HADIAH DARI TUKANG SAPU
Saya bersara telah hampir 2 tahun.Hari terakhir sebagai ketua pejabat,saya dirai dlm majlis.Ramai pegawai dan kakitangan memanjat tangga pentas memberi hadiah.Selesai majlis,saya berkemas dlm pejabat utk kali terakhir.Tiba tiba pintu diketuk dan seorang wanita tukang sapu tersenyum di pintu.Dia menghulurkan satu bungkusan hadiah kepada saya dg kata,”Cikgu,saya segan nak bagi hadiah dlm majlis kerana hadiah saya tak seberapa,tak sampai sepuluh ringgit pun. Tapi saya tetap nak beri sebagai ingatan.”Saya agak tersentuh.Saya tahu gajinya cuma Rm450.Saya kena terima utk memenuhi hasratnya.Dia beralih meninggalkan bilik saya dg baju yg sedikit terkoyak di sedikit hujungnya.
.Dirumah ketika isteri dan anak sibuk membuka hadiah,saya memilih utk membuka hadiah tukang sapu.Subhanallah!Dia memberi saya senaskah Al Quran.Terlintas dibenak saya,sesungguhnya inilah pesanan dan bekalan yg terbaik dari seorang yg mengasihi kita utk mengharungi hidup sbg pesara.Setelah pencen tumpulah kpd ibadat yg lama terabai.
Kini setelah dua tahun,semua hadiah yg diberi oleh rakan telah entah kemana tetapi Quran hadiah tukang sapu masih menjadi tatapan saya setiap hari. Quran itu saya gunakan secara peribadi dirumah.Kebetulan saya selepas itu ditimpa sakit rosak buah pinggang.hingga kini entah berapa puluh kali saya qatam dg quran itu.Satu hari saya terserempak dg tukang sapu ini di hospital. Memimpin bapanya .Senyumannya membayangkan kepuasan, bila saya katakan hadiahnyalah yg paling berharga.Katanya,”Saya ingin memberi pada cikgu hadiah paling mahal,Quran.”Dia pun berlalu. Saya melihat dia mengangkat hujung tudungnya mengesat lelehan air mata .Mungkin air mata kegembiraan seorang yg sangat ikhlas.
:Sesungguhnya bukanlah nilai suatu hadiah itu sbg satu ingatan,tetapi keikhlasan dlm memberi.Bukanlah taraf mentukan kasih sayang seseorang kpd kita.Seorang tukang sapu boleh menjadi seorang guru kpd kia,seorang yg memberi teguran yg baik kpd kita.AkhirnayA,dari berapa ramai manusia yg saya temui semasa bertugas berpuluh tahun, saya menemui pekerja yg sentiasa diingati kebaikannya , adalah seorang tukang sapu.
KETIKA KITA YG BERADA MEMBERI HADIAH SUPAYA ORANG MENGINGAT KITA,MEREKA YG BESAR JIWANYA TAPI MISKIN HARTANYA MENCARI HADIAH SUPAYA PENERIMANYA MENGINGAT ALLAH!
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment