Thursday, 23 April 2015

BANKRAP DI AKHIRAT

JANGAN JADI BANKRAP DI AKHIRAT

Menyelak muka akhbar,terlihat begitu banyak notis kebangkrapan.Begitu banyak orang yg bankrap hingga ada jabatan khas jabatan insolvensi menguruskannya.
Mereka yg diistihar bankrap seolah papa kedana,tiada langsung simpanan bank,tak boleh ada harta,tak boleh meminjam lagi.Tapi orang bankrap pun setengahnya masih hidup mewah kerana meletakkan semua harta dan kepentingan niaga atas nama isteri dan anak.Itu orang bankrap didunia,masih boleh hidup dg bantuan isteri dan anak, masih ada ikhtiar.Masih adatipu muslihatnya. Bagaimana mereka yg bankrap di akhirat.

Sabda nabi,“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”
Sahabat menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR Muslim)

Bankrap diakhirat adalah habisnya pahala amal kita diguna menebus dosa,jika tidak selesai,dosa orang pula ditimpakan kpd kita.Bankrap akhirat lebih berat kerana dosa orang dibawa kpd kita,tiada anak dan isteri boleh membantu, tiada ikhtiar lain.Perasankah kita mungkin setiap hari kita membina jalan kpd kebangkrapan akhirat dg mengumpat atau mendengar umpatan,memfitnah atau turut bersekongkol memfitnah, buruksangka,berlaku zalim,dll.Hujung jari yg mengganti tinta,menulis yg tidak berfaedah,yg mungkar,membuat komen yg menyakitkan hati lebih teruk maki hamun dan umpat keji dg tel pintar mengundang bankrupt diakhirat.Perasankah kita,mungkin pahala yg dijana tak sebanyak dosa yg disemai setiap hari.Melihat perkara maksiat,tolong share perkara dosa,tolong papar perkara mengaibkan dll dlm media inyernet juga menjana dosa yg bertali arus.

Ayoh, mohonlah maaf setiap mereka yg kita temui dipenghujung percakapan utk memastikan tiada tuntutan diakhirat.Muhasabah setiap percakapan agar tidak terlanjur mentitiskan dosa.Berpalinglah dari membicara keburukan orang.Tambahkan amal soleh,sedekah jariah,seruan yg baik, tunaikan tanggungjawab,amanah, utk menebus dosa lalu,dosa kpd mereka yg telah pergi dan kita tidak sempat memohon maaf,kerana tuhan tidak mengampunkan melainkan amalan baik kitalah yg menebusnya.Jangan jadi muflis diakhirat.
Sebaliknya,janalah amalan baik dg kekuatan yg ada,dg fikiran yg diberi Allah dan dg kesempatan serta peluang yg ada.
ABD GHANI HARON



No comments:

Post a Comment