BERIBADAT SAHAJA TIDAK MEMENUHI SYARAT MENDAPAT RAHMAT ALLAH
Dalam Quran ,Allah menyebut dua kali soal syarat ini iaitu Al Baqarah 218 dan At Taubah 20.FirmanNya,"Sesungguhnya orang-orang yg beriman dan orang-orang yg berhijrah serta orang -orang yg berjihad di jalan Allah,mereka itulah yg mengharapkan rahmat Allah dan Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang."Al Baqarah 218.
Perhatikan syarat ini.Syarat pertama mungkin tak perlu diulas kerana kita semua orang beriman,yg melaksanakan semua tuntutan.Syarat kedua,Berhijrah dalam konteks ini bukanlah bermaksud berpindah mengikut geografi,tetapi mereka yg berhijrah adalah yg sentiasa memikir dan berusaha utk berubah kpd yg lebih baik,menjadi muslim yg baik dari segi amal ibadat,akhlak,ilmu,ekonomi dan berbagai hal lagi.Jadi orang yg berpuashati dg keadaannya,yg rasa selesa,yg berkata cukuplah,jadilah,tidak tambah tambah amal walau umur bertambah ,mereka dikhuatiri tidak memenuhi satu syarat untuk dpt rahmat Allah.
Syarat ketiga ialah jihad.Dalam konteks ini selain jihad memerangi musuh Islam dg berbagai cara,termasuk juga jihad yg lain seperti jihad menentang golongan yg cuba merosakkan Islam,jihad dalam ssedekah jariah,pendidikan,pembelaan anak yatim dan fakir miskin,menegak negara Islam dan hukumnya, dan sebagainya.Jadi kalau orang berkata aku bila pencen ni nak sembahyqang,puasa cukuplah.Ini contoh orang tak memenuhi syarat rahmat Allah.Bila kita pencen,bila kita ada ruang,ada harta,ada tenaga berjihadlah dgnya.Jangan apa yg tuhan beri habis semua diperhabis utk diri sendiri bagi menimbun harta,menghibur hati.Buatlah walaupun cara kecil,pada kadar kemampuan diri.Saya pernah melihat ditempat saya seorang wanita yg setiap pagi menanak berkilo beras utk dibawa ke beberapa tempat di sekitar Tikam Batu mencari kucing terbiar utk diberi makan.Dia mengunjungi market,lorong kedai,dsbnya setiap hari.Apakah apa yg dibuatnya bukan suatu sumbangan bagi membela makluk,sedangkan lelaki yg memberi minum air kpd anjing yg kehausan dlm suatu hadis, pun diberi ganjaran syurga.
Jom kita semak diri,Aku ada syarat ini ke tidak?Selama ini aku selalu resah,susah,mungkin kerana jauh dari rahmat Allah?Jangan berpada dlm kerja baik,jangan kata cukuplah.Carilah ruang,carilah peluang.Siapa tahu esok kita mengadap Ilahi.
ABD GHANI HARON
No comments:
Post a Comment