TERTIPU DALAM IBADAT
Dalam kitab Talbisul Iblis,Abu Lait Samarkhandi menceritakan tentang berbagai tipu daya syaitan. Pada peringkat awal syaitan akan menghalang manusia membuat kebaikan dg meletakkan berbagai halangan.jika orang tersebut terus juga membuat amalan baik itu maka ia mengubah taktiknya kepada menyuruh berbuat amalan tersebut supaya terlajak atau jadi keterlauan atau merosakkan ibadat lain.Contohnya Syaitan mulanya akan menghalang orang bangun malam utk solat dg berbagai halangan, mengantuk,sejuk,takut dan sebaginya,Jika kita terus bangun ia mengubah taktik kepada menyuruh kita bangun mungkin lebih awal,bersolat sunat yg panjang.Tetapi akhirnya mungkin tertidur sebelum solat subuh,atau solat subuh nanti dlm keadaan lalai atau mengantuk.Solat sunat seribu rakaan sekalipun tak akan menyamai dua rakaat solat Subuh yg wajib yg kena ditunaikan dg baik.Firman Tuhan dlm surah Al Maun,Celakalah mereka yg mendirikan sembahyang tetapi lalai dlm sembahyangnya.
Dalam ibadat juga kita kena menjaga kesederhanaan supaya amalan sunat yg dibuat tidak mencacatkan amalan wajib.Contohlain,seseorang lelaki yg selalu solat berjemaah di masjid,tidak bersolat berjemaah bila ia berpuasa sunat kerana nak berbuka dirumah.Ini juga berlaku bulan Ramadan,bila berbuka dirumah terpaksa meninggalkan solat berjemaah maghrib walaupun sepanjang tahun dia tidakpernah tinggal berjemaah Maghrib.Syaitan menipu dg makanan berbuka dirumah.
Banyaklah lagi,kita kena berjaga.Saya menulis kerana saya melihat apabila program qiyamullail,banyak orang yg akhirnya terhoyong hayang dlm solat subuh.Sama-samalah beringat,qiayamullail itu baik,tetapi akan lebih baik lagi jika solat subuh juga sempurna.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment