Friday 24 April 2015

BILA UMUR TINGGAL SEJENGKAL

BILA UMUR TINGGAL SEJENGKAL

Pernahkah anda mendengar kata kata begini,'Bila pencen nanti,aku tak mau buat apa dah,nak ibadat saja..Masa muda ni, kerja dulu.Buat yg wajib sudah lah.'Satu alasan yg amat lazim kpd orang muda dan dewasa bila diajak utk melakukan ibadat,kerja kebajikan dan sebagainya, seolah olah mereka yakin mereka akan hidup hingga 60 tahun lebih, sedangkan ajal maut rahsia tuhan hingga nabi pun tak tahu bila ajalnya.Saya pun begitu juga tetapi tuhan menakdirkan saya rosak buah pinggang maka saya sudah tidak boleh kerja,tak boleh kemana kerana terikat dg dailisis,bolehlah tumpu kpd ibadat,baca quran,menulis utk memperingat,buat kerja kebajikan.Bersyukurlah berbanding beberapa rakan yg telah dijemput tuhan sebelum pencen dan setelah pencen sebulan dua.

Jika direnungkan seseorang akan bekerja lebihkurang 35 tahun sebelum bersara penuh.Soalnya berpadakah 35 tahun bekerja berbanding nak beribadat selepas pencen yg mungkin hayatnya ada entah sebulan dua,atau setahun dua atau sepuluh tahun? Mengaut rezeki tuhan dibumi ini dlm waktu tenaga masih gagah,masih kuat sebanyak banyaknya,dan akhirnya bila tubuh dimamah usia , umur tinggal sejengkal, ketika tulang belakang sudah tidak lurus,lutut menggeletar ketika rukuk,baru kita kembali mengerah hidup kpd tuhan?Tidak terasakah kita ini hamba yg lupa diri,lupa pencipta,bila hanya sisa hidup utk Allah.

Kata nabi,mereka yg bersedekah ketika mereka sendiri memerlukan adalah lebih besar ganjaran dari mereka yg bersedekah ketika mereka mempunyai banyak harta.Mereka yg merebut waktu ketika sibuk dg dunia utk mengingat tuhan,adalah lebih baik dari orang mengingat tuhan ketika lapang dg kesenangan.Mereka yg mengabdi diri kpd tuhan ketika usia muda,sihat sejahtera adalah lebih baik dari mereka yg usia dimamah zaman,tubuh telah haus ditelan umur,peringatan tentang penghujung usia telah tiba.Rebutlah waktu muda utk beribadat,utk melakukan kebajikan.

Bila pencen,benarkah semua mereka yg berjanji utk beribadat menunaikannya.Berapa ramai yg masih meneruskan kerja dg mengalih bidang,masih tak cukup pendapatan,katanya.Berapa ramai yg menghabis sisa hidup dg hobi,memancing, riadah,melancong, dll.Berapa ramai pula yg menghabis masa di kedai kopi,di kelab.Janji ibadat masa pencen banyak dilupakan.Yg tak terlupa pun kita lihat banyak yg beribadat sekedar perkara wajib,solat waktu.Solat sunat,amalan sunat,membaca quran,melakukan kerja kebajikan di masjid,surau,membantu program kemasyarakatan,yatim dan miskin,membantu instusi pendidikan agama dsbnya tetap diabaikan.

Ingatlah,kita tidak akan masuk syurga dg melakukan yg wajib sahaja kerana sekedar perkara wajib tidak menjamin kasihnya Allah, ibarat seorang anak yg hanya patuh pada arahan ayahnya tentu tidak lebih baik dari seorang anak yg melakukan lebih dari sekedar patuh pada arahan ayah.Kita akan masuk syurga dg rahmat Allah,bukan dg ibadat yg dilakukan.Maka utk mendapat rahmat Allah, kita kena menjadi hamba yg dikasihi Allah.Hanya patuh pada pada perintah tuhan yg jika tidak dibuat,akan dihukum belum tentu menjamin kasihnya tuhan,patuh bila sudah dipenghujung usia,tetapi lakukanlah yg lebih dari apa yg diwajibkan,lakukan dari awal usia.Lakukanlah perkara sunat,perkara kebajikan,sedekah jariah,menyeru yg makruf,menegah mungkar,hidupkan sunnah dll, moga Allah mengasihi kita.REBUTLAH 5 PERKARA SEBELUM DATANG LIMA PERKARA.Masih tak terasa?
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment