Monday, 30 March 2015

ALLAH MEMILIH TUJUH

MENGAPA ALLAH MEMILIH TUJUH?
Jika ditinjau pada beberapa peristiwa dan kekuasaan Allah,maka kita mendapati beberapa kejadian dan perkara besar dalam Islam berlaku pada angka tujuh.Saya senaraikan di bawah.
1.Allah menjadikan langit tujuh lapis.Firmannya<”Dan kami telah pun membina tujuh lapis langit yg teguh di atas kamu.”An Naba 12.
2.Allah menjadikan bumi tujuh lapis.FirmanNya,”Dialah yg menciptakan tujuh lapis langit dan bumi.”At Talaq 12
3.Allah juga menjadikan tujuh lautan.”Dan seandainya pohon pohon dibumi menjadi pena dan laut menjadi tinta,ditambah tujuh laut lagi setelah keringnya nescaya tidak akan habis habisnya ditulis kalam Allahg. Luqman 27
4Allah menjadikan tujuh neraka.
5.Allah menjadikan surah Fatihah yg perlu diulang ulang dlm solat tujuh ayat. FirmanNya,”Sesungguhnya kami telah memberikan kepada engkau (wahai Muhammad)tujuh ayat yg terus menerus dibaca dan al quran yg mulia.”Al Hijr
6.Allah menjadikan hari sebanyak tujuh hari .
7.Allah menjadikan manusia dg tujuh anggota utama,dua tangan,dua kaki,dua lutut dan satu wajah.

Kenapa Allah memilih angka tujuh,hanya Dia yg mengetahui tetapi yg patut kita fikirkan ialah tuhan turut menjadikan tujuh anggota manusia ,yg ketujuh-tujuhnya mesti menyentuh bumi semasa sujud dalam solat atau sujud yg lain seperti sujud syukur,sujud tilawah dalam bacaan quran.Ini bermakna sujud itu adalah satu kedudukan dan perbuatan yg besar disisi Allah.Banyakkan lah bersujud, jangan sujud dalam solat sahaja.sujud syukur atas berbagai hal.Bila baca quran,kita akan menemui tempat bersujud tilawah,jangan dok tunggu nak sujud pagi jumaat saja bila tok imam baca ayat sajdah. Banyakkan solat sunat supaya kita boleh banyak bersujud.
Dikatakan tempat tempat bersujud kita akan menjadi saksi kpd kita semasa di mahsyar,jd banyakkan lah tempat bersujud.Saya pernah melihat orang orang ahli ibadat dalam qiyamullail yang berubah tempat solat malamnya dari satu tempat ke tempat lain,mungkin untuk menjadikan banyaknya tempat ia bersujud di dunia ini.Ambillah kesempatan bila berjalan,bermusafir,menziarah teman,utk singgah di masjid dan bersolat,walau pun solat sunat tahiyatul masjid.
Jika melancong keluar negara,jangan tak masukkan jadual menziarahi masjid,meskipun masjid itu tidak menjadi tarikan pada istilah pelancongan tetapio ia mempunyai makna besar pada Islam.Jika kita boleh mengatur jadual utk melihat kehebatan manusia membina tembok besar,membina Eifil Tower,melihat makan Taj Mahal,melihat kuburan Firaun,kenapa tidak kita menziarahi rumah-rumah Allah dibumi ini kerana itu lebih besar dari segalanya yg dicipta manusia.Jadi “Islamkanlah”.program pelancongan anda,jangan biarkan kpd tour agensi sahaja.Bagaimanapun dalam hadis, dikatakan sebaik baik tempat untu bermusafir ialah ke Masjidl Haram,ke Madinatul Munauwarah dan ke Masjidil Aqsa .Tidak salah berjalan melihat bumi Allah yg lain,Cuma tambahkan kpd kunjungan ke masjid ,rumah Allah di bumi moga perjalanan kita lebih berkat.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment