Saturday, 28 March 2015

AMALAN YANG TERBALIK

AMALAN YANG TERBALIK
Post kali ni nak cakap sikit pasal ada beberapa amalan dalam hidup kita,yg dah jd macam budaya yg terbalik dari amalan yg dituntut oleh Islam.Saya rujuk pengalaman tempat saya,di Kedah.
1.Bila kenduri kahwin,rasa segan kalau tak bawa duit dlm envelop atau buah tangan utk hadir,hulur juga seringgit dua,tetapi bila mengunjung jenazah,langsung tak fikir nak bagi sumbangan.Situasi mana yg lebih perlu,orang buat kenduri sebab dia ada belanja lebih,jd tak perlu bagi duit lagi,tapi yg kematian tentu lebih perlu.Terbalik.

2.Bila kematian berlaku,keluarga simati sibuk pula sedia makan,lepas tu kenduri tahlil berhari hari.Maksud sabda nabi,Si anu kematian keluarga,buatkan makanan utknya.Nabi suruh orang lain sedia makan utk keluarga yg kematian utk menyenangkannya.Kita seolah menyusahkan pula.Dibimbang lagi harta simati ,kalau meninggalkan anak kecil telah jd yatim,kita telah termakan harta anak yatim kerana harta itu tentu belum terfaraid.Tidak ada istilah kenduri arwah dlm Islam.Adalah lebih baik harta peninggalan simati diguna bayar hutangnya,faraidkan,buat wakaf utk si mati,upah haji dll

3.Kalau nak ke tanah suci baik utk haji atau umrah,biasanya mereka buat kenduri,baca yaasin.Bila balik tanah suci,senyap sunyi,tak buat kenduri.Dalam Islam di anjur buat kenduri kerana selamat bermusafir,bukan kerana nak bermusafir.Terbalik.Takut orang mai makan kurma dan zam zam kot.Semaklah,dlm Islam kalau tak salah saya ada 9 keadaan yg dianjur kita buat kenduri.Antaranya walimatul urus,aqiqah,naik rumah baru,selamat bermusafir dsbnya.Korban tak disuruh buat kenduri tetapi di suruh bahagi daging,tapi banyak orang buat kenduri,tak pa lah.Kan lebih baik ambik yg sunnah.

4.Kalau hujan,ribut,panas terik,kita tetap pergi kerja hari hari cari rezeki nak hidup.Tapi tak hujan tak ribut,tak panas.tak pergi masjid hari hari,,sedangkan yg bagi rezeki pada kita ialah Allah dan masjid tu rumahnya.Terbalik tak.
Cukup dulu,kalau panjang sangat tak larat baca.Sambung kemudian atau anda fikir fikirkan sambungannya.Saya tidak bertujuan menghujah,hanya pada kadar mencuit pemikiran.Ubahlah.ABD GHANI HARON

No comments:

Post a Comment