Thursday, 26 March 2015

DUHAI IBU,SABARLAH!

DUHAI IBU,SABARLAH!

Ketika menghampiri halaman rumah petang itu,saya lihat emak memegang ranting pokok bunga yg telah dipatahkan.Berdiri di depannya dg wajah takut adalah adik.Emak meninggikan suara.Berhamburan kata-kata marahnya kerana adik berkawan dg budak makan dadah.Suaranya makin meninggi dan ketika saya menaiki tangga rumah,ranting pokok bunga mula hinggap di betis adik berkali-kali.Raungan suara adik memecah keheningan senja,Terloncat –loncat adik menahan kepedihan ranting pokok bunga.”Tak buat dah!Tak buat dah!”Jeritannya berselang seli dg pertanyaan emak”Hang nak buat lagi?!”

Keadaan reda setelah ayah balik.Adik berkurung dalam bilik yg tidur sebilik dg saya.Esakannya samakin sayu dan perlahan bersama lanjutnya waktu maghrib.Didapur ,terdengar suara ayah marahkan emak kerana memukul anak berlebihan.Emak diam.

Malam itu saya tidur awal.Tiada perbualan kerana emak tengah naik angin.Adik langsung tidak makan.Esakannya mula hilang bersama lelapnya mata.Saya tak dapat tidur hingga lewat malam.Saya tahu emak sayangkan adik sebab itu dia marah,dia takut adik tersalah jalan.Tiba-tiba terdengar orang menolak pintu bilik,dalam samaran lampu,saya berpura tidur,dapat melihat emak masuk kebilik dg telekungnya.Dia duduk disisi adik,menyelak perlahan kain pelikat yg menyelimuti betis adik.Dalam barbalam sinaran lampu itu,jelas berbalor betis adik.Emak keluar sebentar dan masuk lagi.Kali ini membawa botol kecil.Saya rasa minyak angin.Disapunya betis adik perlahan-lahan,sambil belakang tangan sekali sekala mengesat air matanya.Bila terpacul esakan dari mulutnya,dia segera meninggalkan adik.Diluar bilik terus terdengar esakan emak.Saya tahu dia menyesal memukul adik.Esakannya berlarutan bersama malam yg semakin tua.

PENGAJARAN;Seorang lelaki yg datang meminta nasihat dari Nabi,nabi hanya mengatakan kpdnya beberapa kali,”Jangan engkau marah.”Bila marah kita dikuasai syaitan,tindakan tak terkawal,terjadi perkara yg tak diingini.Bila syaitan meninggalkan kita,timbullah kesedaran,keinsafan.Nabi mengajar kita bila marah,berubahlah tempat duduk,contoh kalau berdiri,duduklah,kalau duduk,berbaringlah. Keduanya,pergilah mengambil wuduk kerana nabi mengatakan syaitan dibuat dari api,dg berwuduk akan menghilangkannya.Rasulullah juga menyifatkan mereka yg berjaya menahan marah sebagai pahlawan.Sabdanya”Bukan kuat( kerana dapat mengalahkan orang) dg bergusti tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yg dapat mengawal dirinya ketika marah”.(At Tirmizi)
ANDA PERNAH MEMUKUL ANAK?MENCUBITNYA?LIHATLAH DIA KETIKA DIA TIDUR.ANDA AKAN MENYESAL!ANDA AKAN MENYESAL!
(Al Fatihah untuk Allahyarhamah Salasiah bt Abd Rahman,ibu saya)

No comments:

Post a Comment