Wednesday 25 March 2015

TIGA TEGURAN DARI MUALLAF

TIGA TEGURAN DARI MUALLAF
Saya telah menghadiri satu kursus pendek disebuah hotel di pulau pinang masa jd Pen Kanan dulu.Saya duduk sebilik dg seorang india yg baru setahun lebih memeluk Islam, namanya Khalid.Pagi itu ketika bersiap ke bilik mesyuarat,saya menyarung seluar sambil berdiri dan tersadung kaki hingga hampir jatuh.Khalid ketawa kecil sambil berkata,Bukankah sunnah menyarung seluar sambil duduk,didahulukan kaki kanan.Kalau ikut sunnah tentu tak jd macam tu.Allahurabbi,malunya aku,bukan aku tau tapi tak acuh.Saya hanya tersengeh, menutup malu.
Pukul 10 pagi mesyuarat berhenti utk kudapan,yg dibuat dilaluan tepi bilik secara buffet,tanpa kerusi.Saya tak niat utk makan kerana kuihnya manis.Saya berjalan kehujung laluan dan nampak Khalid di situ,lalu menegur"Tak makan ka?"Dia membalas,"Terasa juga nak makan tetapi tak ada tempat duduk.Tak elok makan berdiri,nabi tegah."Saya lihat semua yg makan ,berdiri kerana tiada bangku disediakan,termasuk yg berketayap putih dan songkok hitam.Dalam hati berkata nasib baik aku tak makan,kalau tidak kena sebiji lagi peluru.

Masa makan tengahari , jamuan buffet,duduk di meja besar.Saya dah ambil makanan dan duduk menunggu Khalid.Seorang peserta lagi duduk dg kami juga.Khalid datang dg membawa piring kecil yg dlmnya ada beberapa potong buah nenas dan betik.Peserta yg duduk dimeja itu menegur,"Tak makan nasi ka?"Khalid membalas selamba,"Sunnah makan buah dulu sebelum makan makanan lain."Peserta itu agak tersentak dan membalas,"Eh!Buah tu pencuci mulut,makan kemudianlah.!"katanya seperti melepas geram kpd muallaf ni."Sebenarnya sunnah makan buah dulu,kajian pun mengatakan kalau makan buah dulu masa lapar boleh mengelak kanser.Pencuci mulut tu amalan orang Melayu."Khalid bertegas.Saya mencelah utk mengelak perbahasan dg mengalih topik,tapi saya tahu Khalid juga menyindir saya.Buat tebal muka sajalah.Tapi Khalid meneruskan teguran kpd saya bila dia lihat saya minum teh susu ais dan ada kari ikan dalam pinggan saya.Katanya,"Ikan tak baik dimakan dg susu,daging tak baik dimakan dg telor,membawa barah.Ini ada dlm kitab hal pemakanan.."Saya senyum cover malu.

Malam tu,kami bersembang panjang.Tuhanku,engkau menegurku dg perantaraan muallaf.Seakan benar kata kata ibu saya,ketika menyindir kami adik beradik,"Orang Melayu, pegangan agamanya baru setakat muallaf basuh berak."
KESIMPULAN: Kita selalu mengabai sunnah,meremehkannya. Cuba fikir dan perhati keliling kita berapa banyak sunnah yg kita tahu hanya bertapuk pd buku,tidak diamalkan.Itupun nak mengaku kami kasih pd nabi.Sunnah Melayu dan barat lebih banyak diamal dari sunnah nabi.Tanyalah diri,jangan suatu hari anda bertemu dg Khalid muallaf dlm majlis.Hehe

1 comment: