PIMPINLAH TANGAN MEREKA KE SYURGA
Rasulullah dijamin masuk syurga.Mungkin telah banyak orang berbicara soal nabi tetap beribadat hingga bengkak kaki,walau dijamin masuk syurga.Saya nak melihat aspek lain. Rasulullah kerap menyebut umatku dalam beberapa perkara.Pengajaran disini ialah nabi sepanjang hidup berusaha untuk mengajak orang ke syurga,sedangkan dia boleh masuk syurga sendirian.Tetapi dia terus menyeru,memperingat,mengajak, membimbing supaya lebih ramai umatnya masuk syurga hinggalah kepenghujung hayatnya .
Ini satu sunnah yg kita kena ikut.Jangan fikir diri sendiri saja nak masuk syurga.Perbaikilah diri dan jangan lupa untuk mengajak anak isteri,rakan taulan,saudara mara jiran tetangga dan seluruh umat Islam untuk bersama ke syurga.Mereka yg hanya duduk beribadat sendirian,tanpa memperduli orang keliling adalah mementing diri,menyalahi sunnah nabi. Sedangkan perintah amai makruf nahi mungkar itu bermaksud kita tak boleh sendirian masuk syurga,tak boleh hanya memikir diri.Perintah berjemaah dlm solat,dlm hidup itu mempunyai maksud bahawa kita kena bersama kesyurga.
Jadi bukan terbaik jika melihat seseorang hanya berulang alik ke masjid tanpa memperduli soal masyarakat,yg miskin, yatim,institusi agama yg memerlukan,sedekah jariah,pendidkan dsbnya.Saiyidina Omar pernah menegur mereka yg hanya duduk di masjid berwirid.Kerap didengar pegawai kerajaan berkata "Saya lepas pencen ni tak mau buat apa dah,nak beribadat saja."Kata kata ini amat tidak bertepatan dg prinsip hidup Islam.
Saya memperingat diri dan pembaca,jangan jd ahli ibadat yg pentingkan diri,bagai enau dlm belukar,melepas pucuk masing-masing.Ayuh pimpinlah tangan mereka yg lain yg perlu diajak bersama kesyurga.Harta kekayaan,kelapangan masa, umur,kesihatan adalah amanah Allah yg diberi untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama utk melaksana sunnah rasulullah,janganlah semuanya dikerkah dan dipolok(bahasa kedah maksud dikawal dan dihabiskan)oleh kita seorang.Kita tidak akan menjadi Islam yg sebenar selagi amanah tuhan kpd harta,umur,masa,kesihatan tidak diguna utk amar makruf nahi mungkar,sebaliknya kita terus menggenggam erat semua dg bisikan' ini aku punya'.Jangan fikir aku saja akan masuk syurga
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment