Saturday 4 April 2015

JANGAN BIARKAN MENIRU

JANGAN BIARKAN MENIRU
Masyarakat kita memang juara meniru hal buruk,berbeza dg orang Jepun yg meniru hal baik sahaja.mereka tidak meniru budaya dan agama.Kita tiru semua tak kira budaya atau agama.Dg itu kita juara rempit,juara fesyen menggila,juara dadah,gam,pil kuda,juara kerosakan akhlak dan macam macam lagi.Saya nak ajak kita sedikit mencari sebab.Kalau kita renung kenapa generasi tiga empat puluh tahun dulu tidak mengalami hal ini.Jawapannya saya rasa kerana kita masih kuat berpegang kpd adat,adab ,akhlak dan agama.Disekolah dahulu ada pelajaran akhlak dalam subjek agama,dirumah ibubapa masih ada banyak masa mengajar anak tentang adab,akhlak.Masyarakat masih mengawal ahlinya supaya beradab.

Apa yg berlaku selepas itu ialah kita mengabaikan aspek pendidikan akhlak.Ibubapa sibuk.Disekolah tiada subjek adab,akhlak dan budaya.Pernahkah anda mengajar anak kita adab bila berkunjung ke rumah orang sebagai contoh.Memberi salam,berdiri disisi pintu supaya kita tak nampak kedalam rumah bila pintu dibuka,takut terlihat yg aib,jika salam tak dijawab tiga kali,hendaklah kita balik.Jangan menjengok ikut tingkap.Masuk bila dipelawa.Duduk ditempat yg kita tidak nampak ruang dapur,sebaiknya mengadap keluar.Mata ditumpu pada tuan rumah,bukan berlegar mencari kelemahan dlm rumah.Duduk dg tertib,bercakap dg sopan,tidak mengangkat tangan,tidak gelak berdekah.Makan dan minum dg tertib,elakkan dari memilih.

Dan seterusnya.......Ini baru satu adab.ada beratus lagi yg kalau nak dibicara.anda pasti anda dah mengajarnya kpd anak anda? Jika anda tidak mengajarnya maka barangkali anak anda akan meniru dari tv,artis kesukaan mereka,bintang filem,kawan kawan.Jadilaah adab yg carca marba,anak tak reti nak beradab,tak reti nak berkelakuanSepatutnya aspek adab dan akhlak ini menjadi wajib disekolah utk dipelajari.

Kesan suka meniru ini berjangkit kepada perkara lain.Kalau kita lihat orang Melayu juga suka meniru idea orang lain,tak mau cari idea sendiri.Contoh dlm perniagaan,jika hari ni ada seorang penjual goreng pisang di simpang,nampak maju,minggu depan adalah orang lain datang buka juga,lain minggu ada lagi orang buka niaga yg sama.Lepas sebulan semua tutup sebab penjual bertambah,pembeli tak bertambah.Kini kesan meniru ini membunuh banyak peniaga Melayu yg nak bangkit,kerana mereka bersaing sama sendiri.Itu belum cerita saingan penuh fitnah dan sihir.Peniaga Cina tidak bersaing sesama mereka.Penentuan perniagaan dikawal oleh Dewan Pernigaan Cina agar mereka tak bersaing.Lihat dalam taman,kedai barang satau dua saja,kedai motor satu,kedai basikal satu dll.

Carilah idea baru.Jangan bersaing membunuh sama sendiri.Jika nampak orang lain maju,jangan iri hati,biarkan ia maju,kita mencontohi usahanya dg membina niaga yg lain.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment