprt solat,solat berjemaah puasa, sedekah, kerja kebajikan dan ibadat lain telah dikesampingkan sebagai rencah kehidupan shj sedangkan hakikatnya kita nak capai syurga.Bila telah bekerja,teruskanlah usaha kpd matlamat utk dapat syurga kerana kita telah mencapai matlamat dunia.Jangan berhenti dan merasa aku telah mencapai matlamat dan kejayaan dlm hidup.
Perbetulkanlah matlamat hidup kita,fokus kpdnya,dunia hanyalah titian ke syurga.Matlamat kita tak brrakhir disini.Jika penyanyi yg terkinja-kinja dipentas dg pakaian tak cukup kain pun mengalunkan harapan utk menunggu di pintu syurga,apakah kita dan anak anak tidak sedemikian juga?Kita hidup utk masuk syurga Allah yg kekal selamanya,berusahalah kearah itu dg tidak meninggalkan dunia.
15 TAHUN KITA BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH,,MENENGAH,UNIVERSITI, UTK BEKALAN HIDUP DI DUNIA, BERAPA TAHUN PULA BERSEDIA BEKALAN KE AKHIRAT?BAHKAN ADA ORANG SAMBUNG BELAJAR ILMU DUNIA WALAU TELAH PENCEN UTK DAPAT MA ATAU Ph D,TETAPI HUKUM FEKAH YAMG MUDAH PUN DIA TIDAK TAHU.
ABD GHANI HARON.
No comments:
Post a Comment