Monday, 30 March 2015

MASUKLAH IKUT PINTU

MELOMPAT MENERUSI TINGKAP
Seorang saudara dari kaum keluarga saya yg nampaknya agak kuat dg agama,tetapi hidup sederhana pernah saya ajak mengerjakan umrah.Jawapan yg diberikan agak mengejutkan saya.Katanya kita kena kenal Allah dulu sebelum yg lain, awal kalam mafrifatullah.Rupanya dia pengamal tarikat.Hujahnya kita kena tahu ,kena kenal Allah dulu,keluarlah hujah-hujah yg berbelit,yg lebih merupakan hafalan kailah –kalimah.Ujud Allah tidak bertempat,tidak berjirim tidak berjisim,tidak diatas tidak dibawah.Ujud ertinya ada,lawannya tiada,mustahil tiada,wajib ada,apa dalilnya,baharu alam ini.......antara hujahannya mengenali nAllah.
Dia juga berkata dia tak mahu pergi umrah dan haji kerana belum habis huitang lagi iaitu hutang beli rumah yg didudukinya yg dibayar ansuran bulanan.

Salah satu masalah kita ialah adanya orang yg mengenali Islam mengikut tingkap,tak ikut pintu.Mereka terus melompat masuk Islam ikut tingkap,mereka tak kenali Islam dari pintu,dari pembelajaran ikut ilmu.Mereka mungkin dengar ceramah atau tazkirah kumpulan tertentu,kemudian terus terikut dan beramal.Siapa yg beramal tanpa ada ilmu,amalannya ditolak.Mereka ini biasanya hanya mendengar ceramah ahli kumpulannya,yg tentu sekali berusaha menguatkan fahaman ahlinya supaya setia kpd kumpulan.Mereka tidak mahu mengikuti majlis ilmu yg lain .Mereka tidak mengadap guru utk belajar ilmu fekah,tauhid,tasauf hatta fardu ain.Apa yg mereka buat kebanyakan hanyalah turutan hinggalah cara berpakaian dan penampilan peribadi.

Kesannya ujudnya salah faham seperti diatas yg menyatakan kalau ada hutang tak boleh mengerjakan haji,sedangkan hutang itu bukan hutang tak terbayar kerana hutang itu dijanjikan dibayar ansuran,dan kita menunaikan janji bayar ansuran.Dg itu kita seolah olah bukan berhutang tetapi kita dlm perjanjian yg sedang ditunaikan. Maka haji kena dikerjakan.

Benarkah mengenali Allah kita kena menghafal kalimah itu ini.Saya rasa itu bukan kenal Allah.Menghafal sifat 20 pun belum tentu kenal Allah,kerana hakikat mengenali Allah akan muncul apabila kita mempelajri ilmu agama,mendalami quran dan hadis dan beramal dgnya.menghafal itu ibarat burung tiong,yg tak tahu apa yg dicakapkannya.Bila menghadap malaikat dikubur nanti bukan apa yg kita hafal akan diguna utk menjawab tetapi apa yg kita tahu,berilmu,apa yg kita amalkan dan ibadat kita yg akan menjawab.

Ceramah,tazkirah atau apa juga majlis ilmu cara umum adalah pengenalan sahaja.Jangan jadikan ianya satu-satu jalan kita mempelajari agama.Sebaliknya carilah kuliah agama,kuliah maghrib,kuliah hujung minggu,atau usrah,kuliah tempat kerja,dimana pengajian berhadap guru.Jika pengajian dibuat dg pembacaan,rujuklah perkara yg kurang faham kpd ustaz atau guru.Mendengar ceramah dari rakaman baik sebagai penambah ilmu dan pendorong kita,tetapi perkara yg disentuh tentu amat ringkas,maka dalamilah dg belajar secara kuliah atau pembacaan.

Kebanyakan mereka yg terpengaruh dg ajaran sesat adalah kerana tidak mengenali Islam cara berilmu,mereka melompat dari tingkap.Mereka ini termasuk orang yg berpendidikan tinggi.Mereka selalunya mencari yg mudah,yg ringkas.Jadilah syiah kerana syiah boleh kahwin mutaah,solat boleh jama tiap hari,jadi agama orang matahari yg solat dan puasanya sekali seumur hidup.  
KESIMPULAN;KENALI ISLAM DARI ASAS.TAMBAHKAN ILMU DG PENGAJIAN,PEMBACAAN, PERBINCANGAN,PERTANYAAN.JANGAN BATASKAN PENGAJIAN DG KUMPULAN TERTENTU SAHAJA
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment