Saturday, 28 March 2015

DI MANA LETAK CANTIKNYA GELAS

DIMANAKAH LETAK CANTIKNYA GELAS?
Ada seketika dulu saya berguru dg seorang imam masjid.Pengajian dirumah.Malam itu majlis bermula seperti biasa dan kelihatan dia mengeluarkan sebiji cawan yg kecil molek dan cantik diletak dihadapannya diatas sehelai kertas tebal.Dia juga membawa satu pemukul paku(orang kedah kata marton)kecil.Dia mula bertanya."Cantik tak gelas ni?"Semua yg dikeliling nya berkata cantik.Dia mula bertanya seorang demi seorang."Dimanakah letak cantiknya?"Tiap orang mula memberi jawapan.Ada yg kata pada warnanya,tangkainya,corak bunganya dan macam macam lagi.Dia dg perlahan mengambil pemukul dan memukul gelas itu hingga hancur berderai.Kami terkejut,tapi tak berni bersuara.Dlm hati berkata,tok guru naik angin kot.

Semua diam.bungkam.Tok guru kemudian bersuara,"Tunjuk pada saya dimana cantiknya gelas yg kamu kata itu berada sekarang"?Diam.Dlm hati menjawah.dah hancur,tak cantik dah la.Tapi dia tanya cantik tadi, sekarang ada dimana?Kami mematikan diri.

Dia bersuara dg agak keras."Cantiknya ada pada pembuatnya,kerana pembuat gelas ini boleh membuat lagi gelas yg serupa.Jadi bila kita memuji sesuatu dari apa segi,cantik,kuat,laju,hebat dan apa sifatpun,bermakna perkara itu ada pada penciptanya.Begitulah tuhan.Bila kita melihat alam ini ,manusia,binatang,tumbuhan laut dll,kita kena sedar hebatnya semua ini terletak pada pencipnya.ALLAH bukan pada benda itu sendiri,kerana yg ada pada benda itu tidak kekal,akan musnah!

SAHABATKU,Hayati dan fahami apa yg saya coretkan ini.Jika anda faham,itulah pengenalan kpd ilmu hakikat,kita meihat sesuatu bukan pd zahir shj.Itulah hakikat tuhan,yg lain didunia ini semuanya akan musnah sepeti gelas itu,yg kekal dg sifatnya ialah ALLAH.Wallahuaklam.ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment