Wednesday, 25 March 2015

KIJANG YANG TERKENA JERAT SEPATUTNYA TIDAK MERONTA

KIJANG YANG TERKENA JERAT SEPATUTNYA TIDAK MERONTA
Sekumpulan nelayan yang keluar ke laut dalam,dipukul ribut di Lautan Hindi..bot besar yg dinaki terhempas ke batu dekat sebuah pulau,kesemua mereka selamat mendarat di pulau tanpa penghuni itu.Semua peralatan tenggelam bersama bot,yg tinggal sehelai sepinggang.,seorang dua masih ada pisau dan parang.Ketika di pulau,setelah ribut reda,mereka mula berbincang masalah mereka..Ada dua pendapat iatu nak berusaha utk balik dg cara apa punsegera,manakala satu lagi pendapat mengatakan mereka sesuaikan diri dulu di pulau itu sambil berusaha utk balik.Kumpulan pertama mula berusaha membuat rakit,dg harapan bila mereka hanyut di laut akan ditemui oleh kapal atau pasukan pencari.Mereka pun bertolak meninggalkan kumpulan satu lagi yg berusaha membuat tempat berlindung,mencari makanan dan air.Kumpulan pertama yg hanyut dengan rakit akhirnya mati seorang demi seorang kerana kelaparan akibat tidak ditemui kapal,hinggalah seorang sahaja yg selamat.Mereka yg dipulau,akhirnya ditemui oleh pasukan pencari sebulan selepas itu dlm keadaan selamat semuanya.
MORALNYA;Bila sesuatu menimpa kita,atau ditakdir pd kita,janganlah terus bermati matian nak keluar dari masalah,tetapi berusahalah juga utk sesuaikan diri dg situasi itu.Kalau kena tukar tempat kerja,jangan habis masa dok merayu,do kerabat tangga kementerian,sesuaikan diri,tuhan dah takdirkan,mungkin dihujung jalan ada baiknya.
Jika kita di timpa kehilangan harta,jangan gundah gulana mencari bomoh,menengok menilik sapa curi,nal dapat balik harta.Berusahalah pada kadar sesuai dg peraturan,jangan buat benda khurafat,syirik,reda dg takdir Allah,sesuaikan diri dg ketiadaan harta itu. Thats better.Jika takdir tiada zuriat,berusahalah pada kadar yg boleh tanpa langgar syarak,sambil sesuaikan diri,reda.Begitu juga jika dapat anak yg kurang sihat,berusaha dan reda,jangan terlalu sedih.
Anda boleh contohkan dg yg lain.Apa pun terjadi,sit down first,fikir ini takdir tuhan,apa yg patut kita usahakan mengikut syarak danperaturan negara,lepas tu sesuaikan diri untuk nmenerima dan bersyukur dg apa yg masih ada.Ingatlah jerat yg mengena pada kijang akan terus menjadi erat jika kijang itu meronta-ronta.FIRMAN TUHAN YG BERMAKSUD KAMU MERANCANG DAN AKU MERANCANG,PERANCANGAN AKU LEBIH BAIK.BERTAKWALAH KEPADA ALLAH

No comments:

Post a Comment