Tuesday, 28 April 2015

BIAR ADANYA KITA DIRASAI,KETIADAAN DITANGISI

BIAR ADANYA KITA DIRASAI,KETIADAAN DITANGISI

Pagi itu ketika sedang punch card terdengar seseorang berkata "Saya masuk wad 3 hari kerana denggi."Disambut oleh seorang rakan,"Tak peraasan pun kata you tak hadir,tak tau pulak you masuk wad."Perkataan ini biasa kpd orang ramai tetapi kesannya besar jika dinilai.Ini menunjukkan orang yg masuk wad itu ibarat melukut ditepi gantang, ada tak menambah , tak ada tak mengurang.Orang tak terasa kehadiran kita,dg itu ketiadaan kita pun orang tak terasa,seolah kita tidak diperlukan disitu..Ini teruk,bertindaklah utk menyatakan kehadiran kita,keperluan orang kpd kita,kepentingan kita kpd organisasi.

Seorang guru akan mengetuk meja utk tarik perhatian murid.Seorang pensyarah mungkin bertanya soalan atau membuka perbincangan utk menguasai kuliah.Seseorang mungkin pakai baju warna garang utk menarik perhatian.Maka dari kelaziman ini,kita kena buat sesuatu yg sedikit berbeza utk menyatakan kahadiran atau keberadaan kita pada suatu tempat.Mungkin kita berpakain paling kemas,mungkin jd orang paling awal hadir tiap hari,atau balik paling lewat,paling cepat hantar tugasan,atau apa saja kerja yg baik supaya menjadi trademark.Tunjukkan peranan dan kepentingan kita,biar bila kita tidak muncul suatu hari,orang sudah bertanya.Bukan utk bermegah.

Bina diri supaya jd teladan,qudwah hasanah.Buat sesuatu amalan yg baik secara istiqamah bukan utk menunjuk tetapi utk diikuti sebagai suatu dakwah dg teladan.Contoh solat duha waktu rehat,baca quran atau tafsir waktu sampai awal ke pejabat, bawalah makanan utk berkongsi sbg kenduri kecil,beri hadiah kpd rakan atas sesuatu kegembiraan meskipun kecil,komited dg kekemasan diri,percakapan yg baik sprt selalu mohon maaf dll.Berserah kpd Allah moga ada orang memerhati,ada orang yg tergerak hatinya.

Kita kena kuasai dan membentuk arus serta mencorak suasana tempat kerja supaya selaras dg unsur baik,unsur kegamaan.Jangan kita pula ikut arus mereka yg tidak baik.Tegurlah sesuatu yg kurang baik dg hikmah.Peringatan cara berseloroh bahawa waktu makan dah habis,peringatan penggunaan harta pejabat utk peribadi seperti cas telepon,mencelah perbuatan mengumpat dan borak kosong kpd arah yg lebih baik dll.Disamping itu binalah contoh yg baik,ajaklah kpd kebaikan.Contoh ajak bina majlis ilmu sekali sekala,atau sebut suatu pesanan nabi dlm morning prayer yg menasihat salahlaku yg sering berlaku disitu,ajak rakan membuat kerja kebajikan seperti menyumbang kpd mereka yg meminta,memerlukan dll.

Munculkan diri dalam perjumpaan seperti mesyuarat dan morning prayer dg bercakap memberi fikiran,bertanya,menegur. Ambil kesempatan utk berkata yg baik,peringat kpd kebaikan.Ambil kesempatan utk menyatakan satu hadis kerana pesan nabi,'Sampaikan dari aku walau satu ayat.'.Dimana ada ruang orang berhimpun,rebutlah peluang,berusahalah menghafal maksud hadis yg pendek yg memperingatkan.

Kita sukakan kebahgiaan,suasana kerja yg baik,suasana kerja yg tidak ada unsur bertentangan agama.Ayuh kita berusaha bersama yg lain utk mencorak kebaikan,jangan ikut arus yg tak baik.Munculkan diri kita,nyatakan kehadiran kita,keperluan orang kpd kita bukan utk menjd pemimpin pejabat tetapi utk memimpin kearah kebaikan,kegamaan dan menjd insan serta khalifah dibumi seperti amanah tuhan.Kehadiran kita dirasai,kepergian kita ditangisi.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment