UCAPLAH TAHNIAH!!!
Islam menggalakkan umatnya mengucapkan tahniah kepada sesama Islam di beberapa keadaan.Semua orang Islam kena mengetahui hal ini supaya ucapan tahniah itu berbetulan dg kehendak Islam dan menjadi amal soleh.
1.Tahniah ketika mendapat anak.Ucapan seperti hadis,”Moga Allah memberkatimu dg anak yg baru dikurniakan dan anda mensyukuri pengurniaan Allah dan anda diberikan ketaatannya dan ia akan mencapai usia lanjut”.Riwayat Saiyidina Hasan dan Iamam Hasan Al Basri.
2.Tahniah bagi yg baru pulang dari permusafiran.
3.Tahniah bagi yg baru balik dari medan perjuangan
4.Tahniah kerana baru balik mengerjakan haji.Ucapan seperti hadis,”Moga Allah menerima hajimu,mengampuni dosamu serta menggantikansegala perlanjaanmu.”Riwayat Ibnu As Sunni
5.Tahniah kerana berkahwin.Ucapkanlah seperti dlm hadis,”Moga moga Allah memberkatimu dan memberi berkat atas mudan menyatukan kamu berdua di atas yg baik,”Abu Daud &Tarmizi.Makruh mengucapka, “Dikekalkan perkongsianmu diperbanyakkan anak anakmu”.Ini kerana ucapan itu seperti ucapan orang jahiliyah.
6.Tahniah ketika tiba hari raya
7.Tahniah kpd yg berbuat baik kpd kita.Hadis,”Siapa yg dibuat kpdnya sesuatu yg baik lalu dia berkata kpd orang yg berbuat baik itu (jazaakallah khairan) moga Allah membalasmu dg yg baik,maka dia telah menyampaikan tertima kasihnya yg sempurna..AtTarmizi
Persaudaran yg kukuh sangat di tuntut oleh Islam.Ini menunjukkkan betapa Islam itu ajaran yg indah kerana meliputi semua aspek kehidupan.Ia sesuai dg manusia yg suka kedamaian.Oleh itu aturlah perbicaraan kita dg baik,ramahkan dg ucapan tahniah.Jangan pula terikut dg apa yg bukan Islam lakukan.
Tujuan saya menulis dg menyentuh perkara amalan dlm kehidupan adalah supaya yg membaca mengetahui dan berilmu dgnya.Imam Syafie mengatakan siapa yg beramal,tanpa ilmu,ianya sia-sia.Jadi saya menulis supaya yg membaca tahu(berilumu) dan bila dia beramal dia di beri ganjaran.Kalau yg dah tahu,tak mengapa kerana mengulang-ngulang itu sunat.Wallahuaklam.ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment