Monday, 30 March 2015

MATI BUKAN DI TANGAN DOKTOR

MATI BUKAN DI TANGAN DOKTOR

Seorang saudara sepupu saya diberitahu sakit teruk dan saya ziarahi dirumah.Dia kena strok dan ada pendarahan dalam kepala.Doktor di hospital minta nak buat pembedahan di kepala utk buang darah beku,tetapi anak anak tidak benarkan dan mereka membawa balik emak mereka ke rumah.Bila saya tanya sebab apa tak benarkan,mereka hanya jawab merbahaya,tetapi bawa balik ke rumah dan tidak melakukan apa usaha lagi merbahaya bahkan seperti menanti mati.Kesian saya lihat wajah tua itu yg sudah tidak boleh bercakap,tapi boleh menggerak beberapa anggota,seperti mengharap sesuatu dilakukan untuk mengubatinya,tetapi anak amak hanya berupaya menyapu air dikepala.Keputuaan yg nampak macam baik,nampak macam sayang kpd emak tetapi hakikatnya seperti membiar emak menunggu mati,seperti orang yg berputus asa dlm ikhtiar.Akhirnya wajah tua itu kembali kerahmatullah.

Semasa menjd pengetua dulu,ada seorang guru perempuan terkena kanser payudara.Bila saya berbincang hak penyakitnya,dia mengatakan doktor nasihatkan supaya dibuat pembedahan dan membuang payudara untuk langkah menyelamat nyawa.Tetapi suaminya membantah dan akhirnya balik ke rumah berubat secara tradisi.Betapa tersiksanya menahan sakit hingga setahun dan akhirnya meninggal.Dihari kematiannya,saya tidak nampak setitis air mata di wajah suaminya bahkan seminggu selepas kematian isterinya,dia datang ke kepejabat berurusan tuntutan pencen isteri dg sedikitpun tiada nada penyesalan.Ada tiga orang guru saya lagi yg terkena kanser payudara dan kanser hidung terus hidup hari ini kerana melakukan pembedahan dan mengikut nasihat doktor.

Apa yg nak saya sebutkan disini ialah,kita kena serahkan sesuatu kpd yg ahli,itu fahaman hadis nabi.Jika hal perubatan,serahkan kpd doktor,kpd pakar kerana mereka di beri Allah ilmu perubatan yg tiada kpd kita.Biarkan mereka berusaha walau apa cara,nak belah kepsla,nak potong sana sini,hakikatnya untuk menyelamatkan.Mana ada doktor mahu pesakitnya mati.Jika kita menjauhkan diri dari nasihat doktor itu maknanya kita yg mencari mati.Mungkin ada orang berkata,nak berubat cara alternatif,tetapi lihatlah rekod terdahulu yg nyata,jangan ikut dengar cerita shj kerana penjual ubat akan bercerita kebaikan ubatnya,seorang nomoh akan bercerita rekodnya yg baik shj.

Seorang penceramah agak terkenal yg mengidap kencing manis dan reput kakinya,bila saya ziarahi berkata dia nak mati bersama anggota yg lengkap,tak mahu dipotong kakinya.Allah maha kuasa,dia merana berbulan tidak mati,akhirnya mengalah dan membenar kaki dipotong.Dia hidup hingga hari ini dikerusi roda dan boleh bercakap lagi dimerata tempat untuk berdakwah.Jadi jangan berputus asa utk berikhtiar.

Bila ditimpa penyakit,bila kita terpaksa cacat anggota,terimalah hakikat tuhan mengambil kembali sebahagian anggota yg dianugerahkannya.Ada orang diambil anggota,ada orang diambil ruang hidup seperti saya yg terpaksa berulang dailisis 3 kali seminggu setiap kali 4 jam,ada orang dihalang dari makan minum sebahagian nikmat tuhan dsnya.Jangan berhenti berikhtiar menunggu mati.Jika kita bimbang pembedahan memyebabkan kematian,ingatlah mati itu ditangan tuhan,bila,cara bagaimana semuanya ditentu tuhan.Bukan doktor yg menyebab seseorang mati,tetapi Allah yg menghendaki sedemikian.Jika kematian berlaku kerana usaha doktor,kita tidak disabitkan sebagai hamba yg berputus asa,yg menunggu mati.Kecuali jika doktor telah habis usaha,habis ikhtiar dan menyuruh dibawa balik,seperti pesakit yg mati otaknya,maka disitu kita bertawakkal kpd Allah.

Janganlah berlaku setelah seumur hidup beribadat,akhirnya kita melakukan kesilapan berputus asa dari bersaha dan berikhtiar setelal Allah memberi ujian.Itu satu dosa dan ditipu oleh syaitan disaat genting.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment