KISAH BELA ITIK SEKAWAN
Tijah bela itik sepuluh ekor,itik subsudi kerajaan bagi masa kempen dulu.Dah agak besar,dilepaskan cari makan sendiri setelah diberi makan awal pagi.Nanti sebelum senja,itik sekawan ini akan berderet pulang dari bendang atau paya tempat sehariah mencari makan.
Satu petang,Tijah dapati itik tak balik.Tunggu hingga dekat maghrib masih tak balik.Tijah mula risau,itik dimakan anjing kah,atau sesat kah,atau terikut bapa itik lainkah.Seribu soalan dibenaknya.Tijah dan suami meranduk(mengharung)paya dan bendang mencari itiknya.Malam makin melabuh tirai.Tijah dan suami pulang hampa.Letih tak terkira.Telah dijelajah seluruh parit,paya dan kubang.Itiknya tiada.Di rumah dia terjerembab(bertemu)mentua yg baru balik solat magrib di surau.Tijah bersungut tentang itiknya.Jawapan yang terpacul dari mulut mentuanya menyebabkan dia gelap mata.Tanpa menjawab dia terus ke bilik air dan bersolat maghrib yg dah dipenghujung waktu.Selesai solat Tijah terasa matanya mula digenangi air mata.Dia tidak sedih pada kehilangan itiknya,tetapi sedih pada kata-kata mentuanya."Itik sekawan tak pulang,tak apa,tidak ditanya oleh Allah di hari akhirat,tetapi anak kamu tu yang tak pulang,akan ditanya kerana kerana tidak menunai solat.itulah yg patut lebih dirisau'.
KOMENKita selalu keliru yg mana yg utama,yg wajib.Selalu tuntutan dunia diutamakan.Anak solat,tak suruh,tak peringat.
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya.
No comments:
Post a Comment