JANGAN TANYA PADA MUSANG BERJANGGUT
Dalam satu acara explore race yg saya pernah buat,peserta telah diberi peta perjalanan dan ditegaskan semua kena ikut jalan dalam peta,ada check point.Dipertengahan jalan pada suatu simpang dan ada jambatan kayu yg susah dilalui.ditempatkan seorang tua yg menegur peserta,bertanya khabar,dan langsung menawarkan utk memberitahu jalan yg lebih dekat,jalan potong tanpa melaui titi yg sukar itu.Ada peserta yg terikut dan mengikuti jalan yg dicadangkan oleh orang tua itu.Mereka akhirnya tersesat di kaki bukit.Manakala mereka yg tidak menerima cadangan orang tua tadi tetapi terus dg peta yg dibekalkan berjaya menamatkan program dg baik.
PENGAJARANNYA:
1.Kita kena patuh pada arahan yg asal kerana itu matlamat.Berfikiran menipu itu dari syaitan.Kita pasti tersesat dan dihukum.Dalam agama kita kena berpegang kepada Quran,hadis,ijmak ahlil sunnah dll.Apa pun yg dibuat kena kembali kepada perkara ini,walau pun cadangan nampak baik tetapi jika bercanggah dg dasar quran,dan hadis serta ijma ahli sunnah,maka kita kena abaikan.Ramai orang yg bila melihat ada ajaran yg mudah,yg longgar mereka mudah meninggalkan asas quran dan hadis.Contoh bila datang Syiah yg membolehkan mutaah kahwin kontrak yg merupakan pelacuran halal,sembahyang boleh jama walau tak bermusafir,maka ramai yg tertarik,Barbagai ajaran sesat yg tak perlu puasa,solat ,ramai yg terikut,hingga ada rasul melayu ada tuhan melayu.Datanglah tok guru serban sebesar bakul,jika ia bercanggah dg quran dan hadis serta ijmak ahli sunnah wa jamaah, tolaklah ia kerana syaitan itu akan datang dlm berbagai rupa termasuk rupa ibu dan ayah kita.
2.Dalam urusan kerja kerja,kita kena amanah.Patuh arahan secara total kerana kita dibayar gaji kerananya>begitu juga jika berniaga.Jangan menipu kerana dihujung jalan ada tuhan yg Maha Mengetahui.Dalam aspek agama ,janganlah bertanya supaya sesuatu perkara dikatakan boleh.Contoh bertanya hal skim cepat kaya ,hal forex kepada tok guru pondok dg sedikit keterangan supaya dikatakan harus.Jangan mencari jalan sesuatu yg gitegah oleh agama supaya di haruskan,syaitan akhirnya akan memberi jalan.Hukum tetap hukum,patuhlah.
3.Nak belajar,nak berguru biarlah kepada orang yg benar-benmar arif.Lihat peribadinya.Guru yg bersifat mengejar kekayaan yg berganda-ganda adalah kurang sesuai kerna ia akan menjadikan kita sepertinya,gila dunia,guru yg peribadi tidak baik pula tak berkat ilmunya.Tok guru saya pesan jangan berguru dg mereka yg merokok(haram) kerana jika perkara sekecil itu pun dia tewas,apa guna ilmu lain yg ada padanya bagai kaldai menangguing kitab.ilmu banyak tak amal.Kemunafikannya amat nyata .
JANGAN BIARKAN APA YG DITULIS INI BAGAI ANGIN LALU.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment