Thursday, 26 March 2015

IBUBAPA DAN KAUM KELUARGA YANG MATI MASIH MELIHAT KAMU

IBUBAPA DAN KAUM KELUARGA YANG TELAH MATI MASIH MELIHAT KAMU!
Semua orang telah atau akan mengalami kematian sanak saudara atau ibu bapa.
Semua amal perbuatan mereka yang hidup sebenarnya dilihat oleh kaum keluarganya yg telah mati.Hadis ,”Sesungguhnya semua amalmu akan ditampakkan kepada keluargamu dan sanak saudaramu di dalam kubur mereka.Jika baik mereka akan bergembira,jika buruk mereka akan berdoa, Ya Allah janganlah dimatikan mereka sebelum engkau memberi petunjuk kepada mereka sebagaimana Engkau telah memberi petunjuk kepada kami.”(Imam Ahmad dan Anas)

Banyak orang menangis di hari kematian keluarganya.Banyak orang menangis ketika menziarahi kubur di hari raya tetapi mereka terus melakukan keburukan dan keingkaran kpd Allah diketika lain.Mereka hipokrit,berpura-pura,dan ini ciri munafik.Jika benarlah kita kasih kpd mereka yg telah pergi,jika benar kita kasih kpd ibu bapa yg telah kembali,buatlah kebajikan,hindarilah dari keingkaran kpd Allah.Kaum keluarga kita terus menjadi penonton dan setiap kali kita melakukan perkara jahat,mereka berdoa kpd tuhan.Bayangkanlah mereka terus melihat dan mengharap kita berbuat baik,berdoa utk mereka.Ingatlah jika nak buat perkara tidak baik,ibubapa dan kaum keluarga kita semua melihat,Cuma tidak boleh berkata kata dg kita kerana kita berbeza alam.KENAPA KITA KENA BUAT PERKARA TIDAK BAIK,Allah melihat,ibubapa kaum keluarga yg telah mati pun melihat.JADILAH INSAN YG BAIK,ANAK YG BAIK.
ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment