Friday, 27 March 2015

DOSA DITANGGA MASJID

DOSA DITANGGA MASJID
Saya menulis menulis kali ini ketika dailisis.Nak sentuh perkara kecil sahaja.Jumaat lepas ketika ke masjid,saya berhenti di tangga utama masjid memerhati mereka yg datang ke masjid utk solat jumaat.Ditangga masjid telah banyak kasut dan selipar diletak dekat tangga oleh orang yg datang awal.Seorang jemaah yg tiba saya lihat menolak kasut dan selipar dg kakinya ditangga utk meletak kasutnya.Datang seorang lagi pun serupa juga,habis lintang pukang kasut orang yg datang awal.

Seorang ustaz tiba tiba menepuk bahu saya bertanya apa yg saya sedang fikirkan.Saya bertanya.tidakkah berdosa perbuatan mereka menolak kasut orang lain kerana nak letak kasut sendiri?Ustaz ini senyum,berdosa katanya,kerana mereka yg datang awal telah mendpt tempat itu sbg haknya,sama seperti dia mendpt hak didlm masjid..Mereka yg menolak kasut orang itu mementing diri.Awak datang lewat,carilah tempat yg kosong utk letak kasut.

Niat sudah baik,tetapi disertai perbuatan dosa.Ianya kecil,tetapi mungkin menyakiti hati orang lain.Kita kadang tidak sedar kita mengumpul dosa.FIKIRKANLAN.MEREKA YG BERUSAHA MENJADI BAIK,MESTILAH MEMIKIRKAN DOSANYA WALAU KECIL.

No comments:

Post a Comment