DOSA YANG TIDAK TERASA
Ketika selesai solat maghrib disurau,seorang jemaah tetap bergeas mrnutuni tangga surau.Bila disapa oleh seorang jemaah,dia mengayakan hendak ke pasar malam di pekan. .
Kita selalu tertipu oleh syaitan yg tidak pernah berhenti mencari jalan supaya manusia melakukan dosa,atau membuka jalan orang berbuat dosa atau memudahkan orang membuat dosa.Dalam hal ini,peniaga pasar malam,yg berniaga sejak petang,kebanyakan tidak bersolat(ditempat saya) ,apa lagi waktu Maghrib yg singkat. Saya pernah bertanya peniaga,mereka mengatakan ketika maghrib jualan agak laju.Pembeli banyak,maka penjual pun sibuklah menjual.Syaitan menggerakkan hati hati mereka utk membeli ketika itu,menyebabkan penjual juga leka menjual di masa sama,maka kedua-dua pihak meninggalkan solat.Sebab itu tuhan menyatakan penanam anggur,penjual anggur,pembawa anggur,pembuat arak,yg menuang arak dan mereka yg meminum arak adalah sama berdosa.Penjual ada kerana pembeli ada,dosa juga mereka berkongsi jika ini menyebabkan mereka meninggalkan solat.Mungkinkah dihadapan tuhan nanti penjual ini akan mengheret pembelinya sama kerana menyebabkan dia meninggalkan solat?Kenapa tak beli waktu lain,lebih awal?Jangan kata solat itu hal dia,saya tak ada kaitan kerana penjual ada disebabkan pembeli ada.?Mungkin orang tidak sedar,mereka tertipu oleh syaitan.
Baguslah jika anda membeli dari peniaga yg bersolat ditempat niaga.Tapi tetaplah mereka itu meninggalkan solat jemaah.Adalah lebih baik jual beli berlaku wakatu siang kerana tuhan menyatakan aku jadikan malam utk kamu berehat.Saya bimbang kita berkongsi melakukan dosa walaupun kita bersolat.
Seperkara lagi perasankah anda sewtiap hari kita mengumpul dosa kerana melihat aurat yg didedah dlm berbagai rancabngan tv.Pembaca beria pun bukan semua bertudung.Menonton drama,telenovela,drama Filipina,Indonesia,semuanya mendedahkan aura.Jika diluar mungkin kita tak disalahkan terlihat aurat kerana kita terpandang,tetapi menonon tv bermakna kita merancang utk memandang,dan istiqamah memandang hingga habis rancangan.,Tak berdosa kah ketika itu melihat aurat?
Menonton drama juga sebenarnya kita melihat manusia hipokrit,manusia berpura dan munafik dg tuhan.Pelakon yg berwatak memakai tudung,melakon watak bersolat,bertelekong adalah lakonan,adalah kepura-puraan kerana selepas itu mereka kembali mendedah aurat.Mereka mempersendakan tuhan?Dan kita menjadi penontonnya ?Tak bimbangkah klita pun terpalit dg kemunafikan ini?
Tak cukup dg itu,kita bawakan pula cerita drama tv kedalam bualan harian,Puji pelakon tu,pandai bawa watak,puji jalan ceita.Tak terasa kah anda salah puji kerana mereka sebenarnya melakukan kepura-puraan,mereka mempamerkan dosa mereka,kita nak tumpang sekaki?Drama Nur Kasih orang kata baik,tetapi hakikatnya suatu kepura-puraan kerana semua pelakonnya memakai tudung utk berlakon ,mereka gah menjulang tropi kerana berjaya dlm mempersendakan tuhan.Akhirnya pernah tak anda perasan kenapa banyak orang sibuk bercakap hal artis,nak kahwin,nak cerai, gossip itu ini? Is it ok?Tap apa ka?
KITA MUNGKIN TAK MELAKUKAN MUNGKAR,KERANA KITA BERSOLAT.TETAPI KITA MUNGKIN BERSEKONGKOL ATAU MENYEBABKAN,ATAU MEMUDAHKAN ORANG MEMBUAT MUNGKAR. JANGAN TERTIPU
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment