Monday, 30 March 2015

MASUKLAH IKUT PINTU

MELOMPAT MENERUSI TINGKAP
Seorang saudara dari kaum keluarga saya yg nampaknya agak kuat dg agama,tetapi hidup sederhana pernah saya ajak mengerjakan umrah.Jawapan yg diberikan agak mengejutkan saya.Katanya kita kena kenal Allah dulu sebelum yg lain, awal kalam mafrifatullah.Rupanya dia pengamal tarikat.Hujahnya kita kena tahu ,kena kenal Allah dulu,keluarlah hujah-hujah yg berbelit,yg lebih merupakan hafalan kailah –kalimah.Ujud Allah tidak bertempat,tidak berjirim tidak berjisim,tidak diatas tidak dibawah.Ujud ertinya ada,lawannya tiada,mustahil tiada,wajib ada,apa dalilnya,baharu alam ini.......antara hujahannya mengenali nAllah.
Dia juga berkata dia tak mahu pergi umrah dan haji kerana belum habis huitang lagi iaitu hutang beli rumah yg didudukinya yg dibayar ansuran bulanan.

Salah satu masalah kita ialah adanya orang yg mengenali Islam mengikut tingkap,tak ikut pintu.Mereka terus melompat masuk Islam ikut tingkap,mereka tak kenali Islam dari pintu,dari pembelajaran ikut ilmu.Mereka mungkin dengar ceramah atau tazkirah kumpulan tertentu,kemudian terus terikut dan beramal.Siapa yg beramal tanpa ada ilmu,amalannya ditolak.Mereka ini biasanya hanya mendengar ceramah ahli kumpulannya,yg tentu sekali berusaha menguatkan fahaman ahlinya supaya setia kpd kumpulan.Mereka tidak mahu mengikuti majlis ilmu yg lain .Mereka tidak mengadap guru utk belajar ilmu fekah,tauhid,tasauf hatta fardu ain.Apa yg mereka buat kebanyakan hanyalah turutan hinggalah cara berpakaian dan penampilan peribadi.

Kesannya ujudnya salah faham seperti diatas yg menyatakan kalau ada hutang tak boleh mengerjakan haji,sedangkan hutang itu bukan hutang tak terbayar kerana hutang itu dijanjikan dibayar ansuran,dan kita menunaikan janji bayar ansuran.Dg itu kita seolah olah bukan berhutang tetapi kita dlm perjanjian yg sedang ditunaikan. Maka haji kena dikerjakan.

Benarkah mengenali Allah kita kena menghafal kalimah itu ini.Saya rasa itu bukan kenal Allah.Menghafal sifat 20 pun belum tentu kenal Allah,kerana hakikat mengenali Allah akan muncul apabila kita mempelajri ilmu agama,mendalami quran dan hadis dan beramal dgnya.menghafal itu ibarat burung tiong,yg tak tahu apa yg dicakapkannya.Bila menghadap malaikat dikubur nanti bukan apa yg kita hafal akan diguna utk menjawab tetapi apa yg kita tahu,berilmu,apa yg kita amalkan dan ibadat kita yg akan menjawab.

Ceramah,tazkirah atau apa juga majlis ilmu cara umum adalah pengenalan sahaja.Jangan jadikan ianya satu-satu jalan kita mempelajari agama.Sebaliknya carilah kuliah agama,kuliah maghrib,kuliah hujung minggu,atau usrah,kuliah tempat kerja,dimana pengajian berhadap guru.Jika pengajian dibuat dg pembacaan,rujuklah perkara yg kurang faham kpd ustaz atau guru.Mendengar ceramah dari rakaman baik sebagai penambah ilmu dan pendorong kita,tetapi perkara yg disentuh tentu amat ringkas,maka dalamilah dg belajar secara kuliah atau pembacaan.

Kebanyakan mereka yg terpengaruh dg ajaran sesat adalah kerana tidak mengenali Islam cara berilmu,mereka melompat dari tingkap.Mereka ini termasuk orang yg berpendidikan tinggi.Mereka selalunya mencari yg mudah,yg ringkas.Jadilah syiah kerana syiah boleh kahwin mutaah,solat boleh jama tiap hari,jadi agama orang matahari yg solat dan puasanya sekali seumur hidup.  
KESIMPULAN;KENALI ISLAM DARI ASAS.TAMBAHKAN ILMU DG PENGAJIAN,PEMBACAAN, PERBINCANGAN,PERTANYAAN.JANGAN BATASKAN PENGAJIAN DG KUMPULAN TERTENTU SAHAJA
ABD GHANI HARON

ALLAH MEMILIH TUJUH

MENGAPA ALLAH MEMILIH TUJUH?
Jika ditinjau pada beberapa peristiwa dan kekuasaan Allah,maka kita mendapati beberapa kejadian dan perkara besar dalam Islam berlaku pada angka tujuh.Saya senaraikan di bawah.
1.Allah menjadikan langit tujuh lapis.Firmannya<”Dan kami telah pun membina tujuh lapis langit yg teguh di atas kamu.”An Naba 12.
2.Allah menjadikan bumi tujuh lapis.FirmanNya,”Dialah yg menciptakan tujuh lapis langit dan bumi.”At Talaq 12
3.Allah juga menjadikan tujuh lautan.”Dan seandainya pohon pohon dibumi menjadi pena dan laut menjadi tinta,ditambah tujuh laut lagi setelah keringnya nescaya tidak akan habis habisnya ditulis kalam Allahg. Luqman 27
4Allah menjadikan tujuh neraka.
5.Allah menjadikan surah Fatihah yg perlu diulang ulang dlm solat tujuh ayat. FirmanNya,”Sesungguhnya kami telah memberikan kepada engkau (wahai Muhammad)tujuh ayat yg terus menerus dibaca dan al quran yg mulia.”Al Hijr
6.Allah menjadikan hari sebanyak tujuh hari .
7.Allah menjadikan manusia dg tujuh anggota utama,dua tangan,dua kaki,dua lutut dan satu wajah.

Kenapa Allah memilih angka tujuh,hanya Dia yg mengetahui tetapi yg patut kita fikirkan ialah tuhan turut menjadikan tujuh anggota manusia ,yg ketujuh-tujuhnya mesti menyentuh bumi semasa sujud dalam solat atau sujud yg lain seperti sujud syukur,sujud tilawah dalam bacaan quran.Ini bermakna sujud itu adalah satu kedudukan dan perbuatan yg besar disisi Allah.Banyakkan lah bersujud, jangan sujud dalam solat sahaja.sujud syukur atas berbagai hal.Bila baca quran,kita akan menemui tempat bersujud tilawah,jangan dok tunggu nak sujud pagi jumaat saja bila tok imam baca ayat sajdah. Banyakkan solat sunat supaya kita boleh banyak bersujud.
Dikatakan tempat tempat bersujud kita akan menjadi saksi kpd kita semasa di mahsyar,jd banyakkan lah tempat bersujud.Saya pernah melihat orang orang ahli ibadat dalam qiyamullail yang berubah tempat solat malamnya dari satu tempat ke tempat lain,mungkin untuk menjadikan banyaknya tempat ia bersujud di dunia ini.Ambillah kesempatan bila berjalan,bermusafir,menziarah teman,utk singgah di masjid dan bersolat,walau pun solat sunat tahiyatul masjid.
Jika melancong keluar negara,jangan tak masukkan jadual menziarahi masjid,meskipun masjid itu tidak menjadi tarikan pada istilah pelancongan tetapio ia mempunyai makna besar pada Islam.Jika kita boleh mengatur jadual utk melihat kehebatan manusia membina tembok besar,membina Eifil Tower,melihat makan Taj Mahal,melihat kuburan Firaun,kenapa tidak kita menziarahi rumah-rumah Allah dibumi ini kerana itu lebih besar dari segalanya yg dicipta manusia.Jadi “Islamkanlah”.program pelancongan anda,jangan biarkan kpd tour agensi sahaja.Bagaimanapun dalam hadis, dikatakan sebaik baik tempat untu bermusafir ialah ke Masjidl Haram,ke Madinatul Munauwarah dan ke Masjidil Aqsa .Tidak salah berjalan melihat bumi Allah yg lain,Cuma tambahkan kpd kunjungan ke masjid ,rumah Allah di bumi moga perjalanan kita lebih berkat.
ABD GHANI HARON

MATI BUKAN DI TANGAN DOKTOR

MATI BUKAN DI TANGAN DOKTOR

Seorang saudara sepupu saya diberitahu sakit teruk dan saya ziarahi dirumah.Dia kena strok dan ada pendarahan dalam kepala.Doktor di hospital minta nak buat pembedahan di kepala utk buang darah beku,tetapi anak anak tidak benarkan dan mereka membawa balik emak mereka ke rumah.Bila saya tanya sebab apa tak benarkan,mereka hanya jawab merbahaya,tetapi bawa balik ke rumah dan tidak melakukan apa usaha lagi merbahaya bahkan seperti menanti mati.Kesian saya lihat wajah tua itu yg sudah tidak boleh bercakap,tapi boleh menggerak beberapa anggota,seperti mengharap sesuatu dilakukan untuk mengubatinya,tetapi anak amak hanya berupaya menyapu air dikepala.Keputuaan yg nampak macam baik,nampak macam sayang kpd emak tetapi hakikatnya seperti membiar emak menunggu mati,seperti orang yg berputus asa dlm ikhtiar.Akhirnya wajah tua itu kembali kerahmatullah.

Semasa menjd pengetua dulu,ada seorang guru perempuan terkena kanser payudara.Bila saya berbincang hak penyakitnya,dia mengatakan doktor nasihatkan supaya dibuat pembedahan dan membuang payudara untuk langkah menyelamat nyawa.Tetapi suaminya membantah dan akhirnya balik ke rumah berubat secara tradisi.Betapa tersiksanya menahan sakit hingga setahun dan akhirnya meninggal.Dihari kematiannya,saya tidak nampak setitis air mata di wajah suaminya bahkan seminggu selepas kematian isterinya,dia datang ke kepejabat berurusan tuntutan pencen isteri dg sedikitpun tiada nada penyesalan.Ada tiga orang guru saya lagi yg terkena kanser payudara dan kanser hidung terus hidup hari ini kerana melakukan pembedahan dan mengikut nasihat doktor.

Apa yg nak saya sebutkan disini ialah,kita kena serahkan sesuatu kpd yg ahli,itu fahaman hadis nabi.Jika hal perubatan,serahkan kpd doktor,kpd pakar kerana mereka di beri Allah ilmu perubatan yg tiada kpd kita.Biarkan mereka berusaha walau apa cara,nak belah kepsla,nak potong sana sini,hakikatnya untuk menyelamatkan.Mana ada doktor mahu pesakitnya mati.Jika kita menjauhkan diri dari nasihat doktor itu maknanya kita yg mencari mati.Mungkin ada orang berkata,nak berubat cara alternatif,tetapi lihatlah rekod terdahulu yg nyata,jangan ikut dengar cerita shj kerana penjual ubat akan bercerita kebaikan ubatnya,seorang nomoh akan bercerita rekodnya yg baik shj.

Seorang penceramah agak terkenal yg mengidap kencing manis dan reput kakinya,bila saya ziarahi berkata dia nak mati bersama anggota yg lengkap,tak mahu dipotong kakinya.Allah maha kuasa,dia merana berbulan tidak mati,akhirnya mengalah dan membenar kaki dipotong.Dia hidup hingga hari ini dikerusi roda dan boleh bercakap lagi dimerata tempat untuk berdakwah.Jadi jangan berputus asa utk berikhtiar.

Bila ditimpa penyakit,bila kita terpaksa cacat anggota,terimalah hakikat tuhan mengambil kembali sebahagian anggota yg dianugerahkannya.Ada orang diambil anggota,ada orang diambil ruang hidup seperti saya yg terpaksa berulang dailisis 3 kali seminggu setiap kali 4 jam,ada orang dihalang dari makan minum sebahagian nikmat tuhan dsnya.Jangan berhenti berikhtiar menunggu mati.Jika kita bimbang pembedahan memyebabkan kematian,ingatlah mati itu ditangan tuhan,bila,cara bagaimana semuanya ditentu tuhan.Bukan doktor yg menyebab seseorang mati,tetapi Allah yg menghendaki sedemikian.Jika kematian berlaku kerana usaha doktor,kita tidak disabitkan sebagai hamba yg berputus asa,yg menunggu mati.Kecuali jika doktor telah habis usaha,habis ikhtiar dan menyuruh dibawa balik,seperti pesakit yg mati otaknya,maka disitu kita bertawakkal kpd Allah.

Janganlah berlaku setelah seumur hidup beribadat,akhirnya kita melakukan kesilapan berputus asa dari bersaha dan berikhtiar setelal Allah memberi ujian.Itu satu dosa dan ditipu oleh syaitan disaat genting.
ABD GHANI HARON

Sunday, 29 March 2015

TERLAJAK MULUT BURUK OADAHNYA

TERLAJAK MULUT BURUK PADAHNYA

Bersembang dg seorang sahabat pagi ini sambil makan cucur udang,beliau menceritakan suatu kisah nabi yang pada satu masa telah dijamu dg buah dan baginda dilihat makan sendirian tidak mempelawa sahabat yg bersama.Bila meninggalkan tempat itu sahabat bertanya kenapa baginda makan seorang dan tidak mempelawa mereka.Baginda menjelaskan buah tersebut masam,dikhuatiri mereka akan mengeji nya.Lihatlah betapa etika mengadap makanan yg ditunjukkan nabi iaitu tidak boleh mengeji makanan .Ini disebabkan takrifan sedap itu relatif,bagi kita sedap,bagi orang lain tidak,bagi kita masin bagi orang lain ok.Bagi kita yg masam tak sedap tetapi bagi orang lain sedap.Jadi takrifan sedap itu tidak objektif,dg yg demikian tak boleh kata tak sedap pada makanan.Tak suka,diam dan tinggalkan,jangan merumit mulut mengumpat mengeji.
Hadis Bukhari”Dari Umamah Bahawa Nabi apabila selesai makan baginda mengucapkan segala puji bagi Allah yg memberikan makanan yg suci lagi diberkati,tidak diremehkan tidak pula dianggap kurang berguna,ya tuhan kami”.Jelas tidak boleh mengeji,memperkecil kan dan menganggap tak berguna pada makanan.Sedap itu hanya antara lidah dan kerongkong,bila masuk dalam perut,sudah tak terasa apa pun.Arwah Us Nikmat Yusof ulamak terkenal diutara pernah berkata sedap itu hanya sejengkal jari .Sebab itu ada pembesar jahilliyah dulu makan dg banyak kemudian menjolok kerongkong supaya muntah,dan boleh makan lagi kerana mereka hanya hendak kesedapan bukan kenyang.Orang yg mengomel tentang sedap,bermakna dia makan utk sedap seperti pembesar jahilliyah itu,tetapi matlamat makan sebenarnya adalah untuk kenyang dan bertenaga,tak perlu soal sedap.

Mereka yg mengeji makanan dikhuatir akan putus rezeki kerana mengeji makanan samalah mengeji rezeki tuhan.Jika anda pergi jamuan kenduri,apa yg dihidang adalah rezeki kita yg Allah beri.Makan jika suka,makan sikit jika tak suka atau tak makan langsung.Jangan mengumpat,jangan mengeji,kata makan tak sedap,makan jilat palit,masin,masam,tawar dan entah apa kalimah lagi.Itu mengeji rezeki tuhan namanya,dan ingat kita terus mengharap rezekiNya.
Makan banyak kerana sedap,makan banyaklah yg menjadi racun.Darah tinggi,kencing manis,lemah jantung,gout,rosak buah pinggang,obesiti dll semuanya kerana makan lebih,kerana makan sedap.Asasnya ialah tidak menepati matlamat makan utk apa.Padan muka.Nabi dah pesan dlm hadis lain,makan bila lapar,berhenti sebelum kenyang.Jika dituruti taklah terkena gastrik,taklah terlebih kolestrol,lemak,gula dlm darah dll.Makanlah utk tenaga dan kesihatan,bukan kerana sedap.Namun kita lihat berapa ramai manusia menjelajah merata restoren mencari kesedapan,jadi jangan komplen kalau ditimpa penyakit kerana kita yg mencari penyakit.

Maaflah .Saya nak mengajak semua berfikir sebelum terlajak. Terlajak kereta boleh berpatah balik, terlajak makan buruk padahnya dan buruk rupanya.
UBAHLAH NIAT.MAKAN BUKAN KERANA SEDAP TETAPI UNTUK BERTENAGA,UNTUK BEKERJA,UNTUK BERIBADAT.BERHENTI SEBELUM KENYANG. SAYA CABAR ANDA!
ABD GHANI HARON

DOSA YANG TIDAK TERASA

DOSA YANG TIDAK TERASA

Ketika selesai solat maghrib disurau,seorang jemaah tetap bergeas mrnutuni tangga surau.Bila disapa oleh seorang jemaah,dia mengayakan hendak ke pasar malam di pekan. .

Kita selalu tertipu oleh syaitan yg tidak pernah berhenti mencari jalan supaya manusia melakukan dosa,atau membuka jalan orang berbuat dosa atau memudahkan orang membuat dosa.Dalam hal ini,peniaga pasar malam,yg berniaga sejak petang,kebanyakan tidak bersolat(ditempat saya) ,apa lagi waktu Maghrib yg singkat. Saya pernah bertanya peniaga,mereka mengatakan ketika maghrib jualan agak laju.Pembeli banyak,maka penjual pun sibuklah menjual.Syaitan menggerakkan hati hati mereka utk membeli ketika itu,menyebabkan penjual juga leka menjual di masa sama,maka kedua-dua pihak meninggalkan solat.Sebab itu tuhan menyatakan penanam anggur,penjual anggur,pembawa anggur,pembuat arak,yg menuang arak dan mereka yg meminum arak adalah sama berdosa.Penjual ada kerana pembeli ada,dosa juga mereka berkongsi jika ini menyebabkan mereka meninggalkan solat.Mungkinkah dihadapan tuhan nanti penjual ini akan mengheret pembelinya sama kerana menyebabkan dia meninggalkan solat?Kenapa tak beli waktu lain,lebih awal?Jangan kata solat itu hal dia,saya tak ada kaitan kerana penjual ada disebabkan pembeli ada.?Mungkin orang tidak sedar,mereka tertipu oleh syaitan.
Baguslah jika anda membeli dari peniaga yg bersolat ditempat niaga.Tapi tetaplah mereka itu meninggalkan solat jemaah.Adalah lebih baik jual beli berlaku wakatu siang kerana tuhan menyatakan aku jadikan malam utk kamu berehat.Saya bimbang kita berkongsi melakukan dosa walaupun kita bersolat.

Seperkara lagi perasankah anda sewtiap hari kita mengumpul dosa kerana melihat aurat yg didedah dlm berbagai rancabngan tv.Pembaca beria pun bukan semua bertudung.Menonton drama,telenovela,drama Filipina,Indonesia,semuanya mendedahkan aura.Jika diluar mungkin kita tak disalahkan terlihat aurat kerana kita terpandang,tetapi menonon tv bermakna kita merancang utk memandang,dan istiqamah memandang hingga habis rancangan.,Tak berdosa kah ketika itu melihat aurat?

Menonton drama juga sebenarnya kita melihat manusia hipokrit,manusia berpura dan munafik dg tuhan.Pelakon yg berwatak memakai tudung,melakon watak bersolat,bertelekong adalah lakonan,adalah kepura-puraan kerana selepas itu mereka kembali mendedah aurat.Mereka mempersendakan tuhan?Dan kita menjadi penontonnya ?Tak bimbangkah klita pun terpalit dg kemunafikan ini?
Tak cukup dg itu,kita bawakan pula cerita drama tv kedalam bualan harian,Puji pelakon tu,pandai bawa watak,puji jalan ceita.Tak terasa kah anda salah puji kerana mereka sebenarnya melakukan kepura-puraan,mereka mempamerkan dosa mereka,kita nak tumpang sekaki?Drama Nur Kasih orang kata baik,tetapi hakikatnya suatu kepura-puraan kerana semua pelakonnya memakai tudung utk berlakon ,mereka gah menjulang tropi kerana berjaya dlm mempersendakan tuhan.Akhirnya pernah tak anda perasan kenapa banyak orang sibuk bercakap hal artis,nak kahwin,nak cerai, gossip itu ini? Is it ok?Tap apa ka?
 KITA MUNGKIN TAK MELAKUKAN MUNGKAR,KERANA KITA BERSOLAT.TETAPI KITA MUNGKIN BERSEKONGKOL ATAU MENYEBABKAN,ATAU MEMUDAHKAN ORANG MEMBUAT MUNGKAR. JANGAN TERTIPU
ABD GHANI HARON

LUNASKAN UPAHNYA SEBELUM KERING PELUH YA

LUNASKAN UPAHNYA SEBELUM KERING PELUHNYA.

 Satu tabiat yang kurang baik ialah berhutang,tetapi ada orang bersembunyi dibalik kalimah tangguh sat bayaran sehari dua,seminggu dua.Itu hutang namanya.Dari upah mesin rumput,perbaik paip,letrik,kerja pembaikan kecil hinggalah ke kontrak kenduri kahwin anak Saya perturun hadis Nabi”Berilah upah sebelum kering peluhnya dan beritahulah upah itu hasil kerjanya”Riwayat Baihaqi.
Jelas nabi mengarahkan supaya upah disegerakan sebaik kerja ditunaikan.Jika kerja itu suatu ibadat,sebaiknyalah ditunaikan segera upahnya supaya amalan kita terangkat ke langit,tidak terhutang.Kenapa nak tangguh,nak kira duit salam dulu kalau kenduri?.Sepatutnya kita nak nak buat kenduri,kita dibuat suatu kerja ,kita telah ada duit,bukan nak harap duit salam.Kalau hendak ke Tesco,kita bersedia bawa tunai,utk bayar,apa beza dg membayar tunai utk kenduri atau kerja yg kita berikan kpd seseorang. Tetaplah syaitan akan beriusaha merosakkan amalan kita,setelah ia gagal menghalang kita melakukan kebaikan.

Begitulah juga hal lain,segerakan membayar upah.Jika gaji bulanan,tunaikan bayaran pada tarikh yg dijanjikan.Hidup ini ibadat.Setiap perbuatan yg baik adalah ibadat.sempurnakanlah ia tanpa cacat,sebaiknya menurut sunnah,menurut yg dianjurkan oleh Rasulullah. Berhutang meskipun sekejap,sehari dua tetap dikata berhutang.Mereka yg bekerja utk upah itu tentu menunggu dan mengharap,apalagi jika ia amat memerlukan.Tidakkah pula kita tergolong dalam kalangan orang yg menghalang rezeki orang lain?
LUNASKAN SEGERA SUPAYA KITA MENEPATI PERMINTAAAN NABI,SUPAYA KITA MENEPATI HARAPAN M,EREKA YG MENGERAH TENAGA.
ABD GHANI HARON

AKU BERUSAHA SUPAYA BOLEH BAYAR ZAKAT

"AKU NAK BAYAR ZAKAT"
Petang ini saya melalui tanah bendang ketika ke masjid .Padi menghijau.Teringat wajah ayah,dengan garis tua dimamah usia dulu,meniti batas bendang melihat padinya.Ayah mengerjakan bendang sekangkang kera,dan menyewa bendang orang utk memberi kami makan dan sekolah.Bila saya mula bekerja,suatu hari saya memujuknya supaya berhenti mengerjakan dan menyewa bendang.Saya tahu jerih payahnya.Kami adik beradik sama melaluinya bersama ayah..Jawapan ayah ringkas.”Aku buat bendang bukan kerana nak kaya.Aku buat bendang supaya aku boleh keluar zakat.Kalau harap bendang kita saja,,hasil tak cukup nisab,kena sewa tanah orang baru cukup." Saya terus membungkam.Dalam usia yg hampir senja,ayah masih memikirkan utk menunaikan rukun yg dituntut.Dia mencari jalan utk menunaikannya. ,sedangkan banyak orang mencari jalan mengelak dari bayar zakat..Kini,ayah telah kembali mengadap Ilahi.Ya Allah,ampunilah dia!

IKTIBAR: Pernahkah kita berfikir utk berusaha supaya kita dikenakan zakat?Zakat pendapatan,zakat barang kemas,zakat perniagaan,zakat simpanan wang dll.Ada orang mencari helah utk lepas dari membayar zakat.Ada orang yg simpan barang kemas akan memakainya setahun sekali utk lepas dari bayar zakat.Ada peniaga memindahkan modal dan keuntungan untuk mengurangkan zakat.Ada orang marah jabatan agama kerana buat potongan zakat gaji.ada orang keluarkan duit simpanan bank sementara supaya tak kena zakat simpanan.Hakikatnya zakat adalah rukun,seperti solat dan puasa dan haji.Pahalanya tentu amat besar.FIKIR-FIKIRKANLAH.AYUH KITA BERUSAHA SUPAYA KITA BOLEH BERZAKAT,BOLEH MENUNAIKAN RUKUN ISLAM.Kalau puasa,kita begitu gigih menahan lapar sebulan,,haji mengumpul duit bertahun,kenapa tidak berusaha segigih itu utk berzakat.
ZAKAT MENYUBURKAN HARTA

Saturday, 28 March 2015

KISAH DUA MUALLAF

KISAH DUA MUALLAF
Kisah pertama.
Abd Rashid Kong muallaf yg bersahabat dg saya ,pada suatu pagi saya ajak makan di kedai.Selesai makan dia bergegas bangkit.Saya tanya ke mana?Katanya," Tuhan telah beri saya makan,maka saya kena balas dg buat kebajikan.Saya nak cuci masjid supaya apa yg saya makan tak sia sia".Fikirkanlah.Inilah manusia yg dpt Islam dg pengorbanan(tinggal anak bini) dia amat menghargai agamanya,menghargai setiap nikmat tuhan.Kita bagaimana?Makan kenyang supaya lelap tidur?Makan kenyang untuk bela badan?

Kisah kedua
Anak Iban yg saya pelihara dirumah. masuk Islam,tinggalkan famili di sarawak,pada suatu hari berkata,dia tak mau pergi sekolah,sebab jika pi sekolah tak boleh solat subuh sebab bas sekolah datang awal.Katanya,kalau tak boleh solat,walau satu waktu,baik tak sekolah.Saya bagai rasa nak rebah.Betapa anak ini yg baru jd islam memegang agamanya berbanding dg diri saya yg berpuluh tahun menjadi Islam.Dia memperolehi Islam dg pengorbanan,kita mendapat percuma,dg itu nilainya kecil.Anak angkat saya itu kini guru di Sarawak.

Saudaraku,lapangkan dadamu.Muhasabahlah.Emak saya selalu bila marahkan anak anaknya yg cuai pada agama dg kata kata sindiran "orang melayu agamanya setakat muallaf basuh berak, bermaksud begitu cetek dan lemahnya agama dipegang berbanding muallaf.Bila terjadi dua peristiwa ini,saya rasa memang betoi apa yg mak saya kata diukur pada diri saya.Anda bagaimana?
ABD GHANI HARON

MUDAH LUPA JIKA MAKAN KEPALA IKAN?

MUDAH LUPA JIKA MAKAN KEPALA IKAN?
Kepala ikan,buat kari,sedapkan?.Kalau ikan kerapu lagi sedap.Masa muda dulu saya biasa memandu dari Tikam Batu,Kedah ke Stadium merdeka (restoren Ahmad)hanya untuk makan kari kepala ikan,lepas makan,balik.Tapi pelajar tahfiz di mana sekolah pun dilarang makan kepala ikan.Mengapa?Mungkin ini jawapannya.Ikan dijadikan tuhan tanpa ingatan dalam otaknya menurut kajian saintifik.Sebab tu ikan tetap makan pata pancing walau berulangkali.Kalau ikan ada ingatan tentu manusia payah nak tangkap ketana dia kenal(maksud ingatan)mata kail,mata pukat.Macam mana pula nak tangkap.Allahu akbar.

Jadi kalau kita makan kepala ikan,dipercayai kita dikhuatiri akan mudah lupa,menghafal tak ingat.
Jadi makanlah isi ikan,kalau boleh bahagian dalam kepala terutama otak ditinggalkan utk terus mengingat ayat ayat quran.Kalau nak makan juga,makanlah,bukan haram.Janganlah pula ada yg tanya mana hujah hadis,hujah quran,seperti kali pertama saya menulis dulu.Tak ada,ini hanyalah andaian dg sedikit kajian saintifik pada ikan,tak mau percaya pun takcapa.Seperti kencing atas pongsu nanti bengkak anunya,kalau buat tapai kena sembunyi,jika tidak tak manis,memang betul,tapi apa kaitan kita dapat buktikan,tak adz hujah hadis pun.
ABD GHANI HARON

PENYESALAN SEORANG AYAH DI PENGHUJUNG USIA

PENYESALAN SEORANG AYAH DIPENGHUJUNG USIA( Satu pengalaman)
Saya terjumpa artikel saya 2013 semasa nak upload semula ke blog http://abdghani1202.blogspot.com/ .Saya siar kembali kisah ini utk teladan bagi mereka yg tak pernah membacanya.
Saya pesakit kegagalan buah pinggang dan perlu dailisis 3kali seminggu di hospital swasta Metro.Suatu hari saya berjemaah dg seorang tua yg saya rasa pesawah,semasa menunggu giliran dailisis di surau hospital.Dia memberitahu dia juga tunggu giliran.Terkejut saya kerana kos dailisis tinggi Rm200 sekali,sebulan Rm 2650 termasuk suntikan recomon,setahun Rm 31800.Bila saya tanya adakah dia pencen kerajaan ,dia menidakkan.Bila saya tanya,macam mana dia membayarnya,dia tunduk dan mula nampak titisan airmata deras mengalir diwajah tuanya.

Dia berkata dg nada separuh sebak,dia ada 4 anak.Tiga orang dari mereka sangat cerdik dan belajar di asrama penuh.Anak yang bongsu lembab dlm pembelajaran,upsr dapat 4C,pmr lulus cukup makan,Spm langsung tak ada gred.Dia selalu memarahinya,mengherdik,memukul dan menyalahkannya kerana tidak seperti abang dan kakaknya.Maki hamun bertali arus. Dia merasa anak ini tidak berguna dan bakal menyusahlannya.Masa berlalu.Tiga orang anaknya yg dibangga menjadi jurutera di industri swasta,manakala anak bongsu yg lemmah dlm pelajaran menjadi pelayan pejabat di sekolah setelah gagal spm.

Beberapa masa berlalu,dia disahkan rosak buah pinggang dan perlu dailisis dg kos tinggi.Anaknya yg berjawatan besar diharap membantunya,tetapi bila kos tahunan lebih 30k,mereka sendiri mula menyatakan ketidakmampuan.Dia tidak langsung bertanya anak bongsu kerana gajinya cukup makan saja.Selang beberapa hari.anak bongsu ini telah membawa bapanya ke Hospital Pakar Metro. utk buat dailisis.Dia terkejut dan bagai tak percaya.Anaknya menyatakan kerajaan membayar kos rawatan bapanya kerana anaknya pegawai kerajaan walaupun hanya sekadar pelayan pejabat.Mulai hari iyu,selang sehari dia dihantar oleh anak bongsunya ke Metro.

Orang tua itu benar benar menyesal kerana anak yg menjadi sisa sumpah seranahnya,yg dikata tak berguna dan menyusahkan,kini menjadi penyelamat dan penyambung hidupnya.Sedangkan anak yg dibamgga langsung tidak berupaya.Bila saya bisik kpdnya,kos membiayai rawatan pakcik tiga kali ganda lebih dari gaji anak bongsunya,dia langsung sebak dan rebah dibahu saya.Ratapannya jelas dia menyesal,dia menyalahkan tuhan kerana memberi anak yg tidak cetdik sedangkan tuhan merancang bahawa anak itulah yg akan berbakti kpdnya.Saya pulak diheret untuk menangis bersamanya.

TELADANNYA :Jangan buruk sangka pada tuhan.jangan kecewa dg anugerah tuhan.Tuhan berfirman'Setiap mulut yg aku jadikan,Aku jadikan rezeki baginya.'Tuhan merancang bukan utk sehari dua tetapi seumur hidup.Bukan kita menentukan masa depan anak,bukan kita menentukan jaya tidaknya dia.Bukan cerdik,bukan sempurna tubuh badan,bukan putih hitamnya yg menentukan kebahgiaan seorang anak,tetapi bagaimana akhirnya dia berbuat baik kpd ibubapa dan menjd insan beriman menentukan segakanya..Bersyukurlah dg apa yg dianugerahkan kpd kita.
ABD GHANI HARON

DI MANA LETAK CANTIKNYA GELAS

DIMANAKAH LETAK CANTIKNYA GELAS?
Ada seketika dulu saya berguru dg seorang imam masjid.Pengajian dirumah.Malam itu majlis bermula seperti biasa dan kelihatan dia mengeluarkan sebiji cawan yg kecil molek dan cantik diletak dihadapannya diatas sehelai kertas tebal.Dia juga membawa satu pemukul paku(orang kedah kata marton)kecil.Dia mula bertanya."Cantik tak gelas ni?"Semua yg dikeliling nya berkata cantik.Dia mula bertanya seorang demi seorang."Dimanakah letak cantiknya?"Tiap orang mula memberi jawapan.Ada yg kata pada warnanya,tangkainya,corak bunganya dan macam macam lagi.Dia dg perlahan mengambil pemukul dan memukul gelas itu hingga hancur berderai.Kami terkejut,tapi tak berni bersuara.Dlm hati berkata,tok guru naik angin kot.

Semua diam.bungkam.Tok guru kemudian bersuara,"Tunjuk pada saya dimana cantiknya gelas yg kamu kata itu berada sekarang"?Diam.Dlm hati menjawah.dah hancur,tak cantik dah la.Tapi dia tanya cantik tadi, sekarang ada dimana?Kami mematikan diri.

Dia bersuara dg agak keras."Cantiknya ada pada pembuatnya,kerana pembuat gelas ini boleh membuat lagi gelas yg serupa.Jadi bila kita memuji sesuatu dari apa segi,cantik,kuat,laju,hebat dan apa sifatpun,bermakna perkara itu ada pada penciptanya.Begitulah tuhan.Bila kita melihat alam ini ,manusia,binatang,tumbuhan laut dll,kita kena sedar hebatnya semua ini terletak pada pencipnya.ALLAH bukan pada benda itu sendiri,kerana yg ada pada benda itu tidak kekal,akan musnah!

SAHABATKU,Hayati dan fahami apa yg saya coretkan ini.Jika anda faham,itulah pengenalan kpd ilmu hakikat,kita meihat sesuatu bukan pd zahir shj.Itulah hakikat tuhan,yg lain didunia ini semuanya akan musnah sepeti gelas itu,yg kekal dg sifatnya ialah ALLAH.Wallahuaklam.ABD GHANI HARON

MENGAMBIL HATI MENTUA

MENGAMBIL HATI MENTUA -SUATU PERKONGSIAN PENGALAMAN
Lepas kahwin tahun 80 dulu,saya selalu juga berfikir macam mana nak buat baik dg mentua.Saya tengok aysh saya cukup disayangi oleh mak mentuanya iaitu datuk saya.Akhirnya dapatlah beberapa idea.Saya ceritakan dua idea yg saya praktikkan.

Satu hari saya beli kain batik,3 helai.Bila sampai rumah mentua saya bawa turun dari kereta 2 helai.Sayaberkata pada mak mentua."Mak pilih dulu kain batik yg mak suka,yg sehelai lagi nak bagi mak saya."Saya tahu dlm hatinya berkata dia bagi aku pilih dulu berbanding emak dia sendiri.Saya buat beberapa kali dg barangan berbeza.Setelah itu saya kerumah orang tua saya dan menunjukkan lagi 2 hela kain batik dan berkats ."Mak pilihlah dulu,yg baki utk mentua".Jd mak saya pun tak kecil hati.Yg sehelai lagi saya bagi kat bini saya.Matlamat saya supaya mak mentua merasakan menantunya mendahulukannya.

Satu hari dlm sembang saya dengar pak mentua cerita pasal durian Balik Pulau yg katanya sangat elok isinya.Saya terus bertolak dari rumsh di Tikam Batu,Kedah ke Balik Pulau,Penang hari itu juga dan beli beberapa biji.Bila balik saya tak terus hantar rumah mentua,tetapi tunggu malam,agak mentua hampir nak tidur.Saya sampai bawa durian dan menyatakan," Ini durian Balik Pulau.Dengar khabar bapak nak makan."Saya pun balik.Esoknya diberitakan pak mentua sembang di balai lintang masjid" Baguih betoi menantu aku.Aku baru bersuara,dia dah pi beli.Mai hantar malam tu juga"He he, mission complete and success...

Kalau beri duit bulanan,saya bagi kpd mentua,isteri saya bagi kat mak saya.Depa ingat menantu lagi baik dari anak.
Dipendekkan cerita mentua baik sungguh dg saya hingga saya diberikan sebidang tanah sawah walau pun saya tak mau.Emak saya pula memuji menantu(isteri saya) merata tempat sembang kerana bagi duit tiap bulan,bersungut pula,anak sendiri pun tak bagi.Tak bagipun ,masih anaknya juga.Tak palah lembu punya susu,sapi dapat nama,sebab lembu dan sapi duduk sekali.

IKTIBAR:KEBAHAGIAN KENA DIUSAHAKAN,KENA DIBUAT.JANGAN HARAP ORANG LAIN MEMBINA KEBAHGIAAN KPD KITA.Senyumlah! ABD GHANI HARON

AMALAN YANG TERBALIK

AMALAN YANG TERBALIK
Post kali ni nak cakap sikit pasal ada beberapa amalan dalam hidup kita,yg dah jd macam budaya yg terbalik dari amalan yg dituntut oleh Islam.Saya rujuk pengalaman tempat saya,di Kedah.
1.Bila kenduri kahwin,rasa segan kalau tak bawa duit dlm envelop atau buah tangan utk hadir,hulur juga seringgit dua,tetapi bila mengunjung jenazah,langsung tak fikir nak bagi sumbangan.Situasi mana yg lebih perlu,orang buat kenduri sebab dia ada belanja lebih,jd tak perlu bagi duit lagi,tapi yg kematian tentu lebih perlu.Terbalik.

2.Bila kematian berlaku,keluarga simati sibuk pula sedia makan,lepas tu kenduri tahlil berhari hari.Maksud sabda nabi,Si anu kematian keluarga,buatkan makanan utknya.Nabi suruh orang lain sedia makan utk keluarga yg kematian utk menyenangkannya.Kita seolah menyusahkan pula.Dibimbang lagi harta simati ,kalau meninggalkan anak kecil telah jd yatim,kita telah termakan harta anak yatim kerana harta itu tentu belum terfaraid.Tidak ada istilah kenduri arwah dlm Islam.Adalah lebih baik harta peninggalan simati diguna bayar hutangnya,faraidkan,buat wakaf utk si mati,upah haji dll

3.Kalau nak ke tanah suci baik utk haji atau umrah,biasanya mereka buat kenduri,baca yaasin.Bila balik tanah suci,senyap sunyi,tak buat kenduri.Dalam Islam di anjur buat kenduri kerana selamat bermusafir,bukan kerana nak bermusafir.Terbalik.Takut orang mai makan kurma dan zam zam kot.Semaklah,dlm Islam kalau tak salah saya ada 9 keadaan yg dianjur kita buat kenduri.Antaranya walimatul urus,aqiqah,naik rumah baru,selamat bermusafir dsbnya.Korban tak disuruh buat kenduri tetapi di suruh bahagi daging,tapi banyak orang buat kenduri,tak pa lah.Kan lebih baik ambik yg sunnah.

4.Kalau hujan,ribut,panas terik,kita tetap pergi kerja hari hari cari rezeki nak hidup.Tapi tak hujan tak ribut,tak panas.tak pergi masjid hari hari,,sedangkan yg bagi rezeki pada kita ialah Allah dan masjid tu rumahnya.Terbalik tak.
Cukup dulu,kalau panjang sangat tak larat baca.Sambung kemudian atau anda fikir fikirkan sambungannya.Saya tidak bertujuan menghujah,hanya pada kadar mencuit pemikiran.Ubahlah.ABD GHANI HARON

Friday, 27 March 2015

KASIHANILAH IBUMU

KASIHANILAH IBUMU(Untuk semua insan bergelar anak)

Ketika kamu masih dlm kandungan,ibumu menanggungmu penuh keperitan,namun tiada ia mengeluh,bahkan tangannya tinggi menadah Ilahi agar ia dikurniakan anak yg baik,bijak,beriman yg menjd cahaya matanya,yg menjd tempat berteduh ketika ia tua.Namun kamu balas dg tendangan dan terjahan dlm perutnya.Tetapi ibumu hanya berkerut mukanya menahan sakit sambil tangan mengusap perut.

Ketika kamu dilahirkan,ibumu memelukmu erat memberikan susunya,mengusap kepalamu dg penuh kasihnya,bersengkang mata dikejauhan malam,bimbang tidurmu terganggu,.namun kamu membalasnya dg berak dan kencingmu dan tangisan memecah keheningan malam.Tetapi ibumu tetap senyum,menepuk dan memujukmu dg dodoian lagu samar samar lahir dr bibirnya.

Ketika usiamu melangkah musim,kamu disuapkan nasi,dihayun dlm buaian,dimandikan air suam,disalinkan pakaian selalu dan mengajar bertatih.Namun kamu sepahkan makanan,bebal tak tentu punca,kencing berak merata.Tetapi ibumu tetap merasa bahagia.

Ketika kamu mula berkata kata,mengajuklak kamu setip kata kata ibumu,dibisikkan kata 'emak dan abah' sebagai kata mulia.Namun bila besar ibumu tidak cantik dibibirmu.Tetapi ibumu masih ibumu jua.

Ketika menghantarmu ke sekolah,kamu dipakaikan pakaian baru,dibekalkan sarapan takut anaknya lapar,menghantarmu dg penuh harapan menggunung,menyiapkan makanan dirumah menunggu anaknya pulang.Namun hasrat ibumu musnah di sekolah dg membantah cakap guru.Namun ibumu tetap menyayangimu kerana kamu anaknya.Linangan airmatanya ketika mengadap pengetua menjelaskan segalanya.Basah tudungnya oleh lelehan air mata membayang kekesalannya.Tunduk mukanya bersama kerutan wajah dan suara yg tertahan tidak pernah disangkakan terpaksa dizahirkan utk membayangkan kesedihannya atas apa yg dibalas oleh anaknya.

ITULAH SEBAHAGIAN INSAN YG LUPA PADa PENGORBANAN DAN HARAPAN IBU MEREKA.INSAFLAH SEMENTARA KITA BOLEH MENOLEH,SEMENTARA KITA MASIH ADA IBU,SEMENTARA HATINYA MASIH BOLEH DISEMBUHKAN DG AIRMATA KEKESALAN.
Catatan:-Siapa nak menangis membacanya,menangislah kerana satu dari tujuan saya utk mengalirkan air mata.Saya tamat catatan ini disini,sambunglah sendiri "Ketika kamu dihantar ke u......,ketika mendapat berika kamu mendapat pekerjaan.....
ABD GHANI HARON

KAHWINKAN AKU SEGERA

KAHWINKAN AKU SEGERA
Seorang ahli ibadat yang soleh telah ditawarkan utk berkahwin dbeberapa kali tetapi beliau menolak kerana hendak tumpu pada ibadat.Suatu hari dia bangun dari tidur dan berkata"Kahwinkan aku!.Kahwinkan aku!"Orang ramai hairan kerana sebelum ini ia menolak, lalu bertanya dia.Dia menjawab,"Aku telah bermimpi seakan-akan hari kiamat telah tiba dan aku berdiri bersama orang ramai di Mahsyar dengan rasa yg amat haus bagaikan nak patah leherku,Tiba-tiba aku nampak anak-anak kecil membawa gelas gelas perak yg ditutupi saputangan dari cahaya.Anak-anak itu mencelah-celah dikalangan orang ramai utk memberi minuman satu satu.Aku pun menghulurkan tanganku kpd mereka .Kanak kanak itu melihat kpd ku dan berkata,'Tuan tidak mempunyai anak di kalangan kami dan kami ini hanya memberi minum kpd ibu dan ayah kami."Aku bertanya "Siapa kamu?"Mereka menjawab<"Kami anak anak kecil yg mati dari kaum muslimin."

PENGAJARAN:Berkahwinlah kerana itu sunnah.Ganjaran amalan orang berkahwin berlipat ganda dari membujang.Anak akan membahagiakan didunia dan akhirat bergantung atas didikan kita.Setelah kita mati,,hanya anak yg soleh yg boleh membantu dg doa.Kpd ibu bapa yg kematian anak kecil,waktu kandungan atau telah lahir,janganlah gundah dulana kerana janji tuhan mereka akan datang di hari akhirat nanti sprt yg dikisahkan di atas.Berbahagialah anda dipilih tuhan.Wallahuaklam.MAAFKAN SAYA

BELA ITIK SEKAWAN

KISAH BELA ITIK SEKAWAN
Tijah bela itik sepuluh ekor,itik subsudi kerajaan bagi masa kempen dulu.Dah agak besar,dilepaskan cari makan sendiri setelah diberi makan awal pagi.Nanti sebelum senja,itik sekawan ini akan berderet pulang dari bendang atau paya tempat sehariah mencari makan.

Satu petang,Tijah dapati itik tak balik.Tunggu hingga dekat maghrib masih tak balik.Tijah mula risau,itik dimakan anjing kah,atau sesat kah,atau terikut bapa itik lainkah.Seribu soalan dibenaknya.Tijah dan suami meranduk(mengharung)paya dan bendang mencari itiknya.Malam makin melabuh tirai.Tijah dan suami pulang hampa.Letih tak terkira.Telah dijelajah seluruh parit,paya dan kubang.Itiknya tiada.Di rumah dia terjerembab(bertemu)mentua yg baru balik solat magrib di surau.Tijah bersungut tentang itiknya.Jawapan yang terpacul dari mulut mentuanya menyebabkan dia gelap mata.Tanpa menjawab dia terus ke bilik air dan bersolat maghrib yg dah dipenghujung waktu.Selesai solat Tijah terasa matanya mula digenangi air mata.Dia tidak sedih pada kehilangan itiknya,tetapi sedih pada kata-kata mentuanya."Itik sekawan tak pulang,tak apa,tidak ditanya oleh Allah di hari akhirat,tetapi anak kamu tu yang tak pulang,akan ditanya kerana kerana tidak menunai solat.itulah yg patut lebih dirisau'.

KOMENKita selalu keliru yg mana yg utama,yg wajib.Selalu tuntutan dunia diutamakan.Anak solat,tak suruh,tak peringat.  
Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya.

DOSA DITANGGA MASJID

DOSA DITANGGA MASJID
Saya menulis menulis kali ini ketika dailisis.Nak sentuh perkara kecil sahaja.Jumaat lepas ketika ke masjid,saya berhenti di tangga utama masjid memerhati mereka yg datang ke masjid utk solat jumaat.Ditangga masjid telah banyak kasut dan selipar diletak dekat tangga oleh orang yg datang awal.Seorang jemaah yg tiba saya lihat menolak kasut dan selipar dg kakinya ditangga utk meletak kasutnya.Datang seorang lagi pun serupa juga,habis lintang pukang kasut orang yg datang awal.

Seorang ustaz tiba tiba menepuk bahu saya bertanya apa yg saya sedang fikirkan.Saya bertanya.tidakkah berdosa perbuatan mereka menolak kasut orang lain kerana nak letak kasut sendiri?Ustaz ini senyum,berdosa katanya,kerana mereka yg datang awal telah mendpt tempat itu sbg haknya,sama seperti dia mendpt hak didlm masjid..Mereka yg menolak kasut orang itu mementing diri.Awak datang lewat,carilah tempat yg kosong utk letak kasut.

Niat sudah baik,tetapi disertai perbuatan dosa.Ianya kecil,tetapi mungkin menyakiti hati orang lain.Kita kadang tidak sedar kita mengumpul dosa.FIKIRKANLAN.MEREKA YG BERUSAHA MENJADI BAIK,MESTILAH MEMIKIRKAN DOSANYA WALAU KECIL.

Thursday, 26 March 2015

TERTIPU DALAM IBADAT

TERTIPU DALAM IBADAT
Dalam kitab Talbisul Iblis,Abu Lait Samarkhandi menceritakan tentang berbagai tipu daya syaitan. Pada peringkat awal syaitan akan menghalang manusia membuat kebaikan dg meletakkan berbagai halangan.jika orang tersebut terus juga membuat amalan baik itu maka ia mengubah taktiknya kepada menyuruh berbuat amalan tersebut supaya terlajak atau jadi keterlauan atau merosakkan ibadat lain.Contohnya Syaitan mulanya akan menghalang orang bangun malam utk solat dg berbagai halangan, mengantuk,sejuk,takut dan sebaginya,Jika kita terus bangun ia mengubah taktik kepada menyuruh kita bangun mungkin lebih awal,bersolat sunat yg panjang.Tetapi akhirnya mungkin tertidur sebelum solat subuh,atau solat subuh nanti dlm keadaan lalai atau mengantuk.Solat sunat seribu rakaan sekalipun tak akan menyamai dua rakaat solat Subuh yg wajib yg kena ditunaikan dg baik.Firman Tuhan dlm surah Al Maun,Celakalah mereka yg mendirikan sembahyang tetapi lalai dlm sembahyangnya.

Dalam ibadat juga kita kena menjaga kesederhanaan supaya amalan sunat yg dibuat tidak mencacatkan amalan wajib.Contohlain,seseorang lelaki yg selalu solat berjemaah di masjid,tidak bersolat berjemaah bila ia berpuasa sunat kerana nak berbuka dirumah.Ini juga berlaku bulan Ramadan,bila berbuka dirumah terpaksa meninggalkan solat berjemaah maghrib walaupun sepanjang tahun dia tidakpernah tinggal berjemaah Maghrib.Syaitan menipu dg makanan berbuka dirumah.
Banyaklah lagi,kita kena berjaga.Saya menulis kerana saya melihat apabila program qiyamullail,banyak orang yg akhirnya terhoyong hayang dlm solat subuh.Sama-samalah beringat,qiayamullail itu baik,tetapi akan lebih baik lagi jika solat subuh juga sempurna.
ABD GHANI HARON

PUNCA PENDAPATAN TERBAIK

APAKAH PUNCA PENDAPATAN TERBAIK
Hadis nabi"Sesungguhnya sebaik-baik pekerjaan utk memperolehi pendapatan adalah para peniaga di mana apabila bercakap mereka akan bercakap benar dan tidak berdusta.Apabila mereka diberi amanah mereka tidak akan khianat,apabila berjanji mereka tidak akan mungkir,apabila membeli mereka tidak akan mencela apa yg dibeli,,apabila mereka menjual mereka tidak akan memuji berlebihan barang yg mereka jual.Jika mereka disuruh utk membayar(hutang)mereka tidak akan berdalih dan apabila orang berhutang lambat membayar,mereka tidak akan menyempitkan siberhutang."(At Targhib)Manakala At Tarmizi Meriwayat hadis"Peniaga yg jujur dan amanah akan bersama dg para nabi,siddiqin dan syuhada".
Berniaga itu sunnah nabi,jom kita berniaga walaupun sekadar di depan rumah,dikalangan rakan sekerja,bukan untung wang rimggit sbg matlamat tetapi sunnah nabi tujuan yg lebih desar.Jadilah peniaga seperti yg digaris dlm hadis diatas,jujur dan amanah kerana bukan ibadat khusus seperti solat dan puasa shj boleh menjamin syurga,tetapi menjadi peniaga yg amanah dan jujur juga menjanjikan syurga.Peniaga yg sederhan dan besar aeperti pohon yg rendang dimana banyak burung dan serangga boleh menumpang ,manusia boleh berteduh dan mendapat buahnya.Peniaga akan mewujudkan peluang perkerjaan kpd orang lain sbg pekerja,atau sebagai tempat memasar hasil kerluaran.Lagi besar peniagaan,lagi banyak sumbangan kpd masyarakat.Lebih penting mereka dapat menunai rukun zakat perniagaan.
Saya mula memahami keadaan ini bila saya melihat emak saya berniaga laksa di kg era 70an dulu walupun jualan sehari lima atau enam ringgit sahaja,dia terus berniaga kerana katanya,sembahyang aku dan puasa aku mungkin tak membawa akau ke mana tetapi moga sunnh nabi yg aku turut ini akan membantu aku.
JOM MULAKAN PERNIAGAAN.   ABD GHANI HARON

HADIAH DARI SEORANG TUKANG SAPU

HADIAH DARI TUKANG SAPU

Saya bersara telah hampir 2 tahun.Hari terakhir sebagai ketua pejabat,saya dirai dlm majlis.Ramai pegawai dan kakitangan memanjat tangga pentas memberi hadiah.Selesai majlis,saya berkemas dlm pejabat utk kali terakhir.Tiba tiba pintu diketuk dan seorang wanita tukang sapu tersenyum di pintu.Dia menghulurkan satu bungkusan hadiah kepada saya dg kata,”Cikgu,saya segan nak bagi hadiah dlm majlis kerana hadiah saya tak seberapa,tak sampai sepuluh ringgit pun. Tapi saya tetap nak beri sebagai ingatan.”Saya agak tersentuh.Saya tahu gajinya cuma Rm450.Saya kena terima utk memenuhi hasratnya.Dia beralih meninggalkan bilik saya dg baju yg sedikit terkoyak di sedikit hujungnya.

.Dirumah ketika isteri dan anak sibuk membuka hadiah,saya memilih utk membuka hadiah tukang sapu.Subhanallah!Dia memberi saya senaskah Al Quran.Terlintas dibenak saya,sesungguhnya inilah pesanan dan bekalan yg terbaik dari seorang yg mengasihi kita utk mengharungi hidup sbg pesara.Setelah pencen tumpulah kpd ibadat yg lama terabai.

Kini setelah dua tahun,semua hadiah yg diberi oleh rakan telah entah kemana tetapi Quran hadiah tukang sapu masih menjadi tatapan saya setiap hari. Quran itu saya gunakan secara peribadi dirumah.Kebetulan saya selepas itu ditimpa sakit rosak buah pinggang.hingga kini entah berapa puluh kali saya qatam dg quran itu.Satu hari saya terserempak dg tukang sapu ini di hospital. Memimpin bapanya .Senyumannya membayangkan kepuasan, bila saya katakan hadiahnyalah yg paling berharga.Katanya,”Saya ingin memberi pada cikgu hadiah paling mahal,Quran.”Dia pun berlalu. Saya melihat dia mengangkat hujung tudungnya mengesat lelehan air mata .Mungkin air mata kegembiraan seorang yg sangat ikhlas.

:Sesungguhnya bukanlah nilai suatu hadiah itu sbg satu ingatan,tetapi keikhlasan dlm memberi.Bukanlah taraf mentukan kasih sayang seseorang kpd kita.Seorang tukang sapu boleh menjadi seorang guru kpd kia,seorang yg memberi teguran yg baik kpd kita.AkhirnayA,dari berapa ramai manusia yg saya temui semasa bertugas berpuluh tahun, saya menemui pekerja yg sentiasa diingati kebaikannya , adalah seorang tukang sapu.
KETIKA KITA YG BERADA MEMBERI HADIAH SUPAYA ORANG MENGINGAT KITA,MEREKA YG BESAR JIWANYA TAPI MISKIN HARTANYA MENCARI HADIAH SUPAYA PENERIMANYA MENGINGAT ALLAH!
ABD GHANI HARON

DUHAI IBU,SABARLAH!

DUHAI IBU,SABARLAH!

Ketika menghampiri halaman rumah petang itu,saya lihat emak memegang ranting pokok bunga yg telah dipatahkan.Berdiri di depannya dg wajah takut adalah adik.Emak meninggikan suara.Berhamburan kata-kata marahnya kerana adik berkawan dg budak makan dadah.Suaranya makin meninggi dan ketika saya menaiki tangga rumah,ranting pokok bunga mula hinggap di betis adik berkali-kali.Raungan suara adik memecah keheningan senja,Terloncat –loncat adik menahan kepedihan ranting pokok bunga.”Tak buat dah!Tak buat dah!”Jeritannya berselang seli dg pertanyaan emak”Hang nak buat lagi?!”

Keadaan reda setelah ayah balik.Adik berkurung dalam bilik yg tidur sebilik dg saya.Esakannya samakin sayu dan perlahan bersama lanjutnya waktu maghrib.Didapur ,terdengar suara ayah marahkan emak kerana memukul anak berlebihan.Emak diam.

Malam itu saya tidur awal.Tiada perbualan kerana emak tengah naik angin.Adik langsung tidak makan.Esakannya mula hilang bersama lelapnya mata.Saya tak dapat tidur hingga lewat malam.Saya tahu emak sayangkan adik sebab itu dia marah,dia takut adik tersalah jalan.Tiba-tiba terdengar orang menolak pintu bilik,dalam samaran lampu,saya berpura tidur,dapat melihat emak masuk kebilik dg telekungnya.Dia duduk disisi adik,menyelak perlahan kain pelikat yg menyelimuti betis adik.Dalam barbalam sinaran lampu itu,jelas berbalor betis adik.Emak keluar sebentar dan masuk lagi.Kali ini membawa botol kecil.Saya rasa minyak angin.Disapunya betis adik perlahan-lahan,sambil belakang tangan sekali sekala mengesat air matanya.Bila terpacul esakan dari mulutnya,dia segera meninggalkan adik.Diluar bilik terus terdengar esakan emak.Saya tahu dia menyesal memukul adik.Esakannya berlarutan bersama malam yg semakin tua.

PENGAJARAN;Seorang lelaki yg datang meminta nasihat dari Nabi,nabi hanya mengatakan kpdnya beberapa kali,”Jangan engkau marah.”Bila marah kita dikuasai syaitan,tindakan tak terkawal,terjadi perkara yg tak diingini.Bila syaitan meninggalkan kita,timbullah kesedaran,keinsafan.Nabi mengajar kita bila marah,berubahlah tempat duduk,contoh kalau berdiri,duduklah,kalau duduk,berbaringlah. Keduanya,pergilah mengambil wuduk kerana nabi mengatakan syaitan dibuat dari api,dg berwuduk akan menghilangkannya.Rasulullah juga menyifatkan mereka yg berjaya menahan marah sebagai pahlawan.Sabdanya”Bukan kuat( kerana dapat mengalahkan orang) dg bergusti tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yg dapat mengawal dirinya ketika marah”.(At Tirmizi)
ANDA PERNAH MEMUKUL ANAK?MENCUBITNYA?LIHATLAH DIA KETIKA DIA TIDUR.ANDA AKAN MENYESAL!ANDA AKAN MENYESAL!
(Al Fatihah untuk Allahyarhamah Salasiah bt Abd Rahman,ibu saya)

IBUBAPA DAN KAUM KELUARGA YANG MATI MASIH MELIHAT KAMU

IBUBAPA DAN KAUM KELUARGA YANG TELAH MATI MASIH MELIHAT KAMU!
Semua orang telah atau akan mengalami kematian sanak saudara atau ibu bapa.
Semua amal perbuatan mereka yang hidup sebenarnya dilihat oleh kaum keluarganya yg telah mati.Hadis ,”Sesungguhnya semua amalmu akan ditampakkan kepada keluargamu dan sanak saudaramu di dalam kubur mereka.Jika baik mereka akan bergembira,jika buruk mereka akan berdoa, Ya Allah janganlah dimatikan mereka sebelum engkau memberi petunjuk kepada mereka sebagaimana Engkau telah memberi petunjuk kepada kami.”(Imam Ahmad dan Anas)

Banyak orang menangis di hari kematian keluarganya.Banyak orang menangis ketika menziarahi kubur di hari raya tetapi mereka terus melakukan keburukan dan keingkaran kpd Allah diketika lain.Mereka hipokrit,berpura-pura,dan ini ciri munafik.Jika benarlah kita kasih kpd mereka yg telah pergi,jika benar kita kasih kpd ibu bapa yg telah kembali,buatlah kebajikan,hindarilah dari keingkaran kpd Allah.Kaum keluarga kita terus menjadi penonton dan setiap kali kita melakukan perkara jahat,mereka berdoa kpd tuhan.Bayangkanlah mereka terus melihat dan mengharap kita berbuat baik,berdoa utk mereka.Ingatlah jika nak buat perkara tidak baik,ibubapa dan kaum keluarga kita semua melihat,Cuma tidak boleh berkata kata dg kita kerana kita berbeza alam.KENAPA KITA KENA BUAT PERKARA TIDAK BAIK,Allah melihat,ibubapa kaum keluarga yg telah mati pun melihat.JADILAH INSAN YG BAIK,ANAK YG BAIK.
ABD GHANI HARON

UCAPLAH TAHNIAH

UCAPLAH TAHNIAH!!!
Islam menggalakkan umatnya mengucapkan tahniah kepada sesama Islam di beberapa keadaan.Semua orang Islam kena mengetahui hal ini supaya ucapan tahniah itu berbetulan dg kehendak Islam dan menjadi amal soleh.

1.Tahniah ketika mendapat anak.Ucapan seperti hadis,”Moga Allah memberkatimu dg anak yg baru dikurniakan dan anda mensyukuri pengurniaan Allah dan anda diberikan ketaatannya dan ia akan mencapai usia lanjut”.Riwayat Saiyidina Hasan dan Iamam Hasan Al Basri.

2.Tahniah bagi yg baru pulang dari permusafiran.

3.Tahniah bagi yg baru balik dari medan perjuangan

4.Tahniah kerana baru balik mengerjakan haji.Ucapan seperti hadis,”Moga Allah menerima hajimu,mengampuni dosamu serta menggantikansegala perlanjaanmu.”Riwayat Ibnu As Sunni

5.Tahniah kerana berkahwin.Ucapkanlah seperti dlm hadis,”Moga moga Allah memberkatimu dan memberi berkat atas mudan menyatukan kamu berdua di atas yg baik,”Abu Daud &Tarmizi.Makruh mengucapka, “Dikekalkan perkongsianmu diperbanyakkan anak anakmu”.Ini kerana ucapan itu seperti ucapan orang jahiliyah.

6.Tahniah ketika tiba hari raya

7.Tahniah kpd yg berbuat baik kpd kita.Hadis,”Siapa yg dibuat kpdnya sesuatu yg baik lalu dia berkata kpd orang yg berbuat baik itu (jazaakallah khairan) moga Allah membalasmu dg yg baik,maka dia telah menyampaikan tertima kasihnya yg sempurna..AtTarmizi                                                                                                                            
Persaudaran yg kukuh sangat di tuntut oleh Islam.Ini menunjukkkan betapa Islam itu ajaran yg indah kerana meliputi semua aspek kehidupan.Ia sesuai dg manusia yg suka kedamaian.Oleh itu aturlah perbicaraan kita dg baik,ramahkan dg ucapan tahniah.Jangan pula terikut dg apa yg bukan Islam lakukan.
Tujuan saya menulis dg menyentuh perkara amalan dlm kehidupan adalah supaya yg membaca mengetahui dan berilmu dgnya.Imam Syafie mengatakan siapa yg beramal,tanpa ilmu,ianya sia-sia.Jadi saya menulis supaya yg membaca tahu(berilumu) dan bila dia beramal dia di beri ganjaran.Kalau yg dah tahu,tak mengapa kerana mengulang-ngulang itu sunat.Wallahuaklam.ABD GHANI HARON

HUTANG BERSAMAAN KEKUFURAN?

HUTANG BERSAMAAN DENGAN KEKUFURAN?
Hadis dari Abu Said Al Khudri,”Saya mendengar Rasulullah bersabda,Aku berlindung dengan Allah dari keufuran dan hutang.Lalu seseorang bertanya,Wahai Rasulullah ,apakah engkau samakan kekufuran dengan hutang?Rasulullah bersabda ,Ya.”Riwayat An Nasai dan Hakim

Bergerun membaca hadis ini.Boleh dikatakan kebanyakan orang berhutang di zaman ini,hutang beli rumah,beli kereta dsbnya.Disebabkan berhutang itu tidak di tegah,apa yg jelas pada hadis ini ialah tanggungjawab utk membayar hutang itu mesti dibuat.Hutang kena dijelaskan tanpa alasan,kerana ia adalah perjanjian.Mereka yg enggan membayar hutang ,patut memikirkan hadis ini.Pun begitu,jika kita berkemampuan,janganlah bertangguh membayarnya,atau jangan berhutang,inilah yg lebih baik.Sebaik baiknya berhutang pun pada perkara asas sahaja,seperti membeli rumah dan kenderaaan atau makanan.Berhutang utk bermewah,membeli peralatan bukan keperluan asas,membeli harta seperti tanah atau rumah yg kedua dsbnya,patut memikirkan sabda Rasulullah ini.

Saya tahu,banyak orang ada banyak hujah,saya menurunkan hadis ini utk tujuan muhasabah,menjadi yg lebih baik,menghubungkait dg post saya sebelum ini mengumpul harta itu haram(lebih teruk kalau cara berhutang).Lebih parah,jika hutang melibatkan riba yg merupakan satu dari tujuh dosa besar.Berpadalah dlm hidup,jangan kerana nak bermewah secara cepat,kita terjerumus dlm hutang. Apa yg Allah rezekikan pada kita hari ini,maka kita hidup pada kadar yg Allah berikan,itulah yg terbaik.Orang akan berkata,saya beli harta utk anak-anak,alasan ini seolah-olah dia menentukan rezeki anaknya sedangkan tuhan berfirman Setiap mulut yg Aku jadikan,Aku jadikan rezeki baginya. Jadi kenapa dok kalut nak sedia harta kpd anak sampai berhutang?Kalau kita dulu emak bapa tak sedia harta pun,hanya bagi pendidikan,kita masih boleh hidup dg baik,kenapa tidak kita buat begitu juga.Wallahuaklam.Maafkan saya. .ABD GHANI HARON

NASIHAT YANG BAIK BERSANDAR KEPADA KEIMANAN

NASIHAT YANG BAIK ADALAH BERSANDAR KEPADA KEIMANAN
Seorang lelaki yg telah bebrapa kali keluar masuk penjara,menyatakan hasrat berkahwin lagi setelah isterinya meninggal ketika ia di penjara.Dia kelihatan benar benar insaf.Solatnya telah dipelihara,dan perbuatan buruk banyak berubah.Cadangannya untuk berkahwin mendapat kejian dan dibantah keras oleh adik beradik kerana hilang kepercayaan kpdnya.Dia terus berkeras ingin berkahwin.Perempuan yg diingin dikahwini seorang janda anak dua.Debat adik beradik berterusan .Akhirnya seorang dari mereka menemui seorang ustaz utk menasihatkan saudara mereka supaya membatalkan hasratnya.

Berkatalah ustaz ini,"Hanya Allah yg berhak menentukan niat seseorang,jika kita menuduhnya berniat buruk,seolah-olah kita telah mendahului Allah,kerana apa yg ada dlm hati seseorang hanya Allah yg tahu.Hasratnya berkahwin adalah hasrat yg baik,menurut sunnah.Itu saja yg kita tahu,maka hasrat baik tak elok dibantah.Lagi pun perempuan yg nak dinikahi ada memelihara anak yatim.Saya cerita satu kisah dlm kitab Tanbiihul Ghofiliin

“Seorang lelaki yg sangat jahat dan buruk perangai dlm sebuah kg telah meninggal dunia..Semua penduduk tak mahu urus mayatnya kerana kebencian perangai buruknya.Akhirnya datang seorang ahli abid yg alim menguruskan mayatnya dan mengkebumikan.Orang kg bertanya kpdnya,kenapa ia berbuat demikian sedangkan simati sangat jahat.Dia menjawab,dia memelaihar anak yatim dirumahnya,dengan itu Allah telah mengampun dosanya kerana memelihara anak yatim.
Ustaz itu selanjutnya menyatakan,"mungkin takdir Allah menjodohkan saudara kamu ini utk membolehkan ia menebus dosanya yg lalu?Berilah ia kesempatan.Sesungguhnya kita merancang dan Allah merancang,perancangan Allah lebih baikDia menamatkan kata katanya disini.”

Lihatlah betapa cantiknya ustaz ini memberi nasihat berdasar ilmu,bukan fikiran dan emosinya,tanpa buruk sangka,dan bersandar penuh pada takdir tuhanDia tahu jodoh ditangan tuhan,jangan siapa pun cuba memisahkan atau menggagalkan.Apa yg kita boleh ambil iktibar;bila kita ada amasalah merujuklah kpd apa yg selaras dg Islam, apayg ada dlm quran,hadis,kisah dlm kitab ulamak dsbnya.merujuk kpd orang yg arif pada agama.

Saya juga mengharapkan tulisan ini mendetikkan hati pembaca bahawa kita kena berusaha utk membantu anak yataim di sekitar kita kerana dikatakan tidak beriman seseorang jika ia tidur kekenyangan tetapi anak yatim sekitarnya kelaparan.Dari gaji yg beribu berapa ringgit telah dibelanja utk anak yatim tiap bulan?Tuhan tidak memasukkan anak yatim sebagai asnaf zakat kerana menjadi kewajipan masyarakat membahntu.ANDA TAK TERASA DALAM PENDAPATAN ANDA ADA HAK ANAK YATIM?
ABD GHANI HARON

AMALAN HARIAN YANG MENGHAPUS DOSA

AMALAN HARIAN YANG MENGHAPUS DOSA

Sedarkah anda bahawa ada amalan harian kita yg menghapuskan dosa?Mungkin kita dah buat,tapi tak tahu dan tak ada niat.Baca yg berikut,merupakan amalan yg menghapus dosa;
1.Sedekah.Hadis,”.......Takutlah kamu kepada neraka walaupun dg sebelah tamar dan jika tidak mendapatkannya maka cukup dg kalimah tayyibah(Bukhari).Maksudnya bersedekah walau sedikit.Jika tiada,maka berpesan dan beringat dg kalimah memuji Allah.Itu pun tak boleh?

2.Berpuasa.Hadis,”Barangsiapa berpuasa satu hari di jalan Allah maka Allah menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun”Abu Said al Khudri.Berpuasa sunatlah,tak selalu pun,sekali sekala.

3.Berbakti kpd dua ibubapa.Hadis”Nabi menyebut celaka,celaka,celaka.Bila diatanya siapa yg celaka?Baginda menjawab,”Orang yg tidak memelihara kedua orang tuanya bila telah tua baik keduanya atau salah seorang darinya,maka ia tidak akan masuk syurga.”Abu Hurairah.Maksudnya, berbakti kpd orang tua kita boleh menyebabkan kita masuk syurga.Dalam hal yg lain dikatakan juga jika kita berbaik dan membantu anak yatim juga membawa ke syurga.Salah satu amalan paling ringan dg anak yatim ialah menyapu kepalanya dg penuh kasih sayang dan simpati.

4.Membuang rintangan di jalan.Hadis,”Ketika seseorang berjalan di jalan,dia mendapati ada sebatang ranting berduri di tengah jalan,lalu dia membuangnya.Maka Allah memujinya lalu mengampunkannya.”Abu Hurairah.Jadi kalau jalan terhalang,janganlah mengeluh,atau menyumpah,itu peluang keampunan Allah.Kalau nampak susutu yg mungkin menyusahkan laluan,berhenti kenderaan,tolong buang.Tapi banyak oranng buang sampah lagi dijalan ikut tingkap kereta.Berdosa juga kerana mencemar dan mungkin membahayakan orang.

5.Membaca Quran.Hadis,”Bacalah Al Quran kerana Al Quran itu pada hari kiamat menjadi syafaat siapa yg membacanya.”Abu Umamah.Kalau surat khabar atau fb boleh baca sejam dua,kenapa tidak Quran,utk mendpt pengampunan.Ni ,sekarang ni,dok baca fb,berapa lama dah?Quran baca ka tidak lagi hari ni?Sesungguhnya kita selalu menzalimi diri.Yg main game tu lagi parah,melalaikan!

6.Membangunkan masjid.Hadis,”Barangsiapa yg membangunkan kerana mengharap reda Allah, maka Allah membangunkan untuknya tempat yg seperti disyurga.”Uthman bin Affan.Berilah sumbangan kpd pembinaan masjid.

7.Berjabat tangan.Hadis,”Jika dua orang muslim bertemu lalu berjabat tangan,maka Allah mengampunkan dosa mereka sebelum keduanya berpisah.”Barra bin Azib.Jadi bertjabatlah tanganlah dg tertib kerana ia ibadah dan diperhati Allah dan diberi ganjaran.Jangan berjabat tangan seperti orang barat,yg bantak ditiru kerana ia sia-sia.

8.Menjauhkan dendam dg berlapang dada dan memaafkan.Orang nak fitnah,zalim atau khianat,kita tak perlu balas kerana kalau kita balas,maka kita serupa dg dia.Biar tuhan yg membalasnya.Kita tetap berlapang dada dan memafkan.

Ini sebahagian amalan yg menghapus dosa yg boleh dibuat oleh semua orang,selain haji,tawaf,umrah,wukuf di Arafah.Semua orang boleh lakukan,tapi mungkin tak sedar atau tak berilmu dgnya.Nah.hari ni saya tolong maklumkan dg hujah hadis,moga anda amalkan dg berilmu dan istiqamah.Lihatlah betapa Allah mengemukakan tawaran yg sangat luas kpd hambanya utk pengampunan,tetapi kita buat tak tau saja?Kita memilih jalan sendiri atau kita sombong dg Allah.Moga kita diampun Allah sebelum kembali mengadapnya.
ABD GHANI HARON

350KM DEMI SEBUNGKUS MEE MAGGI

350 KM DEMI SEBUNGKUS MEE MAGGI BUAT ISTERI          
Satu ketika dulu ,ketika saya nak mengerjakan umrah,seorang rakan meminta ditunai satu hajat.Isterinya yg mengandung meminta nak makan mee maggi Mekah,yg dijual di Mekah,kerana mendengar cerita neneknya yg balik dari Mekah menceritakan mee Maggi Mekah saaaangat sedap.Saya pun mengiakan.Kawan saya ni tinggal di Kuala Kubu.

Di Mekah saya pun cuba makan mee maggi ini.Memang betul,lebih sedap dari yg di Malaysia,mungkin juga sedap sebab ketagih lama tak makan.Saya beli 6 bungkus utk bawa balik utk menunai hajat rakan dan orang mengidam.Sampai di rumah,saya simpan mee ini berasingan dan bertangguh untuk hantar kpd kawan.Call juga dia,dia pun kata dia akan singgah jika ada masa.

Selang beberapa minggu,saya dan isteri balik kerja,lewat pada suatu hari tersebut.Bila tiba di rumah,anak-anak telah terlentang dikusyen seperti kekenyangan.Bila di tanya ,seorang menjawab”Dah makan, abah,mee maggi,seeedaaaap abah!”.Saya bingkas bangun ke tempat saya simpan mee maggi Mekah.Sah,nasib baik tinggal sebungkus.Ya Rabbi,nak pukul,itu anak kita,bukan buat salah,makan kerana lapar.Mereka tak tau yg mee yg sebungkus ini mungkin berharga RM5000 untuk membelinya lagi di Mekah.Petang tu juga call kawan suruh mai ambik juga,jika tidak, mungkin kena pi Mekah lagi utk beli mee maggi.Perjalanan dari Kuala Kubu ke Tikam Batu(lebih kurang 350KM) utk sebungkus mee maggi direharungi dg tabah demi isteri yg mengidam anak sulong.Tak tunai pun rasa tak sampai hati.

Apa saya nak kata,tabiat bertangguh adalah tidak baik jika itu kerja baik.Segerakan.Bertangguh pada hajat orang jika kita mampu tunaikan segera adalah kurang elok.Jika kita ada niat kerja yg baik,jangan tangguh kerana di sana syaitan akan mula merangka strategi menggagalkannya.Ada niat baik bingkas bangun,terus buat.Hidayah Allah kpd perkara baik datang sekali shj,bila kita bertangguh,syaitan akan mencelah,maka kita akan mula memberi alasan.Akhirnya,tak dibuat langsung.Pesanan kedua,yg mengandung tu jangan dok mengidam yg merapu,teruk laki hangpa.
ABD GHANI HARON

Wednesday, 25 March 2015

JIKA ANDA SEORANG KETUA,BACALAH SARANAN INI

JIKA ANDA SEORANG KETUA,BACALAH SARANAN INI.
Saya nak kongsi pengalaman memimpin dalam aspek memahami atau menangani masalah orang bawahan atau mereka yg dipimpin.Pengurus yg baik ialah bagaimana ia memujuk orang lain bekerja utknya,atau mendengar serta mengikut arahannya.Ramai orang akan berkata, kita bertanya masalah mereka,berbincang,minta cadangan,mendengar pandangan,;akan selesaikan masalah.Itu sangat biasalah,its ok.Saya nak beri idea sikit berlainan,berfikir luar kotak;,atau berbeza itu adalah syarat utk cemerlang.

Pertama,katakan kita cuba nak selesai masalah anak remaja,nasihat,amaran,bincang semua dah buat,ia tetap malas,tak mau buat kerja diruruh,baran,suka memberontak dll.Cuba yg ni pula,pakai modal sikit.Cuba penuhi permintaannya.Ajak ke supermarket,beri peruntukan seorang Rm50 atau jika mampu tak ada had.Suruh mereka beli apa yg mereka hendak,abah tunggu dekat cashier sejam lagi.Bayar semua barang yg anak-anak beli,sambil perhatikan apa yg mereka beli.Anda akan terperanjat kerana kita tak terfikir anak kita hendakkan barang itu.Selepas aktiviti ini insyaallah anak akan mudah mendengar kata,kerana kita telah merendah diri mendengar bisikan hatinya yg terpendam,kita telah memberi kebebasan kepadanya untuk memilih bagi dirinya.Kesimpulan,kalau kita mau orang dengar cakap kita,kita kena juga dengar cakap mereka.Duit yg terbelanja biasalah,kena ada pengorbanan utk kejayaan.Ini hanya satu cara atau ikhtiar,seketul batu tak dapat selesai semua masalah.

2.Jika anda ketua jabatan atau ketua apa-apa atau tokeh syarikat atau ibu bapa sendiri,cuba ujud keadaan dimana kita tidak ada,sakit ka, supaya orang yg kita target boleh memimpin sekejap atau membuat keputusan.Ini akan membolehkan kita memahami sedikit trend pemikiranya dan menguji kemampuannya.Seorang abang yg diberi tugas utk jaga adik semasa ketiadaan ibubapa ,beri makan,mandi dll akan terasa kepayahan ,dan mungkin mencuit keinsaf susahnya menjadi ibu dan bapa.

3.Duduklah dg pekerja,makan sekali,rehat sekali,bawa bekal kongsi dg mereka utk jalinkan sefahaman dan rapat jurang jawatan.Apa salah bos duduk dg kerani.Lepas ni mereka tak mengumpat kat bos dah.

4.Pujilah kakitangan dibawah,paling baik puji anak-anaknya dan ibubapanya.Cepat ambil kesempatan ziarah jika anak atau pasangannya sakit atau ibubapanya sakit.Ini akan memberi kesan amat dalam.

5.Beri hadiah kpd kakitangan bawahan.Hadiah birthday,bila balik dari luar.Ini akan menjadikan mereka sentiasa berharap kita ada,atau kita kembali.Bos yg buruk selalu didoakan tiada dipejabat.Begitu juga dlm konteks ibubapa.

6.Cuba tunjukkan kelebihan seseorang pekerja dg mengharapkan kpdny sesuatu.Contoh minta seorang kerani buat sesuatu yg kita tahu dia boleh buat(orang kedah kata merap),katakan,”Yam,saya teringin nak makan macaroni bakar,saya dengar hang pandai buat,boleh tak tolong buat”.Dia tentu bangga kerana dia specially selected .Macam bodek,tapi suruh dia buat sesutu yg boleh dia show dia punya kelebihan.Senyumnya tentu sampai ke telinga.Hehe.

Ketua jabatan boleh buat sesuatu yg merendah diri dan mengejutkan.Contoh, saya selaku Pegawai Pelajaran Daerah pernah bawa van jenazah untuk hantar jenazah seorang guru ke Balik Pulau,saya pandu sendiri.Apa kesannya,bila orang bawah tengok,depa geleng kepala,depa tak kata dah ppd sombong,besar diri,bahkan depa puji,Kita bukan hendak puji,tetapi hendak sangka baik mereka kpd pegawai atasan atau pimpinan.

Cukup dulu,panjang sangat orang marah pula.Saya harap anda mendapat idea saya iaitu jangan fikir nak selesai masalah dg satu jalan sahaja,idea lama juga ,seketul batu mungkin hanya akan menjatuh seekor burung,jd kena baling banyak batu,saya tunjuk contoh saja yg pernah saya buat..Cari jalan lain.Kreatif lah sikit.Hidup kita tentu bahagia.Hehe.Jika anda suka dg post ini,doakan saya sihat,boleh menulis lagi.
ABD GHANI HARON

BERIBADAT SAHAJA TIDAK MEMENUHI SYARAT MENDAPAT RAHMAT ALLAH

BERIBADAT SAHAJA TIDAK MEMENUHI SYARAT MENDAPAT RAHMAT ALLAH
Dalam Quran ,Allah menyebut dua kali soal syarat ini iaitu Al Baqarah 218 dan At Taubah 20.FirmanNya,"Sesungguhnya orang-orang yg beriman dan orang-orang yg berhijrah serta orang -orang yg berjihad di jalan Allah,mereka itulah yg mengharapkan rahmat Allah dan Allah itu Maha Pengampun lagi Penyayang."Al Baqarah 218.
Perhatikan syarat ini.Syarat pertama mungkin tak perlu diulas kerana kita semua orang beriman,yg melaksanakan semua tuntutan.Syarat kedua,Berhijrah dalam konteks ini bukanlah bermaksud berpindah mengikut geografi,tetapi mereka yg berhijrah adalah yg sentiasa memikir dan berusaha utk berubah kpd yg lebih baik,menjadi muslim yg baik dari segi amal ibadat,akhlak,ilmu,ekonomi dan berbagai hal lagi.Jadi orang yg berpuashati dg keadaannya,yg rasa selesa,yg berkata cukuplah,jadilah,tidak tambah tambah amal walau umur bertambah ,mereka dikhuatiri tidak memenuhi satu syarat untuk dpt rahmat Allah.
Syarat ketiga ialah jihad.Dalam konteks ini selain jihad memerangi musuh Islam dg berbagai cara,termasuk juga jihad yg lain seperti jihad menentang golongan yg cuba merosakkan Islam,jihad dalam ssedekah jariah,pendidikan,pembelaan anak yatim dan fakir miskin,menegak negara Islam dan hukumnya, dan sebagainya.Jadi kalau orang berkata aku bila pencen ni nak sembahyqang,puasa cukuplah.Ini contoh orang tak memenuhi syarat rahmat Allah.Bila kita pencen,bila kita ada ruang,ada harta,ada tenaga berjihadlah dgnya.Jangan apa yg tuhan beri habis semua diperhabis utk diri sendiri bagi menimbun harta,menghibur hati.Buatlah walaupun cara kecil,pada kadar kemampuan diri.Saya pernah melihat ditempat saya seorang wanita yg setiap pagi menanak berkilo beras utk dibawa ke beberapa tempat di sekitar Tikam Batu mencari kucing terbiar utk diberi makan.Dia mengunjungi market,lorong kedai,dsbnya setiap hari.Apakah apa yg dibuatnya bukan suatu sumbangan bagi membela makluk,sedangkan lelaki yg memberi minum air kpd anjing yg kehausan dlm suatu hadis, pun diberi ganjaran syurga.
Jom kita semak diri,Aku ada syarat ini ke tidak?Selama ini aku selalu resah,susah,mungkin kerana jauh dari rahmat Allah?Jangan berpada dlm kerja baik,jangan kata cukuplah.Carilah ruang,carilah peluang.Siapa tahu esok kita mengadap Ilahi.
ABD GHANI HARON

KITA MENGHITUNG HARI UNTUK DAPAT GAJI,MEREKA MENGHITUNG HARI UNTUK BERSEDEKAH

KITA MENGHITUNG HARI UNTUK DAPAT GAJI,MEREKA MENGHITUNG HARI UNTUK BERSEDEKAH
1.Ketika saya menjadi setiausaha masjid Tikam Batu dulu saya telah memulakan usaha mengumpul sumbangan utk membina semula masjid yg uzur.Suatu hari ketika balik dari sekolah,saya dimaklumkan ada orang nak berjumpa saya di masjid.Saya bergegas ke masjid.Tak nampak siapa pun di sana kerana ketika itu sudah jam 2 lebih .Yang ada seorang perempuan tua,terlelap keletihan di tangga masjid,yg saya agak mungkin peminta sedekah.Saya hampiri dia dan dia terjaga.Mukanya berpeluh-peluh,merah kehitaman dibakar matahari dg baju yg lusoh..”Cikgu Ghani ka?”Dia bertanya.Saya mengiayakan.”Tok nak minta tolong,Tok dengar cikgu kutip derma nak buat masjid,Tok nak bagi laa sikit.Tapi padi tak masak lagi,nanti padi masak Tok mai hantar.Tok nak sedekah jariah juga utk sendiri dan arwah Tok wan.Tok takut tak dan,tak mau terima dah duit tok.Cikgu taroh bagi saya no?’.Saya terduduk ditangga mendengarnya Buruk sangka saya mengingat dia peminta sedekah.Dia bermaksud,dia nak bagi sumbangan,tapi dia kena tunggu padi dituai.Jadi dia bimbang tak sempat,dan minta saya seolah simpan ruang utk dia menyumbang bila padi masak.
Dia berjalan kaki sejauh hampir 4 km utk sampai kemasjid itu, ditengah rembang.Ingatan pada suaminya jelas bila dia mengatakan sumbangannya juga utk arwah Tok Wan.Dia meninggalkan saya setelah memperolehi janji saya dengan senyuman puas.

Saya menghantar tubuh tua yg longlai itu menghilang diliku jalan dg pandangan setelah ia menolak untuk dihantar pulang.Moga setiap langkahnya diberi ganjaran,ya Allah,hati saya berbisik..Ketika kita menghitung hari utk menerima gaji,menerima pencen tanpa kerja,ada insan kerdil yg miskin menghitung hari utk bersedekah dijalan Allah.Ketika kita merancang berbelanja pendapatan sebulan yg diraih dalam hawa dingin,mereka merancang membelanjankan pendapatan di jalan Allah,hasil kerahan keringat di bendang.Allahuakbar,Ya Allah,campaklah jiwa yg seumpama wanita ini kepada kami.

2.Di Kampung saya dulu ada seorang bernama Hj Hashim.Suatu hari dalam perbualannya dg saya selepas solat,dia menghulur satu bungkusan plastik yg didalamnya ada terung ,sambil minta saya buat pengumuman di masjid,dia telah menanam terung dada ruan di bendangnya,Siapa nak,bolehlah pergi ambil.Sedekah jariah katanya. Saya menjenguk ke bendangnya petang itu,memang agak banyak terungnya,subur dan berbuah banyak .Hati berbisik seorang pesawah tua yg membanting tulang setiap hari masih berfikir dan mencari jalan untuk berbuat sedekah jariah sedang kita berusaha dan berfikir untuk menyimpan harta.bimbang tak cukup kemudian hari.

3.Pembaca pembaca post saya tentu tahu saya mengendalikan meja sedekah jariah utk siapa saja nak bersedekah apa saja termasuk barangan terpakai,utk tujuan kempen bersedekah dan mencegah pembaziran.Hari ini (8.12.2013)saya menerima pos laju berupa bungkusan dari Kunak,Sabah(Nurdin bin Lapawi) mengandungi 2 pasang baju kurung terpakai.Saya lihat belanja posnya RM14.58.Memang saya menerima agak banyak bungkusan pos dari semenanjung,tapi yg ini amat jauh.Betapa pengirimnya bersussah payah untuk bersedekah jariah dan membelanjakan wang,menyambut ajakan kpd kebaikan,ketika ada orang mungkin berkata nak bersedekah pun nak keluar belanja lagi.Moga allah menebus susah payah dan harta mereka yg dibelanjakan dg keampunanNya.
KESIMPULAN:Muhasabahlah diri kita.Bandingkan kita dg mereka,dimana kedudukan kita.Jangan selalu mendongak melihat orang lebih kaya,lebih kuasa,tetapi pandanglah mereka yg di bawah,yg lebih rendah pendapatan,miskin,rendah pangkat,nescaya kita akan selalu bersyukur dg apa yg kita adaAyah saya berpesan jadilah biri-biri yg makannya tunduk tidak mendongak,mengagut tanaman orang..Rancanglah untuk berbuat baik.Plan to contribute.Merancang untuk memberi itu lebih baik dari meminta-minta.
ABD GHANI HARON

DUA TEGURAN DARI BUKAN ISLAM

DUA TEGURAN DARI BUKAN ISLAM
Kisah 1: Saya telah mengambil seorang kontraktor untuk membina rumah saya yg ada sekarang,namanya Ah Seng.Dia telah menyuruh saya memilih pelan rumah,membawa saya melihat rumah contoh,dan minta saya buat pindaan pada pelan yg diberikan mengikut kesesuaian.Setelah berbincang dg isteri,kami mengemukakan balik pelan rumah yg kami hendak ia bina.Dia meneliti perubahan yg kami buat.”Minta maaf haji,saya mau sikit cadang.”Saya pun kata ok.”Ini tandas dalam rumah,tak baguih mengadap itu kiblat,Lagi aa itu tandas tarak baguih duduk depan lu punya bilik sembahyang,mau dia duduk kiri kanan.Lagi dalam bilik air kena pasang satu paip tarak singki punya,senang lu angkat air semayang.Last sekali,lu punya rumah,kita mau teropong dulu bagi dia betot-betot sana sama kiblat,nanti lu mau semayang senang lo.Itu Melayu cakap telaga bawah bukit lo.Soli aa haji.”Saya dan isteri tergamam mendengar kata-katanya.Dalam hati berkata,”Aku ni Islam,tapi aku tak terfikir yg nak buat rumah pun kena Islamik juga.’Lihatlah betapa Allah menegur kita dg hambanya yg bukan Islam,bahkan ia suatu sindiran pd pengakuan kita Islam itu cara hidup.Memang dituntut membuang air tak boleh mengadap kiblat.Tak sesuai juga kita solat mengadap tandas,kecuali tak ada pilihan.
Saya akur dg tegurannya,dan teringat hadis nabi ambillah yg baik walau dari kafir penyembah berhala.
Seperkara lagi,serahkanlah sesuatu kpd ahlinya,sebab kita tidak mengetahui segalanya.Jika jd ketua,berlapang dadalah mendengar pegawai dibawah memberi pandangan bidang kerjanya.Pandangan orang yg ahli,walau ia rendah pangkat,mesti diambil kerana mereka pakar dlm hal itu.Nak beli penyapu dan pencuci bilik air pejabat,tanyalah tukang sapu dan tukang cuci,mereka lebih arif.

 Kisah 2. Jika kita berurusan dg orang bukan Islam,tunjukkalah sifat kelebihan kita sebagai orang Islam supaya kita dpt memelihara kesucian agama kita.Selain ia menjadi dakwah.Saya contohkan seorang pembekal hardware kepada saya dengan mudah memberi sekeping cek Rm50000 kpd saya sbg pinjaman tanpa keuntungan bila saya minta, untuk satu pelaburan jangka pendek.Katanya”Haji orang kuat semayang punya,kita tarak bimbang,Nanti tuhan Alah boleh tolong saya jua.”Bila saya pulangkan sebulan lepas itu,dengan sedikit perkongsian untung,dia berkata,”Kita percaya orang kuat semayang , tarak tipu,lagi untung ada oo”Jelas dia tahu kebenaran dan kebaikan,Cuma dia tiada hidayah,hidayah itu dari Allah.Kita hanya berusaha,yg mengubah hati ialah Allah.Bersyukurlah kita diberi hidayah.Bukanlah menyeru kpd Islam itu dg berkata,marilah masuk Islam shj,tetapi contoh teladan yg baik, tingkah laku,perbuatan yg baik yg bercirikan Islam yg menyebabkan orang bukan Islam tertarik,itulah juga dakwah mengajak kpd Islam.anda mungkin segan berkata kpd rakan bukan Islam untuk masuk Islam,tunjukkanlah anda lebih baik sebagai muslim,itu sebagai dakwah.

Apakah kita tidak dituntut oleh rakan bukan Islam diakhirat nanti kerana kita tidak mendakwahnya kpd kebenaran?Apakah tuhan juga tak bertanya kita tanggungjawab ini.?Saya tinggalkan soalan in kpd menjawab di dalam hati.
ABD GHANI HARON

TIGA TEGURAN DARI MUALLAF

TIGA TEGURAN DARI MUALLAF
Saya telah menghadiri satu kursus pendek disebuah hotel di pulau pinang masa jd Pen Kanan dulu.Saya duduk sebilik dg seorang india yg baru setahun lebih memeluk Islam, namanya Khalid.Pagi itu ketika bersiap ke bilik mesyuarat,saya menyarung seluar sambil berdiri dan tersadung kaki hingga hampir jatuh.Khalid ketawa kecil sambil berkata,Bukankah sunnah menyarung seluar sambil duduk,didahulukan kaki kanan.Kalau ikut sunnah tentu tak jd macam tu.Allahurabbi,malunya aku,bukan aku tau tapi tak acuh.Saya hanya tersengeh, menutup malu.
Pukul 10 pagi mesyuarat berhenti utk kudapan,yg dibuat dilaluan tepi bilik secara buffet,tanpa kerusi.Saya tak niat utk makan kerana kuihnya manis.Saya berjalan kehujung laluan dan nampak Khalid di situ,lalu menegur"Tak makan ka?"Dia membalas,"Terasa juga nak makan tetapi tak ada tempat duduk.Tak elok makan berdiri,nabi tegah."Saya lihat semua yg makan ,berdiri kerana tiada bangku disediakan,termasuk yg berketayap putih dan songkok hitam.Dalam hati berkata nasib baik aku tak makan,kalau tidak kena sebiji lagi peluru.

Masa makan tengahari , jamuan buffet,duduk di meja besar.Saya dah ambil makanan dan duduk menunggu Khalid.Seorang peserta lagi duduk dg kami juga.Khalid datang dg membawa piring kecil yg dlmnya ada beberapa potong buah nenas dan betik.Peserta yg duduk dimeja itu menegur,"Tak makan nasi ka?"Khalid membalas selamba,"Sunnah makan buah dulu sebelum makan makanan lain."Peserta itu agak tersentak dan membalas,"Eh!Buah tu pencuci mulut,makan kemudianlah.!"katanya seperti melepas geram kpd muallaf ni."Sebenarnya sunnah makan buah dulu,kajian pun mengatakan kalau makan buah dulu masa lapar boleh mengelak kanser.Pencuci mulut tu amalan orang Melayu."Khalid bertegas.Saya mencelah utk mengelak perbahasan dg mengalih topik,tapi saya tahu Khalid juga menyindir saya.Buat tebal muka sajalah.Tapi Khalid meneruskan teguran kpd saya bila dia lihat saya minum teh susu ais dan ada kari ikan dalam pinggan saya.Katanya,"Ikan tak baik dimakan dg susu,daging tak baik dimakan dg telor,membawa barah.Ini ada dlm kitab hal pemakanan.."Saya senyum cover malu.

Malam tu,kami bersembang panjang.Tuhanku,engkau menegurku dg perantaraan muallaf.Seakan benar kata kata ibu saya,ketika menyindir kami adik beradik,"Orang Melayu, pegangan agamanya baru setakat muallaf basuh berak."
KESIMPULAN: Kita selalu mengabai sunnah,meremehkannya. Cuba fikir dan perhati keliling kita berapa banyak sunnah yg kita tahu hanya bertapuk pd buku,tidak diamalkan.Itupun nak mengaku kami kasih pd nabi.Sunnah Melayu dan barat lebih banyak diamal dari sunnah nabi.Tanyalah diri,jangan suatu hari anda bertemu dg Khalid muallaf dlm majlis.Hehe

KIJANG YANG TERKENA JERAT SEPATUTNYA TIDAK MERONTA

KIJANG YANG TERKENA JERAT SEPATUTNYA TIDAK MERONTA
Sekumpulan nelayan yang keluar ke laut dalam,dipukul ribut di Lautan Hindi..bot besar yg dinaki terhempas ke batu dekat sebuah pulau,kesemua mereka selamat mendarat di pulau tanpa penghuni itu.Semua peralatan tenggelam bersama bot,yg tinggal sehelai sepinggang.,seorang dua masih ada pisau dan parang.Ketika di pulau,setelah ribut reda,mereka mula berbincang masalah mereka..Ada dua pendapat iatu nak berusaha utk balik dg cara apa punsegera,manakala satu lagi pendapat mengatakan mereka sesuaikan diri dulu di pulau itu sambil berusaha utk balik.Kumpulan pertama mula berusaha membuat rakit,dg harapan bila mereka hanyut di laut akan ditemui oleh kapal atau pasukan pencari.Mereka pun bertolak meninggalkan kumpulan satu lagi yg berusaha membuat tempat berlindung,mencari makanan dan air.Kumpulan pertama yg hanyut dengan rakit akhirnya mati seorang demi seorang kerana kelaparan akibat tidak ditemui kapal,hinggalah seorang sahaja yg selamat.Mereka yg dipulau,akhirnya ditemui oleh pasukan pencari sebulan selepas itu dlm keadaan selamat semuanya.
MORALNYA;Bila sesuatu menimpa kita,atau ditakdir pd kita,janganlah terus bermati matian nak keluar dari masalah,tetapi berusahalah juga utk sesuaikan diri dg situasi itu.Kalau kena tukar tempat kerja,jangan habis masa dok merayu,do kerabat tangga kementerian,sesuaikan diri,tuhan dah takdirkan,mungkin dihujung jalan ada baiknya.
Jika kita di timpa kehilangan harta,jangan gundah gulana mencari bomoh,menengok menilik sapa curi,nal dapat balik harta.Berusahalah pada kadar sesuai dg peraturan,jangan buat benda khurafat,syirik,reda dg takdir Allah,sesuaikan diri dg ketiadaan harta itu. Thats better.Jika takdir tiada zuriat,berusahalah pada kadar yg boleh tanpa langgar syarak,sambil sesuaikan diri,reda.Begitu juga jika dapat anak yg kurang sihat,berusaha dan reda,jangan terlalu sedih.
Anda boleh contohkan dg yg lain.Apa pun terjadi,sit down first,fikir ini takdir tuhan,apa yg patut kita usahakan mengikut syarak danperaturan negara,lepas tu sesuaikan diri untuk nmenerima dan bersyukur dg apa yg masih ada.Ingatlah jerat yg mengena pada kijang akan terus menjadi erat jika kijang itu meronta-ronta.FIRMAN TUHAN YG BERMAKSUD KAMU MERANCANG DAN AKU MERANCANG,PERANCANGAN AKU LEBIH BAIK.BERTAKWALAH KEPADA ALLAH

JANGAN PUKUL KUCING

JANGAN PUKUL KUCING
Pada suatu pagi ketika nak keluar rumah(dulunya di Sg Petani),terdengar bunyi riuh di rumah jiran.Suara jiran marah marah diikuti bunyi kucing yg kesakitan di tangkap dan dipukul dimasuk dlm guni utk dibuang .Saya menjengok dan bertanya hal..jiran saya bersungut,"Kucing ini aku kutip di market ketika masih kecik dan kebuluran ,aku beri makan dan tempat tinggal.Dia sihat dan membesar, cantik tubuhnya.tetapi dia berak dan kencing merata tempat.Itulah aku godam dan nak lempaq semula ke market."
Saya cuma tersengeh kepadanya,dan menyampok,"Ini ibarat yg tuhan nak tunjuk kpd kita,kita dilahirkan tanpa apa-apa,tuhan memberi rezeki,perlindungan,kesihatan, akal fikiran,harta dan kemewahan,tetapi akhirnya apa ygb kita balas kepadanya.Kita tinggalkan suruhannya,kita lakukan apa yg ditegahnya tetapi Allah tetap memberi kita rezeki yg melimpah ruah,makanan,kenikmatan walaupuin kita derhaka dan engkar kpdNya.Dia masih tidak memukul dan membuang kita seperti mana kita lakukan kpd kucing yg berak kencing merata."Jiran saya terus naik angin,"Hang nak bela kucing ni,hang ambik."Dia menghilang ke dlm rumah.
PERINGATAN:Jika anda bela kucing dan berkelakuan seperti ini,muhasabahlah diri,tuhan memberi peringatan kpd kita,dg kiasan pada binatang kesayangan.Pejamkan mata,berapa keingkaran kpd tuhan telah kita lakukan hari ini,minggu lepas,bulan lepas,tahun lepas?Berapa banyak pula yg tuhan telah beri kenikmatan kpd kita.Ada tuhan telah hukum kita.Tuhan tetap memberi tangguh.Jangan pukul kucing,jangan maki hamunnya,kerana perbuatan kita mungkin sama dg kucing yg layak di sumpah seranah dan di hukum oleh Allah.Kucing adalah binatang kesayangan nabi,dan menjadi satu sunnah memeliharanya.

ANDA SEORANG YANG GANJIL

ANDA SEORANG YANG GANJIL?
Sabda Rasulullah: Terdapat enam perkara yg ganjil pd enam tempat
1.Masjid itu ganjil di kalangan orang yg tidak bersembahyang
2.Al Quran itu ganjil di dalam rumah yang penghuninya tidak membacanya.
3.Al Quran itu ganjil pada hati orang fasik.
4.Perempuan Islam yg solehah itu ganjil pada lelaki yg zalim dan buruk akhlaknya
5.Lelaki Islam yg soleh itu ganjil pada perempuan yg jahat dan buruk akhlaknya
6.Orang yg berilmu itu ganjil di kalangan kaum yg tidak mahu mendengarnya.

Ganjil bermaksud pelek,tidak normal,tidak kebiasaan.Jadi hadis ini membawa maksud kebiasaan orang Islam kena sembahyang,baca Quran,menyukai perempuan solehah dan lelaki soleh serta suka mengikuti majlis ilmu.Antara perkara yg diabaikan dibanyak rumah ialah tidak membaca Quran dalam rumah yg disifat ganjil.Bahkan dlm hadis lain menyebut rumah yg tidak dibaca quran didlmnya seperti liang kubur.Bacalah Quran dirumah setiap hari walau punsedikit.

Antara sifat wanita solehah itu ialah menutup aurat.Semua orang setuju,yg bertudung itu cantik,contoh yg bertudung atau bersarung ialah tudung tingkap,tudung pintu,tudung meja, sarung kerusi ,sarung kusyen,semuanya tampak lebih cantik bertudung,bersarung.Manusia lagilah nampak cantiknya bertudung.Benda yg mahal biasanya dibalut dg cantik dan kemas,tidak dipamer sembarangan,hanya benda murah shj yg tidak dibalut, dilonggok,dijaja,murah! Murah!.Samalah dg manusia yg membuka aurat,nilainya seperti barang murah yg dijaja di sana sini.

Bagi lelaki yg soleh tentu dipandang kuno oleh wanita buruk akhlak kerana mereka tidak dpt menggoda,menguasainya atau memikat hawa nafsunya.Antara buruk akhlak lelaki yg banyak tidak sedari ialah suka bercakap lucah,percakapan sentisa di kenen ke arah kemaluan dan seks.Sedangkan kita lihat tuhan menjadikan kemaluan dtempat paling terlindung,tuhan bina tangan kita semua panjang hingga kadar boleh menjutup kemaluan dg tangan jika tiada banda lain sbg penutup.Tuhan jdkanj ekor pd binantang utk tutup kemaluan.,Tapi kita robek,koyak,korek dg bahasa utk didedah dan menjadi bahan ketawa.Sesiapa yg ketawa dg gurauan seks,atau lawak jenaka seks ,sewungguhnya mereka patut malu dg Allah yg mencipta mereka dan menutup kemaluan mereka..Bangkit dan tinggalkan mereka yg bercakap lucah,jdlah insan solah,solehah.
Akhirnya carilah majlis ilmu agar kita tidak menjadi ganjil pada pandangan Islam,tak sempat cari majlis carilah dlm buku,dlm fb atau dimana saja ada orang bercakap tentang kebaikan dan ilmu.SEKIAN


MENGAPA ALLAH MENGHANTAR MALAIKAT MENGINTIPDI JALAN

MENGAPA ALLAH MENGHANTAR MALAIKAT MENGINTIP
Teringat masa ayah masih ada,dia sekali sekala akan mengajsk pergi rumah adik beradik di Gunung Semanggol,Taiping,Selama,di Perak,di Bukit Selambau,Kedah, hanya untuk saja berjalan walaupun kena baik turun bas.Bila telah dewasa baru tahu kelebihan berkunjung,berziarah walau bukan sebab sakit mati,kenduri kendara.Berziarah orang sakit itu adalah tanggungjawab yg sesama muslim,tetapi ziarah yg tidak sakit itu juga bessr ganjarannya dan diamalkan oleh orang Melayu dahulu sebagai acara hidup.Saya perturun 2 hadis utk membahas kelebihan berziarah dan bertakunjung atau bertamu utk renungan.

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya” (HR Muslim)

SUBHANALLAH!Apakah kita tidak mahu disayangi oleh Allah dg melakukan sedikit perjalanan untuk berziarah.Sedangkan setiap hari kita berulang-alik ke tempat kerja yg mungkin lebih jauh,mungkin seminggu sekali travelling ke pusat perniagaan,ke peranginan dll.Saya mengajak anda menambah agenda dlm kalender hidup jika tidak sekali dlm seminggu,mungkin sekali dlm sebulan untuk berziarah bagi merebut kasih Allah.Carilah rakan yg lama tak ditemui,pupu lamai yg semakin jauh atai jiran yg telah berpindah,orang pernah berjasa kpd kita dsbnya utk diziarahi..Jom baca hadis kedua pula.

.Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk. Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)

ALLAHUAKBAR!Hadis ini tidak menyebut jarak jauh,tetapi menyebut menziarah saudara se agamanya,maka ziarahkan mereka yg dekat ,yg setaman,sekampung, jika tidak yg lebih jauh walau sekedar bertenggek di kerusi laman,utk mendapat permohonan ampun makaikat.Hentikanlah tabiat berkurung dlm rumah,tabiat duduk sampai berakar depan tv yg tiada faedah bahkan menuai dosa,tetapi ambillah sedikit usaha untuk berkunjung kerana Allah meskipun utk beberapa minit.Tambahkan dlm kelendar agenda hidup untuk berziarah,berkunjung walau tidak sakit untuk mengharap kasih Allah dan doa malaikat.Kemajuan hidup telah menelan kebiasaan.berkunjung dlm masyarakat melayu dulu yg jelas menepati sunnah,tetapi hari ini kita menunggu ada yg mati,ada yg jemput kenduri baru nak berkunjung.Jangan makanan saja nak ikut sunnah,acara hidup juga sepatutnya menurut sunnah.Bila berdiri di depan tuhan kelak,janganlah harap solat,puasa sebagai tukaran syurga,kerana mungkin tidak memada.Banyakkan dan pelbagaikan amal soleh utk dibawa kedepan tuhan,seperti mana kita merantau market,restoren,gerai untuk makan yg sedap dan berlainan dari biasa.
ABD GHANI HARON

Selamat datang

Kepada semua pembaca saya,saya akan memindahkan semua tulisan saya ke blog ini dan mengupdatekannya.Bagaimanapun time line dan page saya akan terus dilinkkan bersama