KISAH DUA MUALLAF
Kisah pertama.
Abd Rashid Kong muallaf yg bersahabat dg saya ,pada suatu pagi saya ajak makan di kedai.Selesai makan dia bergegas bangkit.Saya tanya ke mana?Katanya," Tuhan telah beri saya makan,maka saya kena balas dg buat kebajikan.Saya nak cuci masjid supaya apa yg saya makan tak sia sia".Fikirkanlah.Inilah manusia yg dpt Islam dg pengorbanan(tinggal anak bini) dia amat menghargai agamanya,menghargai setiap nikmat tuhan.Kita bagaimana?Makan kenyang supaya lelap tidur?Makan kenyang untuk bela badan?
Kisah kedua
Anak Iban yg saya pelihara dirumah. masuk Islam,tinggalkan famili di sarawak,pada suatu hari berkata,dia tak mau pergi sekolah,sebab jika pi sekolah tak boleh solat subuh sebab bas sekolah datang awal.Katanya,kalau tak boleh solat,walau satu waktu,baik tak sekolah.Saya bagai rasa nak rebah.Betapa anak ini yg baru jd islam memegang agamanya berbanding dg diri saya yg berpuluh tahun menjadi Islam.Dia memperolehi Islam dg pengorbanan,kita mendapat percuma,dg itu nilainya kecil.Anak angkat saya itu kini guru di Sarawak.
Saudaraku,lapangkan dadamu.Muhasabahlah.Emak saya selalu bila marahkan anak anaknya yg cuai pada agama dg kata kata sindiran "orang melayu agamanya setakat muallaf basuh berak, bermaksud begitu cetek dan lemahnya agama dipegang berbanding muallaf.Bila terjadi dua peristiwa ini,saya rasa memang betoi apa yg mak saya kata diukur pada diri saya.Anda bagaimana?
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment