JIKA ANDA SEORANG KETUA,BACALAH SARANAN INI.
Saya nak kongsi pengalaman memimpin dalam aspek memahami atau menangani masalah orang bawahan atau mereka yg dipimpin.Pengurus yg baik ialah bagaimana ia memujuk orang lain bekerja utknya,atau mendengar serta mengikut arahannya.Ramai orang akan berkata, kita bertanya masalah mereka,berbincang,minta cadangan,mendengar pandangan,;akan selesaikan masalah.Itu sangat biasalah,its ok.Saya nak beri idea sikit berlainan,berfikir luar kotak;,atau berbeza itu adalah syarat utk cemerlang.
Pertama,katakan kita cuba nak selesai masalah anak remaja,nasihat,amaran,bincang semua dah buat,ia tetap malas,tak mau buat kerja diruruh,baran,suka memberontak dll.Cuba yg ni pula,pakai modal sikit.Cuba penuhi permintaannya.Ajak ke supermarket,beri peruntukan seorang Rm50 atau jika mampu tak ada had.Suruh mereka beli apa yg mereka hendak,abah tunggu dekat cashier sejam lagi.Bayar semua barang yg anak-anak beli,sambil perhatikan apa yg mereka beli.Anda akan terperanjat kerana kita tak terfikir anak kita hendakkan barang itu.Selepas aktiviti ini insyaallah anak akan mudah mendengar kata,kerana kita telah merendah diri mendengar bisikan hatinya yg terpendam,kita telah memberi kebebasan kepadanya untuk memilih bagi dirinya.Kesimpulan,kalau kita mau orang dengar cakap kita,kita kena juga dengar cakap mereka.Duit yg terbelanja biasalah,kena ada pengorbanan utk kejayaan.Ini hanya satu cara atau ikhtiar,seketul batu tak dapat selesai semua masalah.
2.Jika anda ketua jabatan atau ketua apa-apa atau tokeh syarikat atau ibu bapa sendiri,cuba ujud keadaan dimana kita tidak ada,sakit ka, supaya orang yg kita target boleh memimpin sekejap atau membuat keputusan.Ini akan membolehkan kita memahami sedikit trend pemikiranya dan menguji kemampuannya.Seorang abang yg diberi tugas utk jaga adik semasa ketiadaan ibubapa ,beri makan,mandi dll akan terasa kepayahan ,dan mungkin mencuit keinsaf susahnya menjadi ibu dan bapa.
3.Duduklah dg pekerja,makan sekali,rehat sekali,bawa bekal kongsi dg mereka utk jalinkan sefahaman dan rapat jurang jawatan.Apa salah bos duduk dg kerani.Lepas ni mereka tak mengumpat kat bos dah.
4.Pujilah kakitangan dibawah,paling baik puji anak-anaknya dan ibubapanya.Cepat ambil kesempatan ziarah jika anak atau pasangannya sakit atau ibubapanya sakit.Ini akan memberi kesan amat dalam.
5.Beri hadiah kpd kakitangan bawahan.Hadiah birthday,bila balik dari luar.Ini akan menjadikan mereka sentiasa berharap kita ada,atau kita kembali.Bos yg buruk selalu didoakan tiada dipejabat.Begitu juga dlm konteks ibubapa.
6.Cuba tunjukkan kelebihan seseorang pekerja dg mengharapkan kpdny sesuatu.Contoh minta seorang kerani buat sesuatu yg kita tahu dia boleh buat(orang kedah kata merap),katakan,”Yam,saya teringin nak makan macaroni bakar,saya dengar hang pandai buat,boleh tak tolong buat”.Dia tentu bangga kerana dia specially selected .Macam bodek,tapi suruh dia buat sesutu yg boleh dia show dia punya kelebihan.Senyumnya tentu sampai ke telinga.Hehe.
Ketua jabatan boleh buat sesuatu yg merendah diri dan mengejutkan.Contoh, saya selaku Pegawai Pelajaran Daerah pernah bawa van jenazah untuk hantar jenazah seorang guru ke Balik Pulau,saya pandu sendiri.Apa kesannya,bila orang bawah tengok,depa geleng kepala,depa tak kata dah ppd sombong,besar diri,bahkan depa puji,Kita bukan hendak puji,tetapi hendak sangka baik mereka kpd pegawai atasan atau pimpinan.
Cukup dulu,panjang sangat orang marah pula.Saya harap anda mendapat idea saya iaitu jangan fikir nak selesai masalah dg satu jalan sahaja,idea lama juga ,seketul batu mungkin hanya akan menjatuh seekor burung,jd kena baling banyak batu,saya tunjuk contoh saja yg pernah saya buat..Cari jalan lain.Kreatif lah sikit.Hidup kita tentu bahagia.Hehe.Jika anda suka dg post ini,doakan saya sihat,boleh menulis lagi.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment