NASIHAT YANG BAIK ADALAH BERSANDAR KEPADA KEIMANAN
Seorang lelaki yg telah bebrapa kali keluar masuk penjara,menyatakan hasrat berkahwin lagi setelah isterinya meninggal ketika ia di penjara.Dia kelihatan benar benar insaf.Solatnya telah dipelihara,dan perbuatan buruk banyak berubah.Cadangannya untuk berkahwin mendapat kejian dan dibantah keras oleh adik beradik kerana hilang kepercayaan kpdnya.Dia terus berkeras ingin berkahwin.Perempuan yg diingin dikahwini seorang janda anak dua.Debat adik beradik berterusan .Akhirnya seorang dari mereka menemui seorang ustaz utk menasihatkan saudara mereka supaya membatalkan hasratnya.
Berkatalah ustaz ini,"Hanya Allah yg berhak menentukan niat seseorang,jika kita menuduhnya berniat buruk,seolah-olah kita telah mendahului Allah,kerana apa yg ada dlm hati seseorang hanya Allah yg tahu.Hasratnya berkahwin adalah hasrat yg baik,menurut sunnah.Itu saja yg kita tahu,maka hasrat baik tak elok dibantah.Lagi pun perempuan yg nak dinikahi ada memelihara anak yatim.Saya cerita satu kisah dlm kitab Tanbiihul Ghofiliin
“Seorang lelaki yg sangat jahat dan buruk perangai dlm sebuah kg telah meninggal dunia..Semua penduduk tak mahu urus mayatnya kerana kebencian perangai buruknya.Akhirnya datang seorang ahli abid yg alim menguruskan mayatnya dan mengkebumikan.Orang kg bertanya kpdnya,kenapa ia berbuat demikian sedangkan simati sangat jahat.Dia menjawab,dia memelaihar anak yatim dirumahnya,dengan itu Allah telah mengampun dosanya kerana memelihara anak yatim.
Ustaz itu selanjutnya menyatakan,"mungkin takdir Allah menjodohkan saudara kamu ini utk membolehkan ia menebus dosanya yg lalu?Berilah ia kesempatan.Sesungguhnya kita merancang dan Allah merancang,perancangan Allah lebih baikDia menamatkan kata katanya disini.”
Lihatlah betapa cantiknya ustaz ini memberi nasihat berdasar ilmu,bukan fikiran dan emosinya,tanpa buruk sangka,dan bersandar penuh pada takdir tuhanDia tahu jodoh ditangan tuhan,jangan siapa pun cuba memisahkan atau menggagalkan.Apa yg kita boleh ambil iktibar;bila kita ada amasalah merujuklah kpd apa yg selaras dg Islam, apayg ada dlm quran,hadis,kisah dlm kitab ulamak dsbnya.merujuk kpd orang yg arif pada agama.
Saya juga mengharapkan tulisan ini mendetikkan hati pembaca bahawa kita kena berusaha utk membantu anak yataim di sekitar kita kerana dikatakan tidak beriman seseorang jika ia tidur kekenyangan tetapi anak yatim sekitarnya kelaparan.Dari gaji yg beribu berapa ringgit telah dibelanja utk anak yatim tiap bulan?Tuhan tidak memasukkan anak yatim sebagai asnaf zakat kerana menjadi kewajipan masyarakat membahntu.ANDA TAK TERASA DALAM PENDAPATAN ANDA ADA HAK ANAK YATIM?
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment