Thursday, 26 March 2015

PUNCA PENDAPATAN TERBAIK

APAKAH PUNCA PENDAPATAN TERBAIK
Hadis nabi"Sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan utk memperolehi pendapatan adalah para peniaga di mana apabila bercakap mereka akan bercakap benar dan tidak berdusta.Apabila mereka diberi amanah mereka tidak akan khianat,apabila berjanji mereka tidak akan mungkir,apabila membeli mereka tidak akan mencela apa yg dibeli,,apabila mereka menjual mereka tidak akan memuji berlebihan barang yg mereka jual.Jika mereka disuruh utk membayar(hutang)mereka tidak akan berdalih dan apabila orang berhutang lambat membayar,mereka tidak akan menyempitkan siberhutang."(At Targhib)Manakala At Tarmizi Meriwayat hadis"Peniaga yg jujur dan amanah akan bersama dg para nabi,siddiqin dan syuhada".
Berniaga itu sunnah nabi,jom kita berniaga walaupun sekadar di depan rumah,dikalangan rakan sekerja,bukan untung wang rimggit sbg matlamat tetapi sunnah nabi tujuan yg lebih desar.Jadilah peniaga seperti yg digaris dlm hadis diatas,jujur dan amanah kerana bukan ibadat khusus seperti solat dan puasa shj boleh menjamin syurga,tetapi menjadi peniaga yg amanah dan jujur juga menjanjikan syurga.Peniaga yg sederhan dan besar aeperti pohon yg rendang dimana banyak burung dan serangga boleh menumpang ,manusia boleh berteduh dan mendapat buahnya.Peniaga akan mewujudkan peluang perkerjaan kpd orang lain sbg pekerja,atau sebagai tempat memasar hasil kerluaran.Lagi besar peniagaan,lagi banyak sumbangan kpd masyarakat.Lebih penting mereka dapat menunai rukun zakat perniagaan.
Saya mula memahami keadaan ini bila saya melihat emak saya berniaga laksa di kg era 70an dulu walupun jualan sehari lima atau enam ringgit sahaja,dia terus berniaga kerana katanya,sembahyang aku dan puasa aku mungkin tak membawa akau ke mana tetapi moga sunnh nabi yg aku turut ini akan membantu aku.
JOM MULAKAN PERNIAGAAN.   ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment