Wednesday 25 March 2015

ANDA SEORANG YANG GANJIL

ANDA SEORANG YANG GANJIL?
Sabda Rasulullah: Terdapat enam perkara yg ganjil pd enam tempat
1.Masjid itu ganjil di kalangan orang yg tidak bersembahyang
2.Al Quran itu ganjil di dalam rumah yang penghuninya tidak membacanya.
3.Al Quran itu ganjil pada hati orang fasik.
4.Perempuan Islam yg solehah itu ganjil pada lelaki yg zalim dan buruk akhlaknya
5.Lelaki Islam yg soleh itu ganjil pada perempuan yg jahat dan buruk akhlaknya
6.Orang yg berilmu itu ganjil di kalangan kaum yg tidak mahu mendengarnya.

Ganjil bermaksud pelek,tidak normal,tidak kebiasaan.Jadi hadis ini membawa maksud kebiasaan orang Islam kena sembahyang,baca Quran,menyukai perempuan solehah dan lelaki soleh serta suka mengikuti majlis ilmu.Antara perkara yg diabaikan dibanyak rumah ialah tidak membaca Quran dalam rumah yg disifat ganjil.Bahkan dlm hadis lain menyebut rumah yg tidak dibaca quran didlmnya seperti liang kubur.Bacalah Quran dirumah setiap hari walau punsedikit.

Antara sifat wanita solehah itu ialah menutup aurat.Semua orang setuju,yg bertudung itu cantik,contoh yg bertudung atau bersarung ialah tudung tingkap,tudung pintu,tudung meja, sarung kerusi ,sarung kusyen,semuanya tampak lebih cantik bertudung,bersarung.Manusia lagilah nampak cantiknya bertudung.Benda yg mahal biasanya dibalut dg cantik dan kemas,tidak dipamer sembarangan,hanya benda murah shj yg tidak dibalut, dilonggok,dijaja,murah! Murah!.Samalah dg manusia yg membuka aurat,nilainya seperti barang murah yg dijaja di sana sini.

Bagi lelaki yg soleh tentu dipandang kuno oleh wanita buruk akhlak kerana mereka tidak dpt menggoda,menguasainya atau memikat hawa nafsunya.Antara buruk akhlak lelaki yg banyak tidak sedari ialah suka bercakap lucah,percakapan sentisa di kenen ke arah kemaluan dan seks.Sedangkan kita lihat tuhan menjadikan kemaluan dtempat paling terlindung,tuhan bina tangan kita semua panjang hingga kadar boleh menjutup kemaluan dg tangan jika tiada banda lain sbg penutup.Tuhan jdkanj ekor pd binantang utk tutup kemaluan.,Tapi kita robek,koyak,korek dg bahasa utk didedah dan menjadi bahan ketawa.Sesiapa yg ketawa dg gurauan seks,atau lawak jenaka seks ,sewungguhnya mereka patut malu dg Allah yg mencipta mereka dan menutup kemaluan mereka..Bangkit dan tinggalkan mereka yg bercakap lucah,jdlah insan solah,solehah.
Akhirnya carilah majlis ilmu agar kita tidak menjadi ganjil pada pandangan Islam,tak sempat cari majlis carilah dlm buku,dlm fb atau dimana saja ada orang bercakap tentang kebaikan dan ilmu.SEKIAN


No comments:

Post a Comment