350 KM DEMI SEBUNGKUS MEE MAGGI BUAT ISTERI
Satu ketika dulu ,ketika saya nak mengerjakan umrah,seorang rakan meminta ditunai satu hajat.Isterinya yg mengandung meminta nak makan mee maggi Mekah,yg dijual di Mekah,kerana mendengar cerita neneknya yg balik dari Mekah menceritakan mee Maggi Mekah saaaangat sedap.Saya pun mengiakan.Kawan saya ni tinggal di Kuala Kubu.
Di Mekah saya pun cuba makan mee maggi ini.Memang betul,lebih sedap dari yg di Malaysia,mungkin juga sedap sebab ketagih lama tak makan.Saya beli 6 bungkus utk bawa balik utk menunai hajat rakan dan orang mengidam.Sampai di rumah,saya simpan mee ini berasingan dan bertangguh untuk hantar kpd kawan.Call juga dia,dia pun kata dia akan singgah jika ada masa.
Selang beberapa minggu,saya dan isteri balik kerja,lewat pada suatu hari tersebut.Bila tiba di rumah,anak-anak telah terlentang dikusyen seperti kekenyangan.Bila di tanya ,seorang menjawab”Dah makan, abah,mee maggi,seeedaaaap abah!”.Saya bingkas bangun ke tempat saya simpan mee maggi Mekah.Sah,nasib baik tinggal sebungkus.Ya Rabbi,nak pukul,itu anak kita,bukan buat salah,makan kerana lapar.Mereka tak tau yg mee yg sebungkus ini mungkin berharga RM5000 untuk membelinya lagi di Mekah.Petang tu juga call kawan suruh mai ambik juga,jika tidak, mungkin kena pi Mekah lagi utk beli mee maggi.Perjalanan dari Kuala Kubu ke Tikam Batu(lebih kurang 350KM) utk sebungkus mee maggi direharungi dg tabah demi isteri yg mengidam anak sulong.Tak tunai pun rasa tak sampai hati.
Apa saya nak kata,tabiat bertangguh adalah tidak baik jika itu kerja baik.Segerakan.Bertangguh pada hajat orang jika kita mampu tunaikan segera adalah kurang elok.Jika kita ada niat kerja yg baik,jangan tangguh kerana di sana syaitan akan mula merangka strategi menggagalkannya.Ada niat baik bingkas bangun,terus buat.Hidayah Allah kpd perkara baik datang sekali shj,bila kita bertangguh,syaitan akan mencelah,maka kita akan mula memberi alasan.Akhirnya,tak dibuat langsung.Pesanan kedua,yg mengandung tu jangan dok mengidam yg merapu,teruk laki hangpa.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment