Thursday, 26 March 2015

AMALAN HARIAN YANG MENGHAPUS DOSA

AMALAN HARIAN YANG MENGHAPUS DOSA

Sedarkah anda bahawa ada amalan harian kita yg menghapuskan dosa?Mungkin kita dah buat,tapi tak tahu dan tak ada niat.Baca yg berikut,merupakan amalan yg menghapus dosa;
1.Sedekah.Hadis,”.......Takutlah kamu kepada neraka walaupun dg sebelah tamar dan jika tidak mendapatkannya maka cukup dg kalimah tayyibah(Bukhari).Maksudnya bersedekah walau sedikit.Jika tiada,maka berpesan dan beringat dg kalimah memuji Allah.Itu pun tak boleh?

2.Berpuasa.Hadis,”Barangsiapa berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun”Abu Said al Khudri.Berpuasa sunatlah,tak selalu pun,sekali sekala.

3.Berbakti kpd dua ibubapa.Hadis”Nabi menyebut celaka,celaka,celaka.Bila diatanya siapa yg celaka?Baginda menjawab,”Orang yg tidak memelihara kedua orang tuanya bila telah tua baik keduanya atau salah seorang darinya,maka ia tidak akan masuk syurga.”Abu Hurairah.Maksudnya, berbakti kpd orang tua kita boleh menyebabkan kita masuk syurga.Dalam hal yg lain dikatakan juga jika kita berbaik dan membantu anak yatim juga membawa ke syurga.Salah satu amalan paling ringan dg anak yatim ialah menyapu kepalanya dg penuh kasih sayang dan simpati.

4.Membuang rintangan di jalan.Hadis,”Ketika seseorang berjalan di jalan,dia mendapati ada sebatang ranting berduri di tengah jalan,lalu dia membuangnya.Maka Allah memujinya lalu mengampunkannya.”Abu Hurairah.Jadi kalau jalan terhalang,janganlah mengeluh,atau menyumpah,itu peluang keampunan Allah.Kalau nampak susutu yg mungkin menyusahkan laluan,berhenti kenderaan,tolong buang.Tapi banyak oranng buang sampah lagi dijalan ikut tingkap kereta.Berdosa juga kerana mencemar dan mungkin membahayakan orang.

5.Membaca Quran.Hadis,”Bacalah Al Quran kerana Al Quran itu pada hari kiamat menjadi syafaat siapa yg membacanya.”Abu Umamah.Kalau surat khabar atau fb boleh baca sejam dua,kenapa tidak Quran,utk mendpt pengampunan.Ni ,sekarang ni,dok baca fb,berapa lama dah?Quran baca ka tidak lagi hari ni?Sesungguhnya kita selalu menzalimi diri.Yg main game tu lagi parah,melalaikan!

6.Membangunkan masjid.Hadis,”Barangsiapa yg membangunkan kerana mengharap reda Allah, maka Allah membangunkan untuknya tempat yg seperti disyurga.”Uthman bin Affan.Berilah sumbangan kpd pembinaan masjid.

7.Berjabat tangan.Hadis,”Jika dua orang muslim bertemu lalu berjabat tangan,maka Allah mengampunkan dosa mereka sebelum keduanya berpisah.”Barra bin Azib.Jadi bertjabatlah tanganlah dg tertib kerana ia ibadah dan diperhati Allah dan diberi ganjaran.Jangan berjabat tangan seperti orang barat,yg bantak ditiru kerana ia sia-sia.

8.Menjauhkan dendam dg berlapang dada dan memaafkan.Orang nak fitnah,zalim atau khianat,kita tak perlu balas kerana kalau kita balas,maka kita serupa dg dia.Biar tuhan yg membalasnya.Kita tetap berlapang dada dan memafkan.

Ini sebahagian amalan yg menghapus dosa yg boleh dibuat oleh semua orang,selain haji,tawaf,umrah,wukuf di Arafah.Semua orang boleh lakukan,tapi mungkin tak sedar atau tak berilmu dgnya.Nah.hari ni saya tolong maklumkan dg hujah hadis,moga anda amalkan dg berilmu dan istiqamah.Lihatlah betapa Allah mengemukakan tawaran yg sangat luas kpd hambanya utk pengampunan,tetapi kita buat tak tau saja?Kita memilih jalan sendiri atau kita sombong dg Allah.Moga kita diampun Allah sebelum kembali mengadapnya.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment