MENGAPA ALLAH MENGHANTAR MALAIKAT MENGINTIP
Teringat masa ayah masih ada,dia sekali sekala akan mengajsk pergi rumah adik beradik di Gunung Semanggol,Taiping,Selama,di Perak,di Bukit Selambau,Kedah, hanya untuk saja berjalan walaupun kena baik turun bas.Bila telah dewasa baru tahu kelebihan berkunjung,berziarah walau bukan sebab sakit mati,kenduri kendara.Berziarah orang sakit itu adalah tanggungjawab yg sesama muslim,tetapi ziarah yg tidak sakit itu juga bessr ganjarannya dan diamalkan oleh orang Melayu dahulu sebagai acara hidup.Saya perturun 2 hadis utk membahas kelebihan berziarah dan bertakunjung atau bertamu utk renungan.
Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya” (HR Muslim)
SUBHANALLAH!Apakah kita tidak mahu disayangi oleh Allah dg melakukan sedikit perjalanan untuk berziarah.Sedangkan setiap hari kita berulang-alik ke tempat kerja yg mungkin lebih jauh,mungkin seminggu sekali travelling ke pusat perniagaan,ke peranginan dll.Saya mengajak anda menambah agenda dlm kalender hidup jika tidak sekali dlm seminggu,mungkin sekali dlm sebulan untuk berziarah bagi merebut kasih Allah.Carilah rakan yg lama tak ditemui,pupu lamai yg semakin jauh atai jiran yg telah berpindah,orang pernah berjasa kpd kita dsbnya utk diziarahi..Jom baca hadis kedua pula.
.Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)
ALLAHUAKBAR!Hadis ini tidak menyebut jarak jauh,tetapi menyebut menziarah saudara se agamanya,maka ziarahkan mereka yg dekat ,yg setaman,sekampung, jika tidak yg lebih jauh walau sekedar bertenggek di kerusi laman,utk mendapat permohonan ampun makaikat.Hentikanlah tabiat berkurung dlm rumah,tabiat duduk sampai berakar depan tv yg tiada faedah bahkan menuai dosa,tetapi ambillah sedikit usaha untuk berkunjung kerana Allah meskipun utk beberapa minit.Tambahkan dlm kelendar agenda hidup untuk berziarah,berkunjung walau tidak sakit untuk mengharap kasih Allah dan doa malaikat.Kemajuan hidup telah menelan kebiasaan.berkunjung dlm masyarakat melayu dulu yg jelas menepati sunnah,tetapi hari ini kita menunggu ada yg mati,ada yg jemput kenduri baru nak berkunjung.Jangan makanan saja nak ikut sunnah,acara hidup juga sepatutnya menurut sunnah.Bila berdiri di depan tuhan kelak,janganlah harap solat,puasa sebagai tukaran syurga,kerana mungkin tidak memada.Banyakkan dan pelbagaikan amal soleh utk dibawa kedepan tuhan,seperti mana kita merantau market,restoren,gerai untuk makan yg sedap dan berlainan dari biasa.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment