HUTANG BERSAMAAN DENGAN KEKUFURAN?
Hadis dari Abu Said Al Khudri,”Saya mendengar Rasulullah bersabda,Aku berlindung dengan Allah dari keufuran dan hutang.Lalu seseorang bertanya,Wahai Rasulullah ,apakah engkau samakan kekufuran dengan hutang?Rasulullah bersabda ,Ya.”Riwayat An Nasai dan Hakim
Bergerun membaca hadis ini.Boleh dikatakan kebanyakan orang berhutang di zaman ini,hutang beli rumah,beli kereta dsbnya.Disebabkan berhutang itu tidak di tegah,apa yg jelas pada hadis ini ialah tanggungjawab utk membayar hutang itu mesti dibuat.Hutang kena dijelaskan tanpa alasan,kerana ia adalah perjanjian.Mereka yg enggan membayar hutang ,patut memikirkan hadis ini.Pun begitu,jika kita berkemampuan,janganlah bertangguh membayarnya,atau jangan berhutang,inilah yg lebih baik.Sebaik baiknya berhutang pun pada perkara asas sahaja,seperti membeli rumah dan kenderaaan atau makanan.Berhutang utk bermewah,membeli peralatan bukan keperluan asas,membeli harta seperti tanah atau rumah yg kedua dsbnya,patut memikirkan sabda Rasulullah ini.
Saya tahu,banyak orang ada banyak hujah,saya menurunkan hadis ini utk tujuan muhasabah,menjadi yg lebih baik,menghubungkait dg post saya sebelum ini mengumpul harta itu haram(lebih teruk kalau cara berhutang).Lebih parah,jika hutang melibatkan riba yg merupakan satu dari tujuh dosa besar.Berpadalah dlm hidup,jangan kerana nak bermewah secara cepat,kita terjerumus dlm hutang. Apa yg Allah rezekikan pada kita hari ini,maka kita hidup pada kadar yg Allah berikan,itulah yg terbaik.Orang akan berkata,saya beli harta utk anak-anak,alasan ini seolah-olah dia menentukan rezeki anaknya sedangkan tuhan berfirman Setiap mulut yg Aku jadikan,Aku jadikan rezeki baginya. Jadi kenapa dok kalut nak sedia harta kpd anak sampai berhutang?Kalau kita dulu emak bapa tak sedia harta pun,hanya bagi pendidikan,kita masih boleh hidup dg baik,kenapa tidak kita buat begitu juga.Wallahuaklam.Maafkan saya. .ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment